Tuesday, July 26, 2011

Terbang RM25


*Gambar hiasan ikhsan dari pakcik google


Semalam kan gaji, so bila gaji wajib la pegi Alamanda..dan dan la buat alasan sabun cuci lantai habis la, sabun basuh botol adik habis la..walhal kalo sebelum gaji pandai pulak suh bibik basuh botol adik pakai sabun axion..hehe..

Selama aku bershopping kat alamanda sebelum ni, tiap kali pegi tak pernah pulak aku alami situasi di mana KAD PARKING HILANG!

Semalam aku pi sorang je lepas keje, sampai parking je terus hantar kereta kat P2 untuk cuci kete sebab kete dah macam tong sampah lepas balik dari kampung aritu. Lepas tu menonong je masuk dalam, terus pi shopping tak hengat nak balik sampai kul 7.30. Pukul 7.30 nak balik, cari2 kad parking adoii..takde lak lam beg. Selongkar lagi, takde jugak. Dan dan terpikir kot tertinggal lam kete.

Zuuppp...laju je pi kat kete yang dah siap cuci tapi sempat lagi sound apek tu sebab tak bersih, cehh! Pastu baru tnya diaorang ada jumpa tak kad parking. Sekali katanya takde...huk alohh...mana pulok dah cicirnya...aku tak pernah cuai sebegini rupa..ntah-ntah diaorang dah sedut masuk vacuum..pastu pandai je kata tak jumpa kan.

Dah puas cari dalam kete jugak pun takde. At last, kene gak pi mgmt office cakap kad parking hilang.


" kad hilang kena bayar RM25 kak"

" 25? tak bley kurang ke"

"tak boleh"


Huk alohhh...mahal rupanya yek denda dia..aku siap mintak diskaun tak dikasiknya..

Nak tak nak kena la bayor jugak..oi RM25 melayang camtu je, kalau buat pi pasar tani dapat tudung selai tu tauu..tak kos efektif betoi aku semalam.

Dia cakap, kalau jumpa balik kad tu dalam masa 24 jam boleh refund..masalahnya dah jenuh aku selongkar lam kete..tak jumpa-jumpa jugak. Sekarang belum cukup 24 jam lagi, harap2 tetibe kad tu ada lam kete kang boleh aku refund and beli tudung...theehee....

Kalau takde jugak, aku redha..