Sunday, February 21, 2010

Double happiness!!

Alhamdulillah...inilah yang dikatakan rezeki anak..

Dalam kegembiraan menyambut kehadiran Arissa, aku dapat satu lagi berita gumbira iaitu kenaikan pangkat.. alhamdulillah...


Tapi disebalik kegembiraan itu, terselit rasa sayu nak tinggalkan kawan-kawan dan kerja-kerja di MOA ni..selama 5 tahun disini banyak betul kenangan pahit manis dan banyak betul yang aku pelajari di sini..semoga di tempat baru nanti aku dapat menyesuaikan dan memajukan diri...amin.

Salam...huhu rindunya kat blog ni..

Dah sebulan tak jenguk, actually kitaorang kat kampung for the confinement..dah balik putrajaya baru la dapat jenguk blog ni, itupun time arissa tido..huhu.

Arini dah 44 days..means after this dah merdeka..yeahh..banyak betoi agenda dalam kepala ni...macam-macam nak wat...macam-macam nak soping..heheh..

Sedikit perkembangan arissa..
- dah debab dah..masa checkup sebulan beratnya dah 4.3 kg..

- dah pandai kenal tangan orang...kalo ngamuk tu xmo mama pujuk, bila bibik pegang je terus diam..adeii..sedih ok..

- dah pandai gelak bila diagah, how sweet....masa usianya baru beberapa ari pun sbnrnya dah pandai senyum..

Semoga arissa membesar bagai johan, sihat walafiat, cerdik dan bijak..insyaAllah mama akan sentiasa update perkembangannya nanti...itu la dia sikit story pasal arissa dan gambar-gambar arissa dalam tempoh 44 days ni adalah seperti di bawah (ayat bt surat rasmi je ni, maklum le dah lama tak wat surat..)..heheh..

masa umur seminggu lebih..cam dah besar je...

ceria baru pas mandi..

sehari sebelum cukur jambul..

@ 1 month old..

dah balik putrajaya...@ 42 days...

tengah gelak..

Abang pulak..selama sebulan kat kampung sangat naughty la dia..asik gaduh je ngan sepupu-sepupu dia..atuk kata dia asik nak memberontak je sebab dia rindu papa, ye la..selama ni tetiap ari manja ngan papa..kt kampung sekali sekala je jumpa papa..perangai pun jadi lain..dia punya la tak sabar nak balik umah putrajaya..bila dah balik sini..ok la sikit perangainya...xde la mcm kat kampung...lgpun kat sini takde kawan nak gaduh..

Kalo pasal adik, sangat la sayang kat adik..tapi kasar..silap-silap adik dicubit..mmg kena selalu tengok-tengok...xleh ada peluang mesti dia nak usik adik..

Be a good bro lah ye abang..

notty bro..