Friday, March 25, 2011

Mari shopping di Mundok..

Sape oghe Kelate mesti tau Mundok kan? Sebelum ni Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang amatlah glamor di kalangan penduduk Kelantan dan pelancong asing yang datang ke Kelantan. Tapi sekarang sesetengah penduduk setempat dah beralih arah ke tempat yang lebih heaven untuk bershopping iaitu Mundok. Mundok ni dah masuk daerah Thailand, iaitu di sempadan Kelantan-Thailand. Nak pegi ke sana kena menyeberang Sungai Golok. Jangan riso, ada bot ko..bayor singgit..


See? Banyakkan kete parking kat tepi sungai tu..tuan2 kete sume tgh shopping le tu..

Dek kerana telah disogokkan dengan cerita-cerita tentang kemanisan bershopping di Mundok oleh ipar-ipar duaiku, aku dengan semangat yang berkobar menyertai diaorang untuk bersama-sama membuat lawatan ke Mundok.

Ni kami dalam bot menuju ke Mundok..

Siyes gila kejap kat sana sebab barang murah. Bayangkan barang-barang plastik ni melambak diaorang jual singgit je ko..2 hengget ade, 3 hengget ade..beza harga banyak jugak dari kedai bese.


Ai, shopping jam nampak?


Dedua xcited ko..

Baju, seluar, toto, tudung macam-macam ader semua murah ..yang syoknya kakak ipar beli la suar bebudak..2 lai untuk anak dia, 2 lai lagi dia nak kasik arissa..ala suar2 basahan..tapi kain elok la tebal..maknenye dia beli 4 lai la kan..sekali bila nak bayar:

Penjual : "2 riya" ( 2 hengget).

Akak ipar : "ooo..semuo 8 riya la" (dia ingat satu 2 hengget so semua 8 hengget la kan).

Penjual : "dok, semuo 2 riya".

Akak ipar : (terkezut dan terus bayar)

Amik ko, samah (lima posen) satu lai. Kagum aku.

Macam-macam gak hasil borongan di mondok. Aku beli cawan pastik regenye RM2.90 untuk satu set 6 bijik. Aku bantai beli sampai 6 set..sume dok perli aku cam nak bukai gerai jual air..hahah..sebenornya nak kasik kat mak, mak mertua & kakak as a sobinier..hihihi..

Suor aku, baju aku, baju fahmi, baju adik, baju bibik, toto adik..tu sume yang aku beli. Sib baik tak lupe diri yang kitaorang balik nanti naik flight..so beli pun barang2 yang mudah diusung je la kan..

Ha tengok hasil borongan kat tangan papa ngan ayoh su tu..

Nanti korang kalo wat lawatan ke Kelantan tu, jangan lupe ko Mundok ye..murah banyak ko..contoh la kan, tudung design sama sebijik..kat w. che yeh rege RM25, kat mundok RM10 je ko..sape taknak kan..

Thursday, March 24, 2011

Susah ke nak senyum?

Eh apasal ha??? Kat sini walaupun majoriti pompuan tapi subhanAllah sombongnya tak tahan..boleh tak, masa selisih aku tengok je muka dia sebab nak senyum la kan..sekali dia bole pulak angkat muke tengok syiling..haram nak tengok muke aku yang terhegeh-hegeh nak senyum kat dia ni..omg..bukan sorang pulak tu, rasanya ramai jugak yang macam tu, baik muda baik tua...haih mungkin aku ni newbie that's why diaorang wat nyombong kot. Mentang2 la bukan aku yang kasik markah kat diaorang ujung tahun nanti..

Susah sangat ke nak senyum...bukan kena bayar pun kan???

Tak bleh ke senyum cam aku & cuppies aku ni ha?
Cuppies pun reti senyum taw..

Thursday, March 3, 2011

TiniHani on WHI

Bangga weh tengok kawan sendiri masuk TV.

Nampaknya Cik Puan Tini @ TiniHani aka Geng Merayap dah melangkah setapak lagi ke hadapan bila dia di invite oleh WHI untuk berkongsi tentang hobi menjahit felt nya tu.

Tini masuk tv, aku lak yang teruja. Bukan apa, tumpang bangga dengan pencapaian kawan-kawan kan. Memang kagum dengan bakat dan semangat yang ada pada dia. (Aii..puji lelebih cam nak bodek je ni).

Masa kepoci kat email tu tini pesan suh ambik video. So aku pun siap-siap setting sebelum tini on air. Letak camera atas meja iron sbb kompom x larat nak pegang kan. Kalau ada tripod kan senang. Tini muncul je terus record..sekali minit-minit terakhir recording stop le plak sebab memory card full..nama pun pakai camera cabuk kan, memory pun kecit je huk huk. Tapi sib baik la dah nak dekat abis masa tu. Missed sikit jek la. Tapi video ni dah kena compress sebab tak lepas nak upload original copy kat sini.

video

Semoga tini terus maju jaya dalam bidang dia ni. Seronok tengok bakat kengkawan. Diri sendiri ni tak dapat nak dipastikan bakat apa yang ada. Setakat bakat nyanyian dalam jamban tu ada la. Dalam jamban je la kan. Karaoke pu tak pernah pergi apatah lagi ujibakat Mentor musim ke-5. Haha. Ke situ pulak sudahnya kan.

Ok la, entry ni disudahkan dengan koleksi yang pernah aku tempah kat tini sebab tengok zura tepek gambar koleksi yang dia tempah dari tini maka aku pun nak jugak. Entry berkaitan boleh jengah blog zura aka geng merayap jugak.


Ni tempah nama saja masa kenduri akikah Arissa & birthday Fahmi. Patutnya nk tepek kt baju tp baju arissa kecit sangat masa tu + fahmi takmo kasik buh kat baju dia.

Yang ni pulak masa 1st Birthday Party Arissa hari tu..