Wednesday, July 13, 2011

Menamakan Bilik Mesyuarat


Eh baru perasan, kat dalam blog ni takde update pasal kemenangan aku di atas..walaupun dah lama berlalu, mesti kena update juga di sini supaya kemenangan ni terus menjadi kenang-kenangan untuk aku...

Aku menang pertandingan ni masa kat ofis lama dulu, Disember 2010. Tak sia-sia usaha aku dok perah otak memikir nama bilik mesyuarat tu. Syukur, Alhamdulillah..dapat hadiah cash RM300. Eh tapi tak tau la diaorang guna ke tak kan nama ni sebab aku pun dah pindah pejabat lain.

Ok, kalau korang pun tengah cari idea untuk masuk pertandingan yang seumpama ni, meh sini aku bagi panduan untuk korang:


1. Pilih perkataan yang simple, sedap didengar dan yang penting mesti ada justifikasi.

2. Justifikasi pula mesti kena dengan fungsi bilik mesyuarat ataupun ada kaitan sikit-sikit la..

3. Buat rujukan pada Kamus Dewan untuk terangkan dengan tepat maksud sesuatu perkataan tu. Then dari maksud tu bolehlah di elaborate untuk jadikan justifikasi yang mantopp..

4. Jangan la suka-suka je letak nama bunga la, nama buah la...kalau ada kaitan dengan pertanian boleh la tapi kalau tak ada kaitan better cari tema lain yang ada kaitan dengan core business kita.

5. Kalau buntu taktau perkataan apa yang sesuai, boleh la mentelaah Kamus Dewan, dalam tu banyak perkataan yang menarik yang boleh kita gunakan. Eh tak payah pakai kamus yang betul-betul kamus tu..jenuh pulak kan...pakai kamus online je http://prpm.dbp.gov.my/.


Ni contoh 2 daripada 4 nama bilik mesyuarat yang aku namakan:


a) Bilik Gerakan – Aula Perdana

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Aula bermaksud 'ruang besar untuk mengadakan upacara' manakala Perdana pula bermaksud 'yang terutama'. Berdasarkan maksud tersebut, Aula Perdana adalah sinonim dengan fungsi Bilik Gerakan sebagai tempat mesyuarat utama di Kementerian.

b) Bilik Pakej Ransangan Ekonomi – Bilik Prakarsa

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Prakarsa bermaksud Inisiatif, daya usaha atau ikhtiar. Maksud tersebut adalah seiring dengan tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai satu inisiatif atau daya usaha ke arah merangsang ekonomi negara disamping membantu para peserta khususnya dalam menjana pendapatan dan taraf hidup.


6. Yang penting kena kreatif, jangan cilok idea orang lain...kalau menang atas hasil idea sendiri kan lebih besttt...

Comments (5)

On July 13, 2011 at 10:41 AM , Myalycia said... [Reply to comment]

mmg klasik nama tu sit.. i pun xtau maknanya hehe.. tahniah, bole blanjer hehe..

 
On July 13, 2011 at 11:02 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

zura, tahun lepas..dah abih pun duitnyer..hehehe

 
On July 14, 2011 at 10:49 PM , Juwita Jamaludin said... [Reply to comment]

salam achu tentang nak buat tu ita letak dalam acuan yang kita nak lepas tu bila nak sejuk bekukan dia ita sengetkan bekas tu dengan letak didalam apa2 bekas yang senget macam ita ni letak dalam bekas mangkuk.. so susun bagi jangan tumpah dan masuk dalam peti sejuk hingga beku.. dah sejuk nanti boleh la letak sos tu.. puding tu sedap tau.. ita suka sangat

 
On July 15, 2011 at 8:33 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

ita, thanks..camtu rupanya ek...kreatif la ita ni insyaAllah nanti achu cuba buat mmg teringin sangat nampak sedap betul puding tu.

 
On December 17, 2018 at 7:53 PM , Unknown said... [Reply to comment]

Tahniah mizz siti..cantik nama aula perdana..boleh guna utk ganti nama bilik gerakan...suka org yg kreatif..