Monday, May 30, 2011

Donut Peanut Butter


Terlebih dulu, terima kasih kepada rakanku Juwita Jamaluddin kerana sharekan resipi donut ni di blognya.. *ita, check kat ita punya entry acu ada mintak izin nak share resipi :)*

Tak sia-sia mencuba sebab sedap rupanya donut ni..di luarnya rangup, di dalamnya lembut..peanut butter pulak memang sangat menyedapkan rasa donut..tapi rupa donut ni ala-ala hodoh sikit al-maklum le first time try kan..next time nak try buat lagi kasik lebih cun..

Ok, bagi sesiapa yang nak mencuba, boleh ambil resipi ni..


Bahan-bahan:


200g tepung roti

20g gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil dry yeast

140ml susu segar

20g shortening

minyak masak untuk menggoreng

Peanut Butter



Cara-cara:


1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.

2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.

3.Masukkan pula butter

4.Uli sehingga tak melekat ditangan

5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda

6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.

7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit

8.Terap menggunakan donut cutter

9.Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.

10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

11. Peanut butter di panaskan didalam microwave dalam 10 -15 saat atau hingga cair.

12. celurkan peanut butter dia atas donut tersebut dan hiaskan dengan hiasan yang disukai.

Comments (4)

On May 30, 2011 at 9:39 PM , Juwita Jamaludin said... [Reply to comment]

achu.. sedapkan donut ni.. no hal.. jangan mita izin copy je mana2 resepi.. seua resepi tu untuk dicuba bersama2

 
On May 31, 2011 at 8:10 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

ita..mmg sedap..thanks, nanti nak cuba lagi resipi lain dlm blog ita tu...:)

 
On May 31, 2011 at 9:27 AM , Nurul said... [Reply to comment]

best la...apa kata antar kat p11f sikit..ehehe

 
On May 31, 2011 at 11:23 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

nurul- xdan nak hantar habis kene ngappp..hehehe