Aktiviti ni bulan lepas, baru berkesempatan nak update kat sini..

6-8 Mei, Bengkel Perancangan Strategik UKAS yang melibatkan semua pegawai UKAS gred 41 dan ke atas..wajib hadir, kalau tak wajib kompom aku tak hadir sebab kesian kat anak-anak kena tinggal.

Pergi naik bas beramai-ramai, best jugak sebab dah lama tak naik bas..bertolak dari ofis pukul 10.30, sampai sana lebih kurang kul 4 ++ kot..sampai je terus check in kat Heritage Hotel, sembahyang, got refreshment pastu dengar diaorang cakap bas nak pi pasar malam Brinchang..kompom la nak ikut kan..best la pasar malam ni, baru sampai tapi dah borong sakan. Dapat la bantal strawberry yang sedap dipeluk 2 bijik buat teman tido sorang-sorang kat hotel..

Gigih diaorang ni pilih sayur padahal nak duk lagi 2 ari kt Cameron tu hehe.

Sweet kan? 2 bijik, RM26..

Malam start with dinner bersama Dato' KP.

Lepas tu opening ceremony with Dato' KP jugak

Malam tu walaupun penat seharian tapi mata susahnya nak lelap..bantal strawberry dipeluk, memang empuk tapi lenanya hanya seketika..bila terjaga tengah malam dah tak boleh nak lena..tetiba rasa takut, aku ni kan memang penakut duk sesorang..bila dah takleh lena mula la pasang lagu kat iphone kuat-kuat sebab takut terdengar bunyi yang bukan-bukan, padahal bunyi lagu yang kuat tu lagi membuatkan tak boleh nak tido..last-last nak dekat pagi baru leh tido..ish, dah le nak kena turun awal pagi untuk aktiviti seterusnya..

Seharian hari sabtu tu memang discussion je la kekdahnya sampai la ke malam hari..malam tu memang kira habis terus la bengkel tu sebab keesokannya dah terus acara penutup...

Wahh...khusyuknya berdiskusi.. :)

Sementara tu, di rumah.. suamiku dan anak-anak agak keboringan tak tau nak buat apa sebab mama tk ada..diaorang tak ada program la kiranya..so aku pun pujuk-pujuk la papa supaya datang ke Cameron, boleh la aku main ngan anak-anak, rindu tau..lagipun ada la peneman aku nak tido malam takut takleh tido lagi huhu..caranya cakap je kat Fahmi suh ajak papa datang kat mama..memang berjaya nampaknya taktik tu, papa pun kesian agaknya kat anak-anak so diaorang sampai dalam lebih kurang pukul 7 ptg dengan bibik sekali tukang pegang si adik..masa sampai semuanya dah lembik dan masam sebab muntah..kesian diaorang tapi bila dah masuk hotel semua dah cergas...seronok dapat jumpa mama..mama pun seronok la dah takyah tido sesorang dah hihihi..

Keesokannya, acara penutup oleh Timbalan Menteri, sesi bergambar beramai-ramai dan lawatan. Masa sesi lawatan, aku bawak Fahmi sekali. Sebenarnya semua family boleh ikut tapi papa segan so bawak fahmi je naik bas pergi lawatan. First pergi ke Taman Agro teknologi, MARDI.


Kat sini memang posing je la kekdahnya..kejap aku ambik gambar fahmi, kejap fahmi ambik gambar mama, kejap dila (jurugambar ofis) ambik gambar kami hihihi..so memang berlambak gambar...orang lain dengar taklimat, kami sibuk bergambar je..

Dengan Su, Ros dan Adi (anak Ros)

Seronok ada orang blanja ais krim

With su, awat su tak makan ais krim?

Dikelilingi pokok strawberry

Sempat lagi dia pow mama beli pensil panjang nih pastu gigih dok menulih lam bas...masa nih dah on te way ke Big Red Strawberry Farm


Sampai kat Big Red Strawberry Farm ni lagi sekali kena pow beli mende pusing-pusing tu, pastu orang nak dengan taklimat dia sibuk nak ajak naik ultraman yang masuk2 duit tu..masa ni dah start geram dah so bawak je la..sekali tengok ahli rombongan lain dah hilang pi melawat ntah ke mana..ada lagi 2, 3 orang yang ketinggalan gak sebab diaorang dok sibuk beli strawberry..

So tunggu diaorang turun je la, lama gak kat sini..sebelum beredar, dapat cenderahati dari owner ladang iaitu strawberry dan sayur..best best..semua segar-segar.. lepas tu rombongan semua nak beredar ke Hotel Rossa Passadena sebab ada acara lunch with Timbalan Menteri. Tapi aku dan Fahmi join takat tu je, tak ikut pi lunch sebab kesian kat papa asyik call je..diaorang dah tak tau nak ke mana, dah habis cameron dari hujung ke hujung diaorang pusing nak tunggu acara lawatan kami habis. So, lepas dah babai-babai ngan geng lain (sebab after lunch diaorang terus gerak balik ke Putrajaya), kami stay je kat situ sebab suh papa datang ke Big red Strawberry Farm jumpa kami kat situ.

Sementara tunggu papa tu, kitaorang pun order la Strawberry celup coklat...kellaasss ala-ala Siti Nurhaliza dan Dato' K uols..

Tu dia, strawberry celup coklat with strawberry float..

Tak sabor nak makan..

Phewww....memang marvellous..

Strawberry kat sini memang manis + coklat tu memang sedap..

Tengah kami berdua menikmati hidangan lazat tu, papa dan adik pun datang...bibik tinggal kat bawah sebab dia tak larat panjat bukit..memang kat sini kena panjat bukit sikit kaedahnya..

Dato' Y menikmati kelazatan Strawberry celup coklat...

Begitu juga dengan Dato' ct... :)

Selain strawberry celup coklat tu, strawberry float ni juga sangatlah marvellous..kalo tak, tak ada la adik sampai camtu sekali minumnya...sedappp..

Before gerak dari tempat ni, sempat lagi beli kaktus yang kakakku kirim dan bergambar..

Cutekan strawberry ditebuk ulat :)

Turun dari Big Red farm, kami terus ke Pasar malam Brinchang tapi rupanya hari ahad separuh hari sahaja...so dah dekat nak tutup masa kami pergi tapi masih banyak lagi barang yang boleh di shopping..kalau nak tahu, pasar malam ni kalau hari jumaat dan sabtu memang sampai ke malam, hari ahad separuh hari, kalau cuti sekolah pulak, tiap-tiap hari ada sampai malam..

Kami shopping sakan sayur dan strawberry..sayur kat sini memang murah, sebungkus RM1, segar pulak tu..strawberry pun murah kat pasar malam ni..tapi kan, bila bandingkan antara strawberry yang dapat kat Big Red Strawberry farm dengan yang beli di pasar malam, ternyata yang dari Big Red Farm lebih besar, merah dan manis. Yang pasar malam punya masam sikit.

Lepas tu kitaorang terus gerak untuk balik, tapi sebelum tu singgah makan dulu kat Tanah Rata..lepas tu singgah pulak ke masjid untuk solat & mandikan adik dan Fahmi..On the way nak turun ke tapah, lalu kat Cameron Bharat Tea.. ladang teh yang cantik so wajib la singgah kan..cantik betul permandangan kat sini..bergambar lagi, shopping teh untuk souvenir dan diri sendiri, dan sempat lagi pekena teh tarik dan karipap kat situ..mama dan papa minum teh, anak-anak sibuk berlari sana sini..takpe, biar diaorang penat, nanti dalam kereta biar tido je baru tak pening & muntah..







Seperti mana yang dirancang, naik je kereta untuk gerak turun, kasik susu kat anak-anak terus diaorang tido..Alhamdulillah, takde la diaorang muntah lagi dah..si adik dah sampai kat highway baru bangun, abang pulak sampai umah tidonya..letih la tu..

Seronok juga rupanya pergi Cameron esp dapat makan strawberry celup coklat..kitaorang akan pergi lagi 18hb ni, kali ni with family kak chil dan kak mbang and bawak mak yang dah lama sangat teringin nak pergi...mak kata, seumur hidup dia tak pernah lagi sampai ke cameron so kami pun decide untuk bawak mak ke sana...

Comments (2)

On June 6, 2011 at 4:23 PM , Nurul said... [Reply to comment]

bestnya..teringin nak gi cameron gak..tapi zepul macam tak minat sgt sbb dier kata mcm tak byk benda yg budak2 leh tgk..

 
On June 7, 2011 at 8:17 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

nurul, org laki mmg tak suke pegi cameron..asben ct pun sama gak, dia akta cameron tu tempat org pompuan sbb yang ada cuma bunga, sayur..hehehe tp kalau dh terpaksa kena pi la gak kan... :)