Friday, May 6, 2011

Langkawi Part 4 - Cable Car

Masa di cable car, mujur la cuaca memang baik so cable car beroperasi macam biasa. Pada mulanya mek takmo naik sebab gayat...tapi setelah dipujuk-pujuk, akhirnya semua naik..tapi memang kelakor, siap ada yang tutup mata sebab takut.


Ni kat bawah, sebelum naik cable car...tempat ni dipanggil Oriental Village ye.


Sementara menunggu papa beli tiket sempat lagi bebudak ni nak bershopping


Awat comot sangat adik ni taktau..



Fahmi sangat cool, adik pulak cam terkejut je

Sebenarnya adik dah start tak sihat dah masa kat cable car ni, hidung mula berhingus, badan pun cam dah dedar sikit. Cuaca yang panas sesangat menyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut la kan. Masa dalam cable car tu dia diam je sampai kami naik risau pulak tengok.



Kan ada 2 station kat atas..sampai kat station yang first tu kitaorang rest dulu kat surau dia sebab nak kasik adik cool sikit. Siap-siap kasik dia makan ubat. Lepas ambik-ambik gambar kitaorang decide untuk turun terus, takmo naik station kedua kat atas lagi tu sebab risau kat adik..sebenarnya mek ngan mok yoh pun takut sama hehehe...


Ni masa tengah tunggu gondola nak turun..susah sikit sebab ramai dari station yang atas dah penuh lam setiap gondola


Kesian dia, dah start demam masa ni..

Bila dah sampai bawah..kitaorang lepak-lepak dulu kt Oriental Village tu..tengok ikan, itik seronok pulak. Sekali ada tempat ambil gambar pegang ular...papa & fahmi beria nak ambil gamba ngan ular..aku join gak tapi sori takmo aku pegang ulor tu weh..geli! Papa suh kasik adik pegang tapi aku tak kasik..reason adik kecik lagi..kah kah kah..


So jadilah gambar seperti di atas..papa ngan fahmi je yang pegang..mama tumpang sekaki je..ini gambar yang abang tu ambik guna camera aku..gambar yang dia ambik letak kat piring souvenir tu lain la sikit daripada ni.

Destinasi kami seterusnya ialah Pantai Chenang tapi memang takde gamabr langsung sebab aku dok lam kete je..ini kes budak berdua tu tido & aku pun dah pancit sangat dah rasa..mata cam nak tertutup jek. Papa dan lain-lain turun dok menikmati angin laut..sampai aku hon ajak balik baru le diaorang balik...asyik sangat le tu. then terus balik hotel, mandi manda. Malam pulak kami dinner di rumah Poksu Jak..