Feeling beb tengok citer ni. Kisah kehidupan dan kasih sayang yang amat menyentuh jiwa dan sanubari. Sinematografi yang sangat baik dan lokasi penggambaran yang sangat cantik..

Banyak scene yang touching rasa nak nangis tapi takde la pulak aku nangis..hampir je. Sangat touching masa adam berjaya dapatkan semula cincin Nur yang hilang masa kemalangan keretapi. Keseluruhannya, filem ni memang best dan tak rugi tengok cuma aku tak suka endingnya di mana Nur Amina, Adam dan Aidil dah tua. Bagi aku la kan, sepatutnya cari pelakon veteran yang lebih cantik untuk pegang watak Nur dan lebih handsome untuk jadi Adam. Muka memang tak sama langsung macam Nur dan Adam masa muda. Serious rasa macam hilang feel. Ataupun kalau tak buat scene diaorang dah tua pun takpe kot, mungkin lebih best..

Ok lah, kalau korang adalah peminat drama Nur Kasih, memang korang kena pi menonton cerita ni, kalau tak memang rugi..serious memang menyentuh hati...lagu-lagunya pun sangat best...aku paling suka lagu Mila....touching.....

Syabas kepada Khabir Bhatia dan juga pelakon-pelakon yang hebat, Tizz Zakiyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz..harap-harap selepas ni akan ada banyak lagi cerita melayu yang berkualiti macam Nur Kasih...

Comments (2)

On May 23, 2011 at 10:27 AM , ~~@lyci@~~ said... [Reply to comment]

huhuhu.. tak sabar.. rabu ni i nk g deting ngan ajip tgk wayang haha..

 
On May 23, 2011 at 10:30 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

zur, adam sapa jagakan? dah booking tiket eh?