Tuesday, May 18, 2010

Online Shopaholic

Kalau dah namanya kaki shopping, walaupun tak dapat ke sogo, jusco, alamanda dan sebagainya namun masih boleh bershopping. Dengan hanya di hujung jari :). Semudah pilih, add to cart, check out, make payment (tp ni kena make sure ada duit lam m2u la coz i'm not a credit card holder) dan tunggu barang sampai.

Huuhu...lately memang aku agak giler beronline shopping. Rasa-rasanya hobi ni start sejak mengandungkan arissa dulu. Banyak juga barang yang aku beli secara online ni especially barang baby dan breast feeding.

Banyak kelebihan juga online shopping ni. Pertama, kadang-kadang barang yang susah nak cari di kedai tapi boleh didapati secara online. Kedua, kadang-kadang online shop kasik diskaun, means lebih murah dari kat kedai. Delivery charge lebih kurang RM 5-6 tu kira macam duit minyak jugak kalau kita ke kedai kan. Sometimes ada juga online shop yang charge delivery sampai RM 10. Bila macam tu, compare balik la berbaloi ke tak kan..bila beli banyak barang ok la. Ketiga, jimat masa dan tenaga. Online shopping pun boleh jadi rambang mata tau..

Kelemahan pun ada jugak di mana kita tak boleh tengok item yang nak dibeli tu secara terus. So, bila barang sampai mungkin ada yang tak kena dari segi size, rupa dan sebagainya. Tapi setakat ni, semua barang yang aku beli Alhamdulillah elok saja dan memuaskan hati.

Di antara barang-barang yang aku beli online adalah:


Ini semua keperluan brest feeding.

Kiri sekali ialah Snow Bear: 2 in 1 home & car warmer dibeli dari http://www.mybbstore.com.my/. Kebanyakan barang memang aku beli dari mybbstore. Servis tip top dan no shipping chargers. Suke tau. Barangnya pun banyak diskaun.

Disebelahnya ialah my Cik MS (Medela Swing) yang dibeli dari http://sweetbonda.blogspot.com/. Cik MS ni memang banyak berjasa dalam memproducekan susu untuk adik..hehe.

Di belakang itu ialah Moms Precious Cooler Bag yang dibeli dari http://mumnbaby.com/. Ini baru saja dibeli last week. Sekarang memang dok usung beg tu je kalau nak ke mana-mana. Easy to store adik punya susu and also can put my Cik MS into it.


Ini pula Fahmi punya bedding rail yang juga dibeli dari mybbstore. Brand Safety 1st. Masa beli tu ada diskaun, jimat RM100...berbaloi-baloi..

This is the latest item yang dibeli dari http://one-shoppe.blogspot.com/. Gap romper + busha legging untuk adik.

Masuk blog nih memang agak giler kejap tengok baju untuk anak-anak. Geram cam nak beli semua. Tambah lagi dah ada anak dara ni, girls punya apparel memang tak tahan tengok woo..
Servis pun tip top, segera sampai di tangan anda..hehe.


Rocker adik ni pun dibeli dari mybbstore. Ada diskaun gak tapi tak banyak.

Gambar ni sepatutnya masuk sekali lam item breast feeding tapi tertinggal lak.
Ini ialah GR8X: Bottle Pack Insulated Bag. Kecik aje beg ni, sesuai untuk perjalanan dekat. Boleh letak botol susu adik, puting, diapers dan wet tissue. Ini juga dibeli dari mybbstore.


Bottle rack dan bottles ini juga dibeli dari mybbstore..
Bottle rack brand munchkin dan bottles (milk storage) itu brand bumble bee.


Ini ialah Nursing Pillow brand Bumble Bee. Ini adalah satu-satunya item yang dibeli online tapi tidak dipakai walaupun sekali. Bukan sebab tak puas hati tapi sebab lebih selesa menyusukan adik sambil baring dan tak perlu gunakan ni.
Tambahan lagi sekarang adik dah tak direct feeding.





Actually aku nak let go item ni kalau ada yang nak beli. Nak let go dengan harga RM 45. Murah la tu, mana dapat di pasaran harga macam tu rasanya. So kepada sesiapa yang memang nak beli nursing pillow ni silalah hubungi aku ye. Takpun beli la untuk dihadiahkan kepada kekawan ke..takpun war-war kan la kepada sesiapa yang berpotensi ye. Condition memang 100% tip top coz tak pernah guna langsung. Cuma pernah dikeluarkan sebanyak 2 kali untuk dilihat dan dibelek. Sekali lagi masa ambil gambar semalam. Masih bau kedai lagi.

Itulah dia di antara barang yang aku beli secara online. Memang kebanyakannya barang aku + adik. Fahmi dah bising sebab asyik-asyik bila parcel sampai, 'hadiah adik' atau 'hadiah mama'. Dia punya tak ade. Tunggu la bulan depan ye abang, mama dah ushar jeans untuk awak. Awak kan suka sangat pakai jeans walaupun nak tido..huhu.

Comments (11)

On May 19, 2010 at 9:18 AM , Puteri Mona said... [Reply to comment]

apa hengget bottle rack tu? aku nak beli 2 ketol hehe. Tgk kat web tade pun sit celah mana tatau.

 
On May 19, 2010 at 8:11 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

nah amik url ni http://mybbstore.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=30&page=7

kalo takleh try carik kat shop by category--> feeding-->bottle feeding.

Silap habaq la mon, regenye 39.90, la ni ada diskaun, 35.91.

 
On May 20, 2010 at 11:54 AM , Anonymous said... [Reply to comment]

salam ziarah....
beli on9 ni leh jimat masa...duduk dpan pc je..lpas tu pilih je mna yg berkenan..sehari 2 brg pun smpai..huhuhu

jom singgah kat sini pulak ye

 
On May 21, 2010 at 8:35 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

a'ah...betul tu...jimat masa.
bertambah list online shop saya..hehe.
thanks ye visit blog saya.

 
On June 3, 2010 at 4:31 PM , izz said... [Reply to comment]

salam tuan umah.. salam kenal.. sy pon kaki on9 shopping nih.. hehehe.. syok rasa bila parcel sampai.. ai follow u yer... hehehe

 
On June 3, 2010 at 4:59 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

salam kenal izz...
We shared same hobby rupanya...mmg syok sangat bila parcel sampai. Rasa cam dapat present tp sbnrnya duit dah leboh..haha.

 
On May 18, 2011 at 4:05 PM , oshin said... [Reply to comment]

baby nursing pillow tu availble lagi ke,?

 
On May 23, 2011 at 10:27 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

Oshin, yup still available, nak ke?

 
On September 8, 2012 at 1:46 AM , Unknown said... [Reply to comment]

Nursing pillow tu dah ade pembeli ke?

 
On September 20, 2013 at 9:02 PM , Anonymous said... [Reply to comment]

Salam,nursing pillow tu dah di jual ke?

 
On January 31, 2014 at 11:36 AM , Anonymous said... [Reply to comment]

hi.sy nak beli nursing pillow tu.masih available ke.pls msg me 0123686905