Wednesday, May 12, 2010

Arissa 4 months old

Anak dara mama dah masuk 4 bulan umurnya. Alhamdulillah, Arissa membesar di depan mata mama dengan sihat dan comel..hihihi...

Dari segi perkembangan fizikal, badan adik dah makin bollat dan mantop. Rambut dah makin lebat, hitam dan pacak. Pipi pulak maintain tembun dari kecik dulu. Lihat saja gambarnya di bawah ni.





Dari segi perkembangan motornya, mama suka bila tengok adik dah pandai pegang barang. Dia akan pegang apa saja yang kita bagi atau yang dapat dia capai. Adik juga dah pandai pegang botol susu dia macam dalam gambar ni;



Dari segi hobi, adik suka golek-golek sambil angkat kaki + punggung tinggi-tinggi, pastu pegang kaki dia yang comel tu...kekadang nak dimakannya jari kakinya tu..tapi mesti dihalang oleh bibik. Bibik kata tu maknanya adik nak mintak 'adik', tu sebab bibik tak kasik..katanya adik kecik lagi...hehehe..


Selain tu, adik suka meniarap. Pantang letak je atas tilam, kompem dia meniarap & golek-golek. Dah expert dah sekarang ni..


Dari segi perkembangan mental pulak, sangat bijak main dengan orang. Bukan main lagi gelak terkekek-kekek.

Selain tu, adik suka sangat geram-geram kat abang dan jerit kuat-kuat sampai merah muka. Marah ape la agaknya kat abang tu.

Wajal comel adik, senyuman adik, ketawa dan keletahnya yang buat mama sentiasa tak keruan bila kat tempat kerja, asyik rasa nak balik je cubit pipi dia tu. Macammana la nanti mama nak outstation, tak sanggupnya rasa nak berjauhan ngan adik..huhuhu..

Doa mama semoga adik terus membesar dengan sihat, sempurna, bijak, cantik seterusnya menjadi anak dara mama yang solehah..aminn..

Love u so much adik..
-mama-