Sunday, May 16, 2010

Jom Heboh Heboh...

Semalam (Sabtu) kami ke Karnival Jom Heboh & Sambutan Hari Belia Putrajaya. Meriahnya Putrajaya bila ada event macam ni. Jalan pun semua ditutup. Memang kekdahnya kena naik bas /tram. Terpaksa la menyusahkan diri naik bas bagai dengan cuaca yang membuatkan kami rasa cam udang kena panggang siap ngan bbq sauce..hehe. Semuanya sebab Fahmi mengamuk nak pegi sesangat ke jom heboh tu. Pujuk ke alamanda, jusco dan sebagainya pun dah tak laku. Mujur la perkhidmatan basnya memuaskan. Bas banyak, takde rebut-rebut, tak lambat dan ade air cond yang menyejukkan badan.

Tapi pada pendapat kami, karnival ni kurang menarik sebab tak banyak booth yang best. Booth Dutch Lady takde pun (ke aku yang tak jumpe?). Berangan je nak beli susu Dutch Lady bebanyak..setakat jual baju, kain, asam..kat pasar tani pun ade..hehehe..kami pegi sekejap je, lepas pekena char kuey teow sedap tepi tasik, terus balik. Tak beli ape pun. Sekali bila tengok kulit, semua dah sun burn..hahaha...memang betoi cam udang kena panggang..:)


panas tak hengat wooo...



masa baru sampai naik heli :D



muka yang happy dapat naik bas..

Comments (0)