Wednesday, May 5, 2010

Panasss..

Post yang lepas aku ada mention yang aku rasa cam "panas" je kan..

Ini ada satu kisah yang mungkin ada kaitan ataupun takde kaitan sama sekali..wallahuaa'lam..

Kejadian ni dah lama dah...
Lebih kurang sebulan yang lepas.
Ada satu subuh tu, macam biasa aku turun ke bawah untuk kasik adik pada bibik.
Supaya senang kami bertiga nak bersiap-siap ke ofis dan skool.
Tiba-tiba, bibik ajak aku ke pintu dapur..dia kata ada "sesuatu" tapi dia minta aku tengok dari jauh je.

Nak tau apa?
Sekeping pad/tuala wanita terbentang elok di depan pintu dapur. Sebelah luar.
Tapi da*rahnya dah bibik jirus. Dia kata sebelum tu memang penuh dengan da*rah.
Weee...apasal pulak dah...tak penah-penah ada kejadian seumpama tu sebelum ni. Yang lucunya bibik ni ingat aku yang baling dari atas coz malas nak turun buang kat bawah...eiiii..aku peri*od pun belum masa tu semenjak bersalinkan arissa. Kot ye pun takkan la aku nak buang camtu. Ape ke bengongnye kann..hehe.

Masa bibik basuh tu, dia sempat "bercakap/berniat" supaya kalau-kalau tujuannya adalah untuk sihir, semoga sihir itu tak terkena kepada kami. Entah la, memang pelik. Kalau nak kata tikus ke, kucing ke yang usung bawak..mesti ada tanda-tanda sampah lain bersepah kan. Lagipun, kucing/tikus berminat ke ngan mende tu?
Kalau nak kata jiran-jiran dengan tak sengajanya terbuang...lagi la sangat tak logik kan..aku kenal jiran-jiran aku, diaorang sangat educated. Takkan la tak senonoh camtu plak kan..

Jadiiiii.......apakah sebenarnya itu?
Sampai sekarang kami masih diselubungi misteri.
Kakak aku ada ajar ayat pendinding elak dari terkena sihir.
So inikah kaitannya dengan "panas" yang aku katakan.
Tapi hati aku lebih mengatakan ianya kebetulan..

Wallahuaa'lam..

Comments (4)

On May 5, 2010 at 4:30 PM , Nurul said... [Reply to comment]

semoga keluarga siti sentiasa dilindungi ALLAH dari perkara-perkara yg tak diingini..amiin

 
On May 5, 2010 at 4:32 PM , yantz-yeem said... [Reply to comment]

hati2 je lah acu...byk2 bc quran kat umah...smuga xde benda x elok berlaku...

 
On May 6, 2010 at 9:39 AM , ctsfin said... [Reply to comment]

seram lak bile baca citer ct nie. moga keluarga ct dijauhkan dari mende2 yg tak baik nie.

 
On May 6, 2010 at 9:51 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

Thanks kekawan...insyaAllah semuga Allah lindungi kami dari perkara-perkara yang tak baik...aminn