This entry is specially dedicated to my sister, kak teh. Ni mesti kes terliur tengok entry kek cekelat aritu kan.. Ok, di sini ku kongsikan resepi kek cekelat itu..



Bahan-Bahan:

Bahan A:
-1 cawan serbuk koko
-1 cawan gula
-1 cawan susu pekat
-1 cawan minyak
-1 tin susu cair

Bahan B:
-4 biji telur
-1 1/2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1 sudu teh baking powder

Cara Memasak:
-Campurkan bahan A. Kacau sebati dan masak di atas api perlahan hingga gula hancur. Tutup api dan ketepikan.
-Curahkan telur yang telah dipukul ke dalam bahan A. Biarkan seketika.
-Masukkan tepung gandum, soda dan baking powder.
-Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang.
-Kukus selama satu jam.

Untuk topping:

Bahan:
-Serbuk koko
-Susu pekat

Cara:
-Campurkan kedua-dua bahan dan kacau. Susu dimasukkan mengikut keperluan iaitu sehingga serbuk koko menjadi cair dan berkilat.

**Selamat mencuba ye..
Cemane nak bisnes nih..resipi rahsie dah terbongkar..:D

Comments (2)

On May 17, 2010 at 12:40 PM , My_Aqeelah said... [Reply to comment]

aish bestnye resepi kek kukus. kena cuba ni. thanks achu sebab bongkarkan resepi ko. mana ko dapat resepi ni?

 
On May 17, 2010 at 12:46 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

huhu...resepi terbongkar..
ni resepi kakak aku gak ni..
kang tup tup ko plak yang bisnes ek g-ah..:)