Thursday, June 30, 2011

Sagu Gula Melaka


Rabu minggu lepas ada officemate belanja satu seksyen makan tengahari. Dessertnya adalah Sagu Gula Melaka. Sekali makan sedap la pulakkkk...tak cukup satu, nak ambik lebih takleh..ingat2 ler kat org belakang kan..so apa lagi terus beli bahan nak wat sendiri. Tapi weekdays memang tak sempat la buat, terpaksa tunggu weekend baru boleh buat. Itupun hari ahad baru berkesempatan sebab sabtu sibuk ke sana sini..macam-macam program macam selebriti pulak rasanya diri ni..ehehe..resepi diambil dari MyResipi yang mana penyumbang resepi adalah Puan Rossitamz..let's check it out...

Bahan-bahan ( 6 orang )

Bahan A :
2 cawan sagu
5 cawan air

Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara

1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.

2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.

3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.

4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.

5. Buang daun pandan dan sejukkan.

6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.

7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.

9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C

10. Sedia untuk dimakan

Yang dalam gambar ni guna susu sejat bagi menggantikan santan (adunan b) tapi bila makan kali kedua makan ngan santan lak, rasanya lebih sedap sebab ada rasa masin-masin santan sikit..sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing..

Comments (2)

On July 2, 2011 at 12:41 AM , Juwita Jamaludin said... [Reply to comment]

sedapnya sagu.. sagu tak de dalam stok itu yang pending je menu2 sagu ni.. hihihihi. kena beli dulu.. ita suka menu n kalau bulan puasa menu wajib ni

 
On July 2, 2011 at 1:07 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

Ita, kat sana takde sagu ke? sedap kan sagu ni, nak buat pun sonang je..