Ini masa cuti sekolah, 28 Mei..

Anak cousin di Sungai Petani kahwin.. Jumaat malam balik kampung dulu, pagi sabtu baru gerak ke Sungai Petani dengan mak dan kakak-kakak. Kakak dan abang yang tinggal di utara pulak dah tunggu kat sana.

Memang ramai family Hj Lah ke kenduri tu, 6 beradik dengan anak beranak memasing..kakak yang duduk subang saja yang tak join. Itu yang kecoh rombongan cik kiah ni kat kenduri tu..

Ini lah pengantin..cantik berseri-seri pengantin hari tu..

Ini pengantin kecik mama..ala tomei nya cayang ma ni..

Abang Fahmi bila diapit aweks mama tgk cam hensem giler, itu yg semua aweks kat atas tu nak sandig ngan dia

Ini kami 6 beradik bersama pengantin dan adik beradik pengantin

Bersama dengan sepupu-sepupu..jarang dapat berumpul macam ni..masa ni mmg kecoh semacam semua tetamu dok tengok kami je..haha

Bertambah kecoh bila ada yang mengepow bunga tuan umah. Orang lain bw balik bunga telor, dia bw balik bunga..

Lepas dah bikin-bikin kecoh, salam peluk cium sume, kitaorang pun beredar untuk ke destinasi seterusnya iaitu mee udang Juru.

Abang aku lead sebab dia memang dah biasa pegi. Tapi takde rezeki Mee udang Pak Su yang sedap tu tutup..terpaksa kami ke kedai lain. Tak ingat pulak nama kedai yang kami pegi tu. Servis memang failed. Lambatnya umang aiii...kami sampai tak larat dah nak berphotoshoot kat tepi bendang tu sambil nunggu diaorang ni masak. Air sirap sampai ke sudah tak dapat. Air-air lain manisnya tak hengat..sudahnya mee udang tu takle sesedap pun, masaknya je yang kemain lama.

Ni masa awal-awal nunggu..x le boring sangat lg

Abang fahmi ntah ke mana dah berlari..tunggu mee udang x sampei2

Lastly, bila dah sampai..nampak sedap tapi takde la sangat...bese2 je..

Lepas tu, kami berpecah, kakak yang duk kampung balik terus ke kampung. Abang balik umah dia kat Kulim. Aku, family kak teh yang dok alor setar, mak dan awa balik ke rumah kak yong di Penang.

Malam tu siap ada projek buat roti dan esoknya pi jalan-jalan ke Batu Feringhi..nanti next entry aku citer yek..

Comments (1)

On March 27, 2013 at 4:53 PM , Mohd Hafiz said... [Reply to comment]

Sedikit info mengenai homestay saya. Jika bercadang bercuti atau ada urusan di Kedah, Menginaplah di De Selesa Homestay di Taman Delima, Sungai Petani, Kedah. Sewa harian / sewa mingguan / sewa bulanan disediakan.

Terletak di pusat bandar sungai petani & Alamat No. 617 Lebuh Nilam, Taman Delima, 08000 Sungai Petani, Kedah (berhadapan Sek. Men. Keb. Tunku Ismail).

Untuk tempahan & pertanyaan sila PM/call/ SMS = 019 - 753 5540 (En. Hafiz) atau boleh layari & SUDI LIKE page kami di https://www.facebook.com/Deselesahomestay