Tuesday, August 31, 2010

Baby mama @ 7 months old



Adik dah nak masuk 8 bulan dah pun tapi mama baru nak update perkembangan adik masa 7 bulan...ape daa..
Okie, gambar-gambar ni pun bukan yang latest, gambar ni memang masa adik baru masuk 7 bulan aritu.



Umur 7 bulan, adik dah pandai;

- merangkak secara rasminya dengan cara yang betul

- duduk pun dengan rasminya dan dengan cara yang betul & stabil

- dah pandai panggil "papa" dan "aba" (aba=abang) tp "mama" still tak pandai lagi :(

- dah pandai memanjat untuk berdiri....panjat sofa, tiang, almari, dinding, orang dan semua yang boleh dipanjat...pastu asyik terjatuh je..huhu..


Itu di antara perkembangan adik. Tapi yang merisaukan mama ni, adik kurang makan. Bubur nasik langsung takmau. Adik cuma makan nestum brown rice je. Tapi tu pun sikit je. Itu sebab adik kurus. Masa kat KPJ aritu, paed adik cakap berat adik ni agak merisaukan. Dalam masa sebulan cuma naik 0.2 kg. Sepatutnya umur adik ni dah dalam 8 kg dah berat...adik baru 6++ kg.

Njang adik kata adik ni memang rangka kecik, ikut papa kot. Walaupun camtu, tapi adik sangat aktif, tak duduk diam walaupun sekejap. Penat wooo nak ngejor adik. Maybe sebab tu jugak kot berat adik tak naik banyak, sebab adik lasak.

Rambut adik pun dah panjang. Dah nak tutup mata. Rimas gak mama tengok tapi ada harapan ke boleh potong kalau bawak pi kedai tu. Tengokkan keadaan adik yang lasak camtu macam tak boleh je. Nampaknya mama kena wat tocang la pasni. Ok la, mama doakan adik terus membesar dengan bijak, pandai, comel dan yang penting sihat...