Friday, August 13, 2010

Birthday papa pulak

8 Ogos 2010, birthday papa yang ke-30, jatuh pada hari ahad.
Kali ni kak chil sefamily datang tidur di rumah sebab hari sabtu kitaorang konvoi ke nilai, ada kenduri.

Sabtu malam tu kitaorang celebrate birthday papa di Restoran Saba' Cyberjaya, makan nasik arab. Lagipun bawak family kak chil makan kat situ, dah lama dah niat tertangguh. Papa open table malam tu. (Birthday mama papa belanja, birthday papa pun papa yang belanja..hehe)

Keesokan paginya, bagitau papa nak ke pasar padahal tujuan sebenarnya nak pergi beli kek..pasar pun pergi jugak. Balik je, terus seperais kat papa. Kali ni ramai yang nyanyi kan lagu birthday untuk papa masa cake cutting.

Petang pulak, kitaorang ke sunway pyramid, geng lelaki nak tengok wayang. Disebabkan seat tak cukup, kitaorang yang pompuan jalan-jalan kat dalam sunway tu je sambil shopping sikit-sikit. Lepas wayang dah habis, kitaorang ke popular untuk beli hadiah papa. Papa wish nak buku citer favourite dia. So aku pun suh la papa pilih sendiri dia nak yang mana. Jadi la kan pa, mama tak cukup budget nak beli hadiah mahal, so buku citer pun jadi la asalkan papa suka :) Nanti mama belikan lagi ek buat bekal papa baca dalam train.

So ini antara gambar masa birthday papa...gamba makan-makan ngan adiah lupe plak nak snap. Nanti-nanti nak snap gambar adiah untuk papa tu n tepek kat sini kendian.


kek pun kecik je, cukup la untuk kami 2 family..


yang baju kuning tu yang beria nak tiup lilin


dia jugak yang beria potong kek, perasan birthday dia lagi la tu


nyum nyum..


abaikan muka yang ala-ala santai dok kat umah dan ada yg blom mandi tu hehe

So, SELAMAT HARI JADI PAPA...semoga tuhan panjangkan umur papa, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..amin ya rabbal a'lamin..