Saturday, July 17, 2010

Kunang-kunang di Floria..

Saje je buat tajuk camtu sebab nak sedondon ngan Datin Seri Mona...tajuk dia "kupu-kupu malam"..heheh..

Ceritanya macam ni, tengah kusyuk dok kursus, tetiba aku teringat nak ajak geng rayap berjemaah ke Floria 2010..*nampak sangat tak kusyuk pun kursus kan..leh tepikir mende lain plak..:)*

So aku assign Datin Seri dan Datin Zura untuk arrangekan dengan geng lain iaitu Puan Seri Tini dan Puan Seri Ieta * korang la ni start buat gelaran datin bagai ni..aku pollow je*

At last, kami bertiga sahaja yang available untuk projek malam tu iaitu Dato' Siti (aku le konon tu), Datin Seri Mona dan Datin Zura..

Diaorang datang solo jek bawak adams memasing iaitu adam senior dan adam junior...aku saja yang bawak laki dan opkos fahmi..adik tinggal sama bibik..projek malam tu tak sesuai untuk adik ye...

Sebenarnya pegi malam memang rasa relax sikit sebab tak panas, lagipun sinaran lampu-lampu neon memang cantik sangat bersama dengan bunga-bunga yang bermacam jenis tu...cuma gambar tak berapa cantik sebab masing-masing kamera dah nak abih battery + setting kamera canggih mona tu tak betoi kot...haha. Len kali baca manual dulu ye mon..
Lamalah juga kitaorang kat situ..agendanya ambil2 gambar (laki aku jadi mangsa jd photog), cuci mata tengok jualan dan makan char kuey teow..lebih kurang kul 11 gak la baru balik..

Seronok sebenarnya bila berjimba-jimba ngan geng rayap ni...hopefully kita akan selalu kekal berjimbaan bila-bila ada event takpun create event sendirik je...sonot kan..sorang lagi geng, iaitu Lala tengah cuti bersalin..so dah 2 event dia terlepas iaitu masa mommies day out aritu dan floria ni...takpe lala, nanti ang balik, kita arrange agenda lain lak ye..

Ok, dah panjang cerita so biar piccass pula yang menjadi saksi....


bergambar kat luar dulu sementara menunggu mona dan adam senior..


practise untuk malam raya..


memang meriah dengan neon-neon yang indah..


ini pulak bila mona dah sampai...dengan anak memasing..


ini pulak dalam pavillion..


main pondok-pondok..


konon2 photog nak bagi nampak suasana..:)


wif zura & adam junior..


last snap b4 battery camera out...


gamba bonus: 2 orang budak yang memula malu pastu terus bespren..

Comments (4)

On July 19, 2010 at 7:49 AM , Nurul said... [Reply to comment]

wohoo..kami pun dua kali pergi malam n entah berapa kali pergi siang..ahahah...memang malam tuh ok ckit sebab sejuk jer

 
On July 19, 2010 at 4:54 PM , Myalycia said... [Reply to comment]

pergh.. dato' ct xtahan tu haha..

 
On July 28, 2010 at 9:13 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

Nurul ~ i tak dan pi siang tau...frust..

 
On July 28, 2010 at 9:14 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

zura ~ x tahan kan title...ahaha