Monday, September 5, 2011

Syukur mereka gagal

Gambar kemeriahan raya terlalu banyak nak kena transfer, pilih & upload so nanti-nanti je lah update picca raya..

Sekarang nak update pasal kejutan bila kami balik ke rumah di Putrajaya..

Kami balik 2 kereta sebab satu lagi kereta tinggal di rumah kakak di Subang. So sebelum balik ke rumah kami singgah di subang ambik kereta & masing-masing drive balik ke Putrajaya.

Aku yang sampai dulu sebab papa singgah di Petronas. Sampai je depan umah terus hairan knapa basikal bebudak ni duk depan pintu. Pastu tengok kain baju di ampaian semua takde. Saspen gak nak turun.

Pastu aku turun tengok kat ruangan ampaian di dapur tu punya la berselerak dengan kain baju yang hilang kat ampaian depan umah tadi. pili air terbukak sikit, kasut-kasut yang dalam almari kasut direndam, pasu, tanah bertaburan, penyapu lidi pun berterabur..lam kepala aku duk ingat budak-budak buat main.


Masa kami tengah kecoh tu akak sebelah umah keluar & bagitau yang sebenarnya ada orang cuba pecah masuk rumah kami. Kejadian pada malam hari raya pertama. Masa tu bibik akak tu tinggal sorang & dia terdengar bunyi ketuk..dia pun intai dari rumah dia. Maybe pencuri tu tak perasan ada orang dalam rumah sebelah. Bila akak tu balik, bibik nya bagitau & akak tu terus call polis. Ramai gak polis datang buat siasatan..tapi pencuri tu memang dah lari la.


Semua benda-benda yang ada kat luar rumah tu diaorang gunakan untuk pecahkan kunci. agaknya bila tak berjaya jugak tu yang disepahkan habis semua apa yang ada..tensi kok.. yang tak tahannya tu siap susunkan kaktus aku lawa-lawa tepi tingkap dapur..itu aku memang takleh tahan nak gelak..motip x dapat dikenalpasti.


Pintu dapur pun diaorang cuba cungkil gak guna peralatan berkebun aku..yang ada kat atas lemari kasut. Menurut polis & kalau tengok kesan-kesan yang ada, diaorang cuba ketuk mangga pintu guna pasu bunga. Nasib baik pasu yang diaorang guna tu ialah pasu bungan orkid aku yang dah hidup segan mati tak mau so tak berapa ralat la sangat bunga tu berterabur.

Penuh kat mangga tu dengan tanah..masa awal-awal tu aku tak perasan..bila akak tu cerita baru la perasan..dah habis akak sebelah bercerita baru la papa sampai...dia pun terkejut tengok keadaan luar rumah & terus bukak pintu nak tengok dalam rumah takut pencuri tu masuk ikut lain..ikut tingkap atas ke, pintu belakang ke..papa check semua atas bawah..syukur alhamdulillah pencuri tak berjaya masuk. Memang syukur sangat-sangat..tak ada apa yang hilang kecuali hanger..agaknya sebab tu baju-baju berterabur..sebab diaorang nakkan hanger motip apa pun tak tau sampai sebijik hanger pun takdak tinggal.



Bila difikirkan kenapa rumah kami dijadikan sasaran sebab banyak lagi rumah lain kat situ maybe sebab rumah kami langsung tak ada kereta depan umah. So memang diaorang tau & comfirm tak ada orang dalam rumah. Rumah-rumah lain at least ada satu kereta atau motor yang ditinggalkan.

Syukur Alhamdulillah kerana cubaan mencuri tu gagal dan kami anggap kejadian ni sebagai petunjuk agar kami lebih berhati-hati selepas ni..


Comments (6)

On September 5, 2011 at 4:02 PM , Nurul said... [Reply to comment]

isy..alhamdulillah yg dlam rumah selamat. Gamaknya pencuri amatur tuh. Habis tunggang terbalik laman rumah orang diorg kerjakan.

 
On September 5, 2011 at 4:11 PM , mama ADAMAN said... [Reply to comment]

alhamdulillah..everything selamat kan... wani pun agak terkilan gaks sebab dah plan ngan budak2 tu lepas raya pi bank nak masukan duit tabung sekali duit raya alih2 si pencuri dulu yg ambik.... area rumah wani mmg sunyi jiran sebelah balik taiping jiran satu lagi malam kul 11 12 baru ada umah siang kuar beraya..mmg enjoy gila laa sipencuri tu

 
On September 5, 2011 at 4:44 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

nurul- itu la kitaorang rasa diaorang x pro..ade ke ngan pasu bunga jek hehe..tapi mujur la diaorang x pro kan..syukur syukur

 
On September 5, 2011 at 4:45 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

wani- banyak ek duit lam tabung tu? takpe la, dh takde rezeki kt situ..tuhan bagi rezeki kat lain...sabar ek

 
On September 12, 2011 at 11:37 AM , fazilamz @ Fazila Hj Mohd Zairy said... [Reply to comment]

La penah buh entry umh La kene pecah ritu...yg ni mmg Pro sbb wat keje pun wktu siang...dia berjaya masuk. Hilang TV Plasma...dgn seutas rantai. Duit diaorg x jumpa. Apa yg blh kongsi, selain dari mangga pintu grill, buh Clam juga. memang kalau pro diaorg blh wat apapun, tapi kita hanya boleh melambatkan diaorg. sbb diaorg xsuka lambat2...so skrg umh la memang kene banyak lapis kunci. walaupun payah dibuatnya nak kuar masuk, nak g keje...nak tido..tapi terpaksa...
Nak simpan barang berharga mcm duit or barang kemas...jgn buh dlm almari or dalam bilik...diaorg akan cari situ dulu...buh la bawah karpet ke...kat dapur ke...tempat2 yg tersadai yg diluar jangka. Alhamdulillah, duit la terselamat walaupun tmptnya xle sorok mana...kamera 1beg pun terselamat...klu x, gelap jgk la sbb nilainya dkt Rm8k...

 
On September 19, 2011 at 8:59 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

La, ye ke..bagus jugak tips la tu..syukur diaorang x dpt masuk aritu tp kene beringat jugak utk next time kan...