Thursday, April 28, 2011

Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC

Semalam berkesempatan pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Pergi pun dengan program anjuran ofis aku dan JPM. Program pemilihan buku untuk library.

Sambil menyelam minum air lah kan, sambil pilih buku library, pilih jugak untuk diri sendiri.

Sebijik gambo pun takdan nak snap masa kat sana.

Takde la banyak mana aku rembat kat sana tuu..sebab buku yang dicari tidak ketemu..

Books: World Without Borders...
so sapa yang belum pi, pi la borong buku kalau nak out of borders..hehehe

Ramai betul budak sekolah kat sana. Sonok sangat depa dapat pi rombongan ke pesta buku kan..kalau dah ramai budak sekolah mesti la ramai cikgu kan..ada ke salesman yang promote2 tu panggil kitaorang cikgu..ingat yang pi tu semua cikgu ke? Hihi..

Lenguh kaki tawaf satu pwtc tu. Semua dewan aku masuk. International punya hall 2 kali haku tawaf cari buku citer papa..papa nak buku from author Raymond E. Feist atau David Eddings..dia memang banyak koleksi buku tu kat umah. Kaki macam nak tercabut tapi buku tetap tak jumpa. So yang aku beli cuma buku citer aku, buku kerja fahmi dan magazines je.

-buku motivasi tu dapat cabutan bertuah & kopi, notebook tu suma free gift..

Kesimpulannya sapa yang kaki buku memang inilah masa yang sesuai untuk korang, sapa yang bukan kaki buku pun boleh jugak sebab banyak buku rujukan untuk anak-anak. Ada yang diskaun walaupun tak banyak tapi ok la daripada takde. Kebanyakkannya diaorang buat pakej..beli ini dapat itulah..beli banyak ada free gift lah..ok la tu kan..

So sesiapa yang nak pergi masih berkempatan lagi sehingga 1 Mei 2011..jadilah bangsa berilmu..ecehh..:P