Thursday, March 3, 2011

TiniHani on WHI

Bangga weh tengok kawan sendiri masuk TV.

Nampaknya Cik Puan Tini @ TiniHani aka Geng Merayap dah melangkah setapak lagi ke hadapan bila dia di invite oleh WHI untuk berkongsi tentang hobi menjahit felt nya tu.

Tini masuk tv, aku lak yang teruja. Bukan apa, tumpang bangga dengan pencapaian kawan-kawan kan. Memang kagum dengan bakat dan semangat yang ada pada dia. (Aii..puji lelebih cam nak bodek je ni).

Masa kepoci kat email tu tini pesan suh ambik video. So aku pun siap-siap setting sebelum tini on air. Letak camera atas meja iron sbb kompom x larat nak pegang kan. Kalau ada tripod kan senang. Tini muncul je terus record..sekali minit-minit terakhir recording stop le plak sebab memory card full..nama pun pakai camera cabuk kan, memory pun kecit je huk huk. Tapi sib baik la dah nak dekat abis masa tu. Missed sikit jek la. Tapi video ni dah kena compress sebab tak lepas nak upload original copy kat sini.


Semoga tini terus maju jaya dalam bidang dia ni. Seronok tengok bakat kengkawan. Diri sendiri ni tak dapat nak dipastikan bakat apa yang ada. Setakat bakat nyanyian dalam jamban tu ada la. Dalam jamban je la kan. Karaoke pu tak pernah pergi apatah lagi ujibakat Mentor musim ke-5. Haha. Ke situ pulak sudahnya kan.

Ok la, entry ni disudahkan dengan koleksi yang pernah aku tempah kat tini sebab tengok zura tepek gambar koleksi yang dia tempah dari tini maka aku pun nak jugak. Entry berkaitan boleh jengah blog zura aka geng merayap jugak.


Ni tempah nama saja masa kenduri akikah Arissa & birthday Fahmi. Patutnya nk tepek kt baju tp baju arissa kecit sangat masa tu + fahmi takmo kasik buh kat baju dia.

Yang ni pulak masa 1st Birthday Party Arissa hari tu..

Comments (1)

On March 11, 2011 at 10:20 AM , Anonymous said... [Reply to comment]

fuh,,,sanggeh kan masok tb

congrate pn.tini =D

ha kTIm...da blajo wat cozy2 ni lom?