Monday, February 21, 2011

Genting Highlands Kota Keriangan

Seronok betul sekali sekala dapat pergi bercuti. Kali ni pergi ke Genting Highlands dengan family Kak Chil & tetamu jemputan, Ngah dari Sungai Besar. Kami pergi seminggu lepas raya cina. Hotel booking via iHoliday so that dapat harga murah & takyah que panjang untuk check in, check out. Ini tips kalau nak tido kat Hotel First World tu...maklum la, bilik dia beribu-ribu..so orang pun beribu-ribu gak kan...sib baik boleh check in pakai kiosk je.

Let's see the pictures...hanya gambar yang dapat menceritakan betapa riang ria kami di sana...maklum ler, kota keriangan la katakan..

Kita mulakan dengan wajah comel anak dara tercayang yang berada di outdoor theme park separuh hari saja, separuh hari lagi hingga ke malam hari dia dok bilik je siann..



Ish..ish...comel kan anak dara tue? Now, tengok aksi si abang pulak. Abang memang yang paling enjoy. Dari rumah berapa hari sebelum tu pun asyik tanya je bila nak pegi.




Ni plak gambo dua orang adik beradik tengah boring tunggu papa & pak njang beli tiket

Ini mama bersama anak daranya dan anak terunanya pun tengah boring lama sangat depa beli tiket


Ha, ok ini dah masuk dalam...bergambo dengan maskot gong xi fa cai, maklum le masih mood raya cina


Berehat makan ais krim sambil tunggu anak-anak naik carousel..ntah berapa kali diaorang naik siap tanak turun haha..


Ini pulak gambo budak berdua yang pastinya paling seronok, Fahmi dan Boboy..semua nak naik berdua..dah macam kembor..


Double deck carousel..

Astro Fighter..ini pun 2 kali naik siap takmo turun
Rodeo Rider..ini pun 2 kali naik..


Bumper car..2 kali gak naik, sekali kat outdoor, sekali lagi kat indoor

Budak berdua tu memang sangat happy, ada lagi yang diaorang naik..flying jumbo, kiddy rides..

Naik jugak family rides yang boleh naik ramai-ramai tu macam antique car, pirate train dan dinosaur land. Pirate train tu beria je ngah peluk aku ingatkan ada kuar hantu...sekali takde pape pun..haha..penat je takott..yang best sikit kat dinosaur land sebab ade show pasal dinosaur..tak sangka ingat just naik bot tengok patung dinosaur tu je.

Dan ini gambar di dinosaurland

Keluar dari dinosaur land hari dah mula hujan...bila hujan, kebanyakan outdoor rides ditutup. So, semua pakat ke indoor la kan. Masa tu dah dalam kul 2 kot, perut memang dah lapar giler..makanan kat outdoor memang mahal x hengat. So, kitaorang decide utk check in hotel dulu since hotel first world tu kat indoor theme park tu je kan. Lepas check in boleh la lunch dengan bekal yang kak chil masak tu..nasik putih lauk sambal ikan bilis dan rendang ayam..makan pulak atas tilam hotel + sejuk dingin udara genting..perghh sedap giler makan nasik.

Lepas makan nasik, ada acara sambutan epi besday boboy. Besday dia 18/2, dah alang2 ke genting, sambut awal seminggu sebelum tarikh..kak chil dah beli kek siap-siap kat subang, hadiah pun kami bawak siap-siap dari rumah. Birthday boy excited, yang bukan birthday boy (Fahmi) pun excited lelebih macam dia punya besday lak hehe.



Lepas siap sembahyang mandi sume, kitaorang turun semula ke outdoor dalam kul 5 camtu..tapi sempat main sekejap je...dalam kul 6.30 hujan sekali lagik..terpaksa la ke indoor pulak..kat indoor 1st sekali kami ke 4D motion master..amik ko, semua pening pakat nak muntah..sib baik 7 menet je, kalo lebih sikit kompom semua buekkk kat situ..hihihi..tapi best! Lepas tu kami naik rio float & venice gondola. Gambar di indoor maleh nak tepek sbb tak cun mungkin kerana camera setting ataupun camera tu nak kene beli baru gamaknya hehe.

Tak banyak yang aku dapat naik, memang tak cukup la sehari nak naik macam-macam sebab nak naik satu ride pun kena que sikit punya lama esp kat outdoor tu..banyak yang tak sempat naik macam monorail, boating dan yang paling frust tak dapat naik spinner yang satu-satunya thrill rides yang berani aku nak naik tapi tak sempat sebab hujan petang tu..frust wo..

Lepas tu perasan dak, dalam gambar takde pun papa kan..sebabnya papa ngan dak mirul pegi naik semua yang thrill..diaorang tak layan langsung family rides yang kitaorang naik sbb tak thrill..papa naik semua yang seremm tu..flying coaster, space shot, cyclone, grand prix fun cart..tapi gambar takde sebab jurugambar dok ngan team lain..

Keesokan harinya..
Ini dua beradik yang belum mandi di pagi hari sebab nak pegi breakfast dulu..biar korang makan comot2 dulu baru kasik mandi.

Lepas breakfast, shoping kat bazaar tepi cafe tu berjam jugak, pastu naik bilik, lepak tunggu kul 12 baru check out. Pengajarannya lain kali pegi hotel first world, check out awal2 sikit ye supaya takde la jenuh tunggu lift sebab beribu-ribu orang nak check out pada masa yang sama..lif banyak tapi still tak efektif.

Lepas check out, kami bertolak balik dari genting tapi sempat lagi singgah kat tepi jalan sebab nak ambik gambo..


Ohhooo...ada orang kata macam orang bercinta..

Ni semua yang pergi...kecuali bibik x masuk lam gamba

Syukur sebab selamat pergi dan balik...semoga lain kali dapat lagi peluang untuk bercuti beramai-ramai macam ni..insyaAllah..

Note: Dulu dah pernah pergi genting with papa and fahmi..teringat pulak masa tu..fahmi kecik lagi..dan gambarnya disini..

Comments (4)

On February 22, 2011 at 7:28 PM , cantekk said... [Reply to comment]

wa....
conok nye gi genting...

psai pa moka anak dara masham je..hihikk tp tetap comel ye..

 
On February 22, 2011 at 11:12 PM , ~~@lyci@~~ said... [Reply to comment]

syoknya... plan nk bwk adam dtg cni la... lain muke ct pakai shwal..

 
On February 23, 2011 at 8:38 AM , Nurul said... [Reply to comment]

bestnya. Teringin nak bawak anak2 gi bercuti kat situ gak tapi masalahnya ayah diorg lak yg gayat. Pastu tanak drive gi sana, nak naik bas macam tak berani..huhuhu...tapi kagum la anak2 acu berani ngan maskot, ngan mainan2 tuh sumer...

 
On February 24, 2011 at 11:56 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

cantek - itu le, anak dara tu mmg susah tul nk capture gambo dia senyum

zur - terserlah ketembaman kan pakai shawl..tapi best, nak pakai gak x kire hehe

nurul - best best...ooo..ayahnya ada penyakit gayat eh...takpe la, dapat pi langkawi lagi best..
hmm...memula tu mmg cam x kasik je si fahmi naik menan2 tu..tp bile dia dah naik, baru paham sbnrnya dia dah pandai, dah besor le maknenye..hihi