Monday, January 31, 2011

Terlerai sudah

Finally, terlerai sudah segala kekusutan.
Kepada yang belum tau, sebenarnya kemelut yang berlaku adalah sebab tempat kerja. Minta tukar tapi ditempatkan di tempat yang sama tapi tak serupa. Lagi pressure, itu yang dikatakan mulut buaya. Berkat daya usaha, berjaya jugak elak dari masuk mulut buaya. Geram pun ada ngan person in charge. Kononnya dah tak boleh tukar, sebenarnya malas nak tambah keje. Amik kau, aku cakap ngan boss kau sendirik boleh pulak. Ok lah, forget it.

Sebenarnya tempat baru ni pun ada kurangnya jugak. Kadang-kadang rasa menyesal pulak mintak tukar. Time dah nak blah, rasa seronok pulak buat audit. Tapi, sekarang memang tak boleh pandang ke belakang lagi dah. Di tempat baru ni, ada tugas baru yang menanti. Tersirap darah bila dapat tau aku ialah Pengurus IT kat sini. Takde boss, aku le boss ICT. Pergghh..takut giler aku ni bukannya terrer lagi dalam bidang ni. Takpe, ambil peluang ni untuk belajar dan belajar bersyukur sekali. Jangan asyik nak mintak tukar je hehe.

Semoga aku dapat sesuaikan diri dengan tempat ni, boss dan dapat kawan-kawan yang best. Sedih meninggalkan BFF di audit. Semoga persahabatan takkan putus..


huhu...rindu...

Comments (2)

On January 31, 2011 at 5:05 PM , tulip said... [Reply to comment]

skang keje kat mana?

 
On February 21, 2011 at 2:05 PM , mama ADAMAN said... [Reply to comment]

kat mana skrg? siti boleh wat...wani nie awal2 masuk terus pegang KETUA CAwangan IT lagi letih wooo at least CT dah ada pengalaman kat tempat lain.... i support u... caiyok!!!