Walaupun dah nak dekat setahun tapi nak jugak update..nak jugakk..hehe
Sambungan cerita Sarawak ok..
Day 3 ~ kami ke Muzium Kucing (Cat Museum) yang terletak di Dewan Bandaraya Kuching Utara, Petra Jaya.

Tiada bayaran masuk ke muzium ni cuma untuk ambil gambar perlu bayar RM3.

Ni kat depan pintu masuk...mood meoww suda marii..
ibu meoww dan anak-anak
jangan cuba cari kucing hidup disini...nan ado...yang ada semua kucing mati
replika buaya pun ada juga...mungkin sebab sarawak pun terkenal dengan buaya yang banyak dijumpai di sungai sarawak kan
comel-comel je kucing lam cermin tu
kalau le ada kucing hidup yang corak camnih...
banyak cerita menarik berkaitan kucing yang boleh kita baca di sini
tapi kami takda la baca semua, tengok2 je pastu ambil gambar

cute sangat gambar ni
anak-anak pun suka datang sini sebab ada macam-macam replika kucing..kecik besar semua ada
Dah puas jalan-jalan dan ambil gambar, kami shopping juga kat gerai cenderahati di situ. Lepas tu keluar dan ambil gambar permandangan luar pulak.
Belakang tu lah bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, terletak di atas bukit. So dari tepi jalan ni, kami boleh nampak view bandar kuching yang cantik..

Selepas tu kami ke destinasi seterusnya yang sangat jauh dari kuching hanya berpandukan map di iphone...so jumpa di next entry!

Wednesday, August 1, 2012

My Birthday

OMG lambatnya update pasal birthday....tak sempat nak wish untuk diri sendiri kat lam blog ni hehe...

28 Julai meningkat lagi satu angka, 31 + 1 = kira sendiri hokeyy hehe

Kebetulan birthday aku tu jatuh hari sabtu so celebrate dengan berbuka puasa di PICC.
RM60 for adult & half price untuk children above 6 yrs old.
Tapi kalau kira kuantiti yang kami makan ada la dalam RM 30 je kot total untuk 4 orang...huhu rugi rugi.
Mana taknya, sibuk dengan si Arissa yang banyak benor ragamnya.
Tak sempat nak hadap foods yang banyak giler tu.

Gambar pun tak banyak snap, salah bawak lens and as i said earlier, sibuk dengan Arissa.

Apa-apa pun, thanks papa sebab belanja kami.

Thursday, July 12, 2012

Birthday celebration lagi......

Sambungan cerita birthday celebration hari tu..blogspot ni kadang-kadang ada problem tak boleh nak upload gambar itu yang lambat sikit sambungan ceritanya ni.
Kek angry bird ni tempah di Kedai Giat Mara, Presint 15. Tapi frust sangat sebab masa tempah tu tunjuk contoh design lain yg cantik..sekali bila ambik macam ni je yg diaorg buat. Lepas tu salah eja pulak tu.....birthay?????
Kek ni untuk dibawa ke sekolah Fahmi untuk sambut dengan cikgu dan kawan-kawan sekelas. Mama tak tengok pun masa dia potong kek tu. Kek pun bibik yang hantarkan ke sekolah.

Ni kek ke-3....yang ini mama buat sendiri untuk Fahmi..untuk sambut dengan kawan-kawan mengaji. Kebetulan kawan ngaji Fahmi, si Waida sama hari jadinya hari tu juga. Memang bersalin hari yang sama, hospital yang sama dan labour room pun sebelah-sebelah je hehe. Beza 4 jam je umur diaorang..
Kek ni kek coklat moist je...tak tau nak hias macam mana...just campak-campak je oreo..ape yang ade je hehe

Lepas je budak-budak tu siap ngaji, suh ustaz bacakan doa selamat dulu untuk befday boy & befday girl. Ustaz Zainal ni yang ajar diaorang ngaji 2 kali seminggu.

Imam muda Ariff Fahmi..

Befday boy & befday girl...waida malu-malu sangat masa ni...masam je muka...ngantuk kot

Fahmi, waida & adam. Adam pun join sekali potong kek.

Befday girl dah lari...befday boyss pulak yang pakat potong kek...hancus kek..hehe

Tetamu nya yang menyerikan majlis...hehe


Menu utamanya adalah spaghetti....

Ni pulak my homemade coklat oreo sebagai goodie untuk kawan-kawan....

Fahmi sayang, 3 kali okeh tahun ni punya birthday celebration....kan mama dah kata....apa saja untuk kamu...mama nak tengok fahmi happy...so nanti bila dah besar sila buat celebration untuk birthday mama pulak okey....hehehe....

Sekian, dari mama yang hover....(",)

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday

Gadis dan bunga...

1 Julai 2012, sehari sebelum birthday Fahmi, kami celebrate dengan family kak chil di Burger King Shah Alam.


Pandan layer cake ni beli di Kompleks PKNS Shah Alam. Suh je adik yang jual tu tepek edible img kt kek tu kira ok la tu kan.

Birthday boy bergambar dengan hadiah dr papa. Mujur di Burger King tu ada tempat yang santai untuk kami potong kek.

Background belakang pun cantik. Makanan of-course burger la kan, nama pun burger king.

Dah 6- year old. Lilin pun dah penuh atas kek, maknanya anak mama dah besor

Time to blow the candle..

And time to cake cutting

Birthday boy & adik birthday boy masam mencuka. Kalau tak lagi comel gambar ni

Food yang mana masih belum dijamah

Manakala ini pula ialah food yang telah selesai dibaham hehe

Beyblade hadiah dari papa requested by birthday boy sendiri. Untung boboy pun dapat sekali pakcu belanja... :)

Ni pula hadiah dari njang...train..tq njang tapi nampaknya adik yg lbh excited dengan train ni. Sib baik blk rumah boleh main share2...