Tuesday, November 1, 2011

Canon EF 50mm f/1.8 II Lens Collection

Mari cari mood di hari isnin dengan mengupdate blog. Kali ni nak tunjuk koleksi lens Canon EF 50mm f/1.8 II yang dibeli sebelum raya hari tu..

Lens ni murah je RM300 beli kat Alamanda..kalau pandai survey boleh dapat lagi murah below RM300 tapi dah malas, beli kat mana yang dekat je.

Lens ni memang cantik bila ambil gambar bunga-bungaan..





Lens ni memang sangat superb untuk ambil gambar potrait...tengok aje koleksi gambar anak dara kesayangan ni..



Juga gambar di kala senja yang menjelma..



Tak lupa juga gambar kanak-kanak riang di tepi pantai..



Dan ikan di dalam akuarium....