Wednesday, November 9, 2011

Aidiladha 2011

Aidiladha kali ni sepatutnya turn kampung papa tapi sebab cuti papa kena freeze..cuti 3 hari je memang tak berbaloi nak balik jauh nun ke kelantan, so kami balik ke kampung mama di perak je. Kebetulan adik beradik semua balik. Kami balik lepas kerja hari Jumaat, jalan memang jammed tapi diredah jua demi nak cepat sampai kampung hehe..

Pagi-pagi lagi adik dah salam opah...dapat duit raye punya pasal..kalo tak, jangan harap dapat peluk dia camni..
Dari kiri atas: Adik syok dapat duit raye; Adik sibuk main iphone time org tgk lembu kene sembelih
Dari kiri bawah: Sebelum pegi tegok lembu. sempat posing dulu; abang buat aksi melompat keseronokan nak tengok lembu
3 beranak dipagi aidiladha
Inilah lembu yang ke-3 bakal dikorbankan
Terpelanting brother tu kena libas dek lembu..hihihi

Cuti 3 hari memang tak puas rasa duk di kampung...berat sungguh hati nak balik ke Putrajaya..dah malam baru gerak..mujur jammed pun sikit je hihi..masih belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua umat islam yang menyambutnya...

Comments (0)