Tuesday, September 28, 2010

Makan-makan raya @ my home sweet home :D

Jumaat lepas buat makan-makan sikit kira macam rumah separuh terbuka la sebab khas untuk separuh officemate hehe (bukan main pilih2 jemput ye, separuh lagi pergi outstesen). Aktiviti masak memasak dimulakan dari malam sebelum tu la, nasib baik la ada bibik yang membantu readykan bahan-bahan kalo tak pengsan gak la lepas keje nak bersilat masak mi kari la bagai.

Hari jumaat tu aku kerja jugak, dalam kul 12 balik readykan ape patut sebelum tetamu datang..walaupun dalam kesederhanaan tapi rasa puas hati sebab dapat jamu kawan-kawan makan hasil tangan sendiri dan di rumah sendiri (uppsss...kuarters ok!) hehe. Dan di bawah adalah gambar-gambar di sekitar majlis dan official photog of course la anak teruna mama tu, fahmi. Dia memang dah advance dalam penggunaan camera siap buat effect la bagai..huhu..ada harapan jadi photog terkenal tu :)


menu yang tak seberapa..


makan jangan tak makan


tuan umah tak lalu makan selagi tetamu tak makan..


gud mood pulak adik time nih...suma org leh layan


anak dara dan mak dara


group yang last sampai after semayang jemaat


posing dari tuan umah


tak habis-habis posing...maklum le photognya rajin..:)

Comments (0)