Saturday, July 2, 2011
Selamat Hari Jadi Ariff Fahmi Asmayuzi
2 Julai 2011- Genap 5 tahun umur anak teruna kami, Ariff Fahmi Asmayuzi.
Syukur kepada Allah kerana dipanjangkan usianya serta diberikan kesihatan yang baik. Mama sentiasa doakan agar Fahmi menjadi seorang muslim yang baik, yang tidak meninggalkan solat, yang beriman, yang taat kepada orang tua, berjaya di dalam akademik, berjaya di dalam kerjaya dan berjaya di akhirat kelak. Dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, selamat dunia & akhirat..
Alhamdulillah, pada umur 5 tahun ni Fahmi dah pandai membaca walaupun ada jugak kesilapan masa membaca tu, kadang-kadang dia lupa, kadang-kadang dia confuse..walaupun sebiji-sebiji perkataan tapi bagi mama itu adalah satu pencapaian yang baik. Semoga pencapaiannya akan terus meningkat dan mama akan selalu hantar Fahmi pergi tuisyen kat skool hari Sabtu sebab kalau mama yang ajar Fahmi tak suka coz mama garang hehehe..selain tu, Alhamdulillah Fahmi pandai sembahyang dan hafal semua bacaan dalam sembahyang, pandai baca doa, pandai berzikir..syukur, semoga semua ilmu ini akan Fahmi manfaatkan sehingga dewasa kelak.
Sempena hari jadi Fahmi hari ni mama nak tributekan sambutan hari jadi Fahmi yang sebelum-sebelum ni...let's check it out...
4th birthday
i) 2 Julai 2010 buat di skool
ii) 3 Julai 2010 buat di rumah sekali dengan Majlis Akikah adik Arissa..
Comments (2)
happy besday..semalam baru aunty buat besday Abg Adaam dan baby Anas... wah fahmi dah boleh baca yeaa... adam lum lagi aaa
Rajin anty wat birthday party..ckit2 je, x lancar mana tp kira ok la tu kan..tp adam pandai kan..dpt num 2..