Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Aidiladha 2011

Aidiladha kali ni sepatutnya turn kampung papa tapi sebab cuti papa kena freeze..cuti 3 hari je memang tak berbaloi nak balik jauh nun ke kelantan, so kami balik ke kampung mama di perak je. Kebetulan adik beradik semua balik. Kami balik lepas kerja hari Jumaat, jalan memang jammed tapi diredah jua demi nak cepat sampai kampung hehe..

Pagi-pagi lagi adik dah salam opah...dapat duit raye punya pasal..kalo tak, jangan harap dapat peluk dia camni..
Dari kiri atas: Adik syok dapat duit raye; Adik sibuk main iphone time org tgk lembu kene sembelih
Dari kiri bawah: Sebelum pegi tegok lembu. sempat posing dulu; abang buat aksi melompat keseronokan nak tengok lembu
3 beranak dipagi aidiladha
Inilah lembu yang ke-3 bakal dikorbankan
Terpelanting brother tu kena libas dek lembu..hihihi

Cuti 3 hari memang tak puas rasa duk di kampung...berat sungguh hati nak balik ke Putrajaya..dah malam baru gerak..mujur jammed pun sikit je hihi..masih belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua umat islam yang menyambutnya...

Tuesday, September 6, 2011

Aidilfitri 2011 - Edisi Raya Pertama

Hari raya pertama kami, tema diberi ialah green pinky... tapi akhirnya semua dah kehijauan je dah..kalau boleh diberi markah hanya family aku & kak teh je boleh dpt markah penuh sebab memenuhi kriteria..hehehe..
Eh tak lupa juga opah & atuk pun dapat markah penuh sebab memenuhi kriteria warna tema..


Ini adalah saat paling syahdu..sesi bersalaman antara opah & atuk..


Lepas je balik sembahyang raya, touch up sikit then start acara bersalaman..jenuh nak nunggu acara habis sebab ramai sangat..hihihi..kalau dulu kitaorang main salam berterabur je..sekejap je habis tapi kali ni kena 1 by 1 supaya tak kelam kabut & dapat ambil gambar proper sikit.

Lepas habis sesi bersalaman, ada acara teka duit dalam tabung bola pakndak..hihi semua boleh teka sampai adik arissa pun teka hehe. Budak-budak la yang over sebab sapa betul dia dapat duit tu..apa lagi teka jangan tak teka. Disebabkan ada 2 orang yang teka paling hampir, maka duit yang menang tu dibahagia 2 lah..pemenangnya ayen & hariz...cayalahh..



Lepas tu acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar pulak..adeih, peluh ketiak segala..maat pun berpinar banyak sangat shoot & camera..hehe...meh tengok gambo family adik beradik aku..eh lupe lak nak kabo..tahun ni hanya family abang yang duk kulim je takde..dia takleh balik sebab baru dapat baby seminggu sebelum raya hari tu..so hanya abang di perantauan tahun ni tak dapat merasai kemeriahan aidilfitri kami di kampung..


Family kak yong, Penang - green sajo, x pinky



Family kak chik,Sungai Besar - green lebih, pinky sikit je



Family kak teh, Alor Setar - Green pinky, markah penuh



Family kak chil, subang - green lebih, merah sikit, x pinky



Family kak mbang, bota - Green pinky jugak tapi x markah penuh sbb tudung ijau hehe



Family ku - Green pinky, markah penuh :P



Ini pula adalah anak teruna & anak daraku in green pinky..abang tak ada gambar proper sebab dia sibuk ngan kawan-kawan.


Sayangnya plan nak ambil gambar ramai-ramai dalam tema yang kehijauan tu tak kesampaian..sebab diaorang sibuk ngan program lain..sayang betul..baju semua dah cantik setema..hanya gambar 6 beradik sahaja yang dapat diambil..


Macam model cover majalah tak? Hehe..


And lastly, gambar aku bersama kakak-kakak tersayang..start dari nombor 1 hingga 5..tapi gambar ngan kaka mbang tu tudungku dah terpenyek..layan je lahhh..eh tak lupe juga gambar bersama suami tercinta di pagi raya...



Seperti biasa raya kami memang takat ambil gambar, lepas tu pergi 2-3 buah rumah yang wajib pastu dah..hehe agak kurang hangat maklum la mak mertua jauh so tak tau nak pi jalan ke mana..tapi whatever sekali pun, kami tetap seronok masa hari raya tuu..semoga kami dipanjangkan umur dan berjumpa di raya-raya akan datang..