Wednesday, July 6, 2011

Cameron Highland Again - Cactus Point

Asyik entry birthday Fahmi je, sampai tertangguh entry Cameron, seolah-olah pergi Big Red Strawberry Farm pastu terus balik umah yek.

Sebenarnya destinasi seterusnya selepas Big Red Strawberry Farm tu ialah Cactus Point. Ini juga adalah tempat wajib pergi jika ke Cameron. Banyaknya cactus kat sini cute giler..so jom tengok gambar...



Eh korang mesti tak pernah tengok cactus besor gini kan?? besor tau, besor lagi dari kepale aku nih..





Dah le besor, macam-macam rupe pulak tu..yang kurus, yang tajam, yang gemuk eh macam-macam lah...



Yang ada tanduk cenggini pun ade taww..comei kan?



Selain dari yang besor-besor, yang kecit-kecik ghope ini pun ade..



Bukan saja yang hijau-hijau, yang merah-merah ghope ini pun ade...



Malah yang disusun comel sebegini pun ado...nasib baik ko mahal..


Kalau tak percaye yang cactus tu memang besor, tengok gambo kat bawah ni ha

.

.

.

.

.


Kan besor lagi dari kepale aku tu kann..


Eh tapi jangan muntah eh tengok aksi posing ala perasan Nora Elena aku tu haa...sib baik cactus tu comel :)




Di sini cactus-cactus kecil dijual dengan harga RM10 untuk 5 pokok, dapat 1 free jadi 6 pokok la. Sama je dengan farm lain harganya..


So pilih jangan tak pilih...



Selain tu, souvenir pun ada dijual..tapi lagi best kalau shopping mende gini di Pasar Malam Brinchang..



Kalau pergi, jangan asyik ambik gambar pokok je taw, gambar diri sendiri bersama orang tersayang juga haruslah diabadikan.. :P



Eh, patutlah hilang rupanya merempit bawak awek...*minta dijauhkan sikap begini apabila dewasa kelak*


Dan opah-opah, atuk-atuk yang tak larat berjalan tak yah riso..kat depan pintu masuk tu leh duduk..order je kalau nak makan ape-ape suh anak-anak atau cucu-cucu yang belikan..opah dan atuk duk relax je sambil makan sebegini...


Dan akhir sekali gambar bonus...gambar ni cantiklah aku sedekahkan kat korang kot kot la nak jadikan wallpaper ke kan..bunga ni pun ada kat cactus point, bukan semata-mata cactus saja...


Okey, sambung lagi di entry Cameron seterusnya dengan destinasi lain yang lebih menarik.....

Comments (4)

On July 6, 2011 at 7:30 PM , Juwita Jamaludin said... [Reply to comment]

acu nak gi la balik nanti cameron highland ni.. tgk gambar2 terpesona tau.. hiihihi.. rindunya Mlaysia

 
On July 6, 2011 at 10:00 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

Ita, nanti balik M'sia pegi laa..cameron sekarang ni memang best sangatt..sesuai untuk kite pompuan-pompuan ni..

 
On July 7, 2011 at 12:08 PM , fazilamz @ iLa said... [Reply to comment]

baru je plan teringin-teringin nak g cameron....walaupun umh x hbs kemas lagi....mmg cdg nak borong kaktus dgn strawberry...
last year pegi pun pasal wat fail meja...xbest, terikat dgn program....

 
On July 8, 2011 at 7:27 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

La, kalau pegi bekerja mmg x best sbb terikat kan..pegi la bercuti ngan hubby best tau..barang2 kat sana semua berasaskan strawberry, comel lak tu rasa geram je semua nak beli...