Monday, July 11, 2011
Bergaya dengan hadiah hari jadi
Papaku belikan basikal...basikal baru warna biru..ngeong ngeong ngeong ngeong ngeong..boleh ku bawa pergi taman........
(sila nyanyi ikut rentak lagu papaku belikan kereta).
Basikal baru ni adalah hadiah hari jadi dari papa untuk Fahmi.
Mula-mula nak postpone dulu beli basikal sebab macam-macam dah beli masa hari jadi dia hari tu. Tapi ada satu petang tu, mama balik kerja, ada dua orang budak duk depan umah sambil terjenguk-jenguk lam umah. Dalam rumah pulak Fahmi tengah menangis, bibik tengah pujuk. Rupanya kawan Fahmi ajak main basikal tapi basikal dia dah rosak tak leh naik...kerosakannya adalah seperti gambar di bawah:
Kesian kan? Basikal ni adalah hadiah dari Pakcik Leh masa birthday dia yang ke-2 tahun. Dah lama giler. Dia dah besar, bila naik basikal ni, lutut dah berlaga ngan handle. Seat pun dah terpeot, yang lebih kritikal brek dah tercabut sebab itu la bibik tak kasik dia naik dan sebab tu lah dia nangis sementara kawan-kawan dok tunggu dan tak paham apa yang berlaku..mama yang tersentuh dan kasihan, cuba pujuk fahmi dan terus call papa. Balik kerja papa bawak dia ke Alamanda beli basikal baru...yeayyy...
Sementara tu, board yang mama belikan tu ada manfaatnya...dia boleh belajar menulis, melukis, dan kadang-kadang mama tulis, dia eja.
So, itulah dia hadiah hari jadi dari papa dan mama untuk anak teruna tersayang...
Comments (0)