Bak kata zura a.k.a alycia, aku patut buat entry pasal ni sebab aku dah cecah 31 tahun..ekekekek..zura siap bagi link lagi tuu..

So zura, aku copy paste kat sini eh artikel tu..

Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.

70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi

Kembang kincup pulak bila baca artikel ni..ehehe..jangan perasan lebih..

Kecantikan bukanlah segalanya...yang penting bersyukur dengan kesempurnaan yang Allah kurniakan..
1 year older lagi lah arini..tapi kenapa rasa cam muda lagi je nihhh...ehehe..umur saja yang tua, jiwa sentiasa muda..ehemmm...

31 tahun...syukur ke hadrat Allah kerana masih dipanjangkan usia..semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya, kurniaanNya, rezekiNya, berkatNya dan semoga senantiasa dekat denganNya..

Amin ya rabbul a-lamin...

Wednesday, July 27, 2011

#1 WORDLESS WEDNESDAY



Wordless Wednesday (WW) ni adalah satu trend utk semua bloggers di alam Maya di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya...


Nak tahu lebih lanjut sila ke blog Wordless Wednesday dan FanPage WW ..


**Sebelum ni tak faham kenapa mesti wednesday? Kenapa tak wordless monday or tuesday? Hehe, now dah faham dan akan ada lagi next wordless wednesday..insyaAllah..

Tuesday, July 26, 2011

Terbang RM25


*Gambar hiasan ikhsan dari pakcik google


Semalam kan gaji, so bila gaji wajib la pegi Alamanda..dan dan la buat alasan sabun cuci lantai habis la, sabun basuh botol adik habis la..walhal kalo sebelum gaji pandai pulak suh bibik basuh botol adik pakai sabun axion..hehe..

Selama aku bershopping kat alamanda sebelum ni, tiap kali pegi tak pernah pulak aku alami situasi di mana KAD PARKING HILANG!

Semalam aku pi sorang je lepas keje, sampai parking je terus hantar kereta kat P2 untuk cuci kete sebab kete dah macam tong sampah lepas balik dari kampung aritu. Lepas tu menonong je masuk dalam, terus pi shopping tak hengat nak balik sampai kul 7.30. Pukul 7.30 nak balik, cari2 kad parking adoii..takde lak lam beg. Selongkar lagi, takde jugak. Dan dan terpikir kot tertinggal lam kete.

Zuuppp...laju je pi kat kete yang dah siap cuci tapi sempat lagi sound apek tu sebab tak bersih, cehh! Pastu baru tnya diaorang ada jumpa tak kad parking. Sekali katanya takde...huk alohh...mana pulok dah cicirnya...aku tak pernah cuai sebegini rupa..ntah-ntah diaorang dah sedut masuk vacuum..pastu pandai je kata tak jumpa kan.

Dah puas cari dalam kete jugak pun takde. At last, kene gak pi mgmt office cakap kad parking hilang.


" kad hilang kena bayar RM25 kak"

" 25? tak bley kurang ke"

"tak boleh"


Huk alohhh...mahal rupanya yek denda dia..aku siap mintak diskaun tak dikasiknya..

Nak tak nak kena la bayor jugak..oi RM25 melayang camtu je, kalau buat pi pasar tani dapat tudung selai tu tauu..tak kos efektif betoi aku semalam.

Dia cakap, kalau jumpa balik kad tu dalam masa 24 jam boleh refund..masalahnya dah jenuh aku selongkar lam kete..tak jumpa-jumpa jugak. Sekarang belum cukup 24 jam lagi, harap2 tetibe kad tu ada lam kete kang boleh aku refund and beli tudung...theehee....

Kalau takde jugak, aku redha..

Thursday, July 21, 2011

Cameron Highlands - Last Episode

Masa untuk balik...makan dulu di food court Tanah Rata. Balik ikut Tapah so singgah dulu di Cameron Bharat Tea...








Enjoy sangat percutian ni...semoga lain kali berpeluang lagi untuk bercuti dengan family macam ni..thanks to papa selaku penaja utama mama shopping kat sana..hehehe


Bayaran masuk Butterfly Farm ni RM 5/person.
Awal-awal sampai adik tidur, jenuh kejut dia tengok butterfly, tak bangunnye..



Bila kitaorang dah nak keluar baru lah adik jaga, nampak je butterfly terus segar..



Macam-macam jenis butterfly ada kat situ, banyak sangat.



Dah habis tengok butterfly, kami tengok binatang lain pulak, tapi still dalam farm tu la jugak. Ada banyak binatang pelik..geli tengok..



Pastu diaorang ramai-ramai dok berkerumun tengok turtle..macam rombongan sekolah pun ade, papa jadi cikgu..







Ini pulak ialah aksi adik membuat cubaan nak dapatkan bear dalam cermin kedai di Butterfly Farm tu..


Wednesday, July 13, 2011

Menamakan Bilik Mesyuarat


Eh baru perasan, kat dalam blog ni takde update pasal kemenangan aku di atas..walaupun dah lama berlalu, mesti kena update juga di sini supaya kemenangan ni terus menjadi kenang-kenangan untuk aku...

Aku menang pertandingan ni masa kat ofis lama dulu, Disember 2010. Tak sia-sia usaha aku dok perah otak memikir nama bilik mesyuarat tu. Syukur, Alhamdulillah..dapat hadiah cash RM300. Eh tapi tak tau la diaorang guna ke tak kan nama ni sebab aku pun dah pindah pejabat lain.

Ok, kalau korang pun tengah cari idea untuk masuk pertandingan yang seumpama ni, meh sini aku bagi panduan untuk korang:


1. Pilih perkataan yang simple, sedap didengar dan yang penting mesti ada justifikasi.

2. Justifikasi pula mesti kena dengan fungsi bilik mesyuarat ataupun ada kaitan sikit-sikit la..

3. Buat rujukan pada Kamus Dewan untuk terangkan dengan tepat maksud sesuatu perkataan tu. Then dari maksud tu bolehlah di elaborate untuk jadikan justifikasi yang mantopp..

4. Jangan la suka-suka je letak nama bunga la, nama buah la...kalau ada kaitan dengan pertanian boleh la tapi kalau tak ada kaitan better cari tema lain yang ada kaitan dengan core business kita.

5. Kalau buntu taktau perkataan apa yang sesuai, boleh la mentelaah Kamus Dewan, dalam tu banyak perkataan yang menarik yang boleh kita gunakan. Eh tak payah pakai kamus yang betul-betul kamus tu..jenuh pulak kan...pakai kamus online je http://prpm.dbp.gov.my/.


Ni contoh 2 daripada 4 nama bilik mesyuarat yang aku namakan:


a) Bilik Gerakan – Aula Perdana

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Aula bermaksud 'ruang besar untuk mengadakan upacara' manakala Perdana pula bermaksud 'yang terutama'. Berdasarkan maksud tersebut, Aula Perdana adalah sinonim dengan fungsi Bilik Gerakan sebagai tempat mesyuarat utama di Kementerian.

b) Bilik Pakej Ransangan Ekonomi – Bilik Prakarsa

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Prakarsa bermaksud Inisiatif, daya usaha atau ikhtiar. Maksud tersebut adalah seiring dengan tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai satu inisiatif atau daya usaha ke arah merangsang ekonomi negara disamping membantu para peserta khususnya dalam menjana pendapatan dan taraf hidup.


6. Yang penting kena kreatif, jangan cilok idea orang lain...kalau menang atas hasil idea sendiri kan lebih besttt...

Malam di Cameron dihabiskan di Pasar Malam Brinchang tapi takde lah pulak ambil gambar sebab sibuk bershopping..best tau sebab semua barang kaler merah dan bercirikan strawberry. Geram tengok rasa nak borong semua jenis barang yang ada kat pasar malam tu..hehehe..Lepas tu diaorang layan karaoke, aku tak pergi sebab tunggu budak 2 orang tu tido..so jealouss takmo letak gambar diaorang berkaraoke kat sini..muahaha..


Seluar & kasut je tak bercirikan strawberry...stokin, baju dan sepit rambut adalah berstrawberry, beli di pasar malam..


Keesokannya pagi-pagi kami dah keluar, first destination ialah Healthy Strawberry Farm, bersebelahan dengan Rumah Persekutuan Kerajaan yang susah sangat nak dapat tu.


Lagi-lagi posing yang perasan Nora Elena :P



Eh, Seth Tan pun ader la...hihihi..




Kat sini ada ladang strawberry dan bunga-bungaan tapi kawasannya tak begitu luas. Kat sini kami cuma makan aiskrim saja walaupun pagi lagi..



Opah pun makan ais krim juga



Adik pun makan aiskrin juga sampai comot mulut tuu..

Sambil makan aiskrim , sambil bergambar..tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini..



Kami.....



Yang ni family Kak Chil



Dan ini family Kak Mbang..mata sepet-sepet tu sebab sakit mata :)


Next destination adalah Butterfly Farm, so jumpa di next entry.....
(jangan bosan lak ek memang lambat giler nak ngabihkan entry Cameron Highland)
Takpe...mungkin sedikit sebanyak boleh jadi panduan untuk sesiapa yang nak ke Cameron Highland kann..

Monday, July 11, 2011

Bergaya dengan hadiah hari jadi

Papaku belikan basikal...basikal baru warna biru..ngeong ngeong ngeong ngeong ngeong..boleh ku bawa pergi taman........
(sila nyanyi ikut rentak lagu papaku belikan kereta).

Basikal baru ni adalah hadiah hari jadi dari papa untuk Fahmi.



Mula-mula nak postpone dulu beli basikal sebab macam-macam dah beli masa hari jadi dia hari tu. Tapi ada satu petang tu, mama balik kerja, ada dua orang budak duk depan umah sambil terjenguk-jenguk lam umah. Dalam rumah pulak Fahmi tengah menangis, bibik tengah pujuk. Rupanya kawan Fahmi ajak main basikal tapi basikal dia dah rosak tak leh naik...kerosakannya adalah seperti gambar di bawah:


Kesian kan? Basikal ni adalah hadiah dari Pakcik Leh masa birthday dia yang ke-2 tahun. Dah lama giler. Dia dah besar, bila naik basikal ni, lutut dah berlaga ngan handle. Seat pun dah terpeot, yang lebih kritikal brek dah tercabut sebab itu la bibik tak kasik dia naik dan sebab tu lah dia nangis sementara kawan-kawan dok tunggu dan tak paham apa yang berlaku..mama yang tersentuh dan kasihan, cuba pujuk fahmi dan terus call papa. Balik kerja papa bawak dia ke Alamanda beli basikal baru...yeayyy...



Sementara tu, board yang mama belikan tu ada manfaatnya...dia boleh belajar menulis, melukis, dan kadang-kadang mama tulis, dia eja.



So, itulah dia hadiah hari jadi dari papa dan mama untuk anak teruna tersayang...

Wednesday, July 6, 2011

Kanak-kanak Zaman Maju

Umur 1 tahun setengah Arissa dah pandai guna iPhone.
Pantang dapat, mesti tekan button bulat bawah tu, zaasss ngan jari terus "unlock". Pastu tekan2 ikut suke dia cari "eayoo" = video. Suke sangat tengok video kat iPhone tau dia ni.Ini la dia kanak-kanak zaman sekarang, kecik-kecik dah pandai pakai gadget.


Eh Arissa sekarang dah pandai ikut orang cakap tau tapi dia ambik yang hujung-hujung perkataan je la..abang pun dia panggil "ami" je sebab ngikut orang, orang panggil abang macam tu, dia pun ikut jugak. Mama bangga dengan perkembangan adik, dah la makin hari makin manja..comel lak tu..love u..mmmuahhss..

Asyik entry birthday Fahmi je, sampai tertangguh entry Cameron, seolah-olah pergi Big Red Strawberry Farm pastu terus balik umah yek.

Sebenarnya destinasi seterusnya selepas Big Red Strawberry Farm tu ialah Cactus Point. Ini juga adalah tempat wajib pergi jika ke Cameron. Banyaknya cactus kat sini cute giler..so jom tengok gambar...



Eh korang mesti tak pernah tengok cactus besor gini kan?? besor tau, besor lagi dari kepale aku nih..





Dah le besor, macam-macam rupe pulak tu..yang kurus, yang tajam, yang gemuk eh macam-macam lah...



Yang ada tanduk cenggini pun ade taww..comei kan?



Selain dari yang besor-besor, yang kecit-kecik ghope ini pun ade..



Bukan saja yang hijau-hijau, yang merah-merah ghope ini pun ade...



Malah yang disusun comel sebegini pun ado...nasib baik ko mahal..


Kalau tak percaye yang cactus tu memang besor, tengok gambo kat bawah ni ha

.

.

.

.

.


Kan besor lagi dari kepale aku tu kann..


Eh tapi jangan muntah eh tengok aksi posing ala perasan Nora Elena aku tu haa...sib baik cactus tu comel :)




Di sini cactus-cactus kecil dijual dengan harga RM10 untuk 5 pokok, dapat 1 free jadi 6 pokok la. Sama je dengan farm lain harganya..


So pilih jangan tak pilih...



Selain tu, souvenir pun ada dijual..tapi lagi best kalau shopping mende gini di Pasar Malam Brinchang..



Kalau pergi, jangan asyik ambik gambar pokok je taw, gambar diri sendiri bersama orang tersayang juga haruslah diabadikan.. :P



Eh, patutlah hilang rupanya merempit bawak awek...*minta dijauhkan sikap begini apabila dewasa kelak*


Dan opah-opah, atuk-atuk yang tak larat berjalan tak yah riso..kat depan pintu masuk tu leh duduk..order je kalau nak makan ape-ape suh anak-anak atau cucu-cucu yang belikan..opah dan atuk duk relax je sambil makan sebegini...


Dan akhir sekali gambar bonus...gambar ni cantiklah aku sedekahkan kat korang kot kot la nak jadikan wallpaper ke kan..bunga ni pun ada kat cactus point, bukan semata-mata cactus saja...


Okey, sambung lagi di entry Cameron seterusnya dengan destinasi lain yang lebih menarik.....