Ini cerita yang dah basi..tapi nak masukkan gak sebab nanti di masa depan boleh baca pastu senyum-senyum teringat kenangan hehe..

8 Januari 2012, masa birthday adik kebetulan jatuh hari cuti iaitu hari ahad. So, memang sesuai lah nak celebrate. Pening punya pening pikir nak wat kat mana, tetiba rasa macam nak buat kat kampung..tema ala desa la kann..eheh. Sebenarnya dah rindu kat opah, nak celebrate ngan opah dan orang kampung (ayat cam bagus)..
Walaupun kecil-kecilan, kemeriahan tetap dirasai..kecuali birthday girl yang agak malu-malu, asyik berkepit je ngan papa..takmo senyum lak tu.

So apakata kita layan gambar sambil bercerita:

                
Ini adalah birthday girl yang genap berumur 2 tahun waktu ni. Mama rasa baby mama ni macam comel..apa kata korang pulak? eheh..most of her pics memang masam je muka..takde yang cenyum.




Tema yang diberi adalah angry bird..nasib baik anak sedara semua ada baju angry bird, takdelah mak pantin kena sponsor baju angry bird untuk semua hehe..


Pada yang belum kenal, ini adalah mak dan pak kepada birthday girl..sib baik pak birthday girl agak sporting untuk pakai mengikut tema

Yang ini pula adalah abang kepada birthday girl yang sangat seronok di hari kejadian mengalahkan birthday girl

Opah kepada birthday girl yang sedang menungggu ketibaan rakan-rakannya yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis

Tok kepada birthday girl yang sporting berkain batik sedang berjalan menuju ke lokasi majlis..takdan nak letak red carpet..


Yang ini pula ialah kek birthday yang takde choice, terpaksa pilih choclate indulgence je sebab sehari sebelum tu baru dapat tempah..terpaksa tambah kartun princess, dinosaur dan pokemon sebagai penyeri


Jurugambar gantian tak dapat balik kampung, jadi amatur yang ambil gambar maka gambar tengah potong kek tidak ada yang menjadi...dan yang ini adalah selepas potong kek, harap maklum.

Dan ini adalah menu di hari kejadian. Menu utama adalah di dalam bekas yang tertutup tu, mee kari resepi turun temurun anak pak ji lah. Kalau dah rasa, mesti mintak resepi kaedahnya sebab sedap sampai menjilat sudu. Blueberry cheese tart, karipap, bahulu, agar-agar, jajan dan lain-lain dibuat oleh kakak dan ada yang ditempah dan dibeli.


Ini pula adalah gambar menunjukkan mee kari yang sangat lazat yang telah menjadi hot menu pada hari tersebut (macam banyak sangat je menu)

Birthday girl ni memang faveretnye adalah mi..jadi beliau tidak kisah walaupun baju birthday yang bertemakan angry bird tu comot akibat kuah mee kari yang terpercik ketika makan..dan maknya terpaksa redha

Begitu juga dengan abang birthday girl yang berkongsi kesukaan dengan adiknya, tidak kisah walau baju terpaksa comot dek kuah mi kari

 Giliran mak birthday girl yang sebelumnya agak terliur melihat orang lain menjamah makanan yang sedap belaka kerana terpaksa bertindak sebagai jurugambar..aii, penuh pinggan nampak..


Ini adalah bespren kepada mak birthday girl yang dijemput khas..datang jauh-jauh dari sitiawan..thanks a lot kerana sudi datang dan bergosip bersama..juga thanks sebab bagi hadiah kepada birthday girl..



Antara tetamu yang terdiri dari jiran dan anak jiran terdekat yang turut memeriahkan majlis..terima kasih kerana sudi datang...


                     

Ini adalah wajah-wajah kesayangan yang nampak sangat masing-masing sorang sepinggan penuh tak campur dengan yang ditambah lagi tu..patut la pipi kembang-kembang belake...heheh


Last sekali, adalah upacara membuka hadiah..yang ditepi-tepi birthday girl tu yang terlebih excited membuka hadiah berbanding dengan birthday girl itu sendiri..kekeke..siann


Dan ini adalah gambar selepas majlis.. belon-belon masih comel tergantung, terima kasih kepada penaja lokasi iaitu kakak dan abang iparku yang sudi taja lokasi. Lokasi adalah di belakang rumah mak kami

Sebagai tanda terima kasih, disematkan juga gambar tuan rumah sebagai menghargai jasa mereka yang sudi menaja lokasi yang sangat sesuai dengan tema ala kedesaan, open air gitu..hehe..presenting kak mbang & abang mie...

 

Comments (3)

On March 17, 2012 at 1:57 AM , Anonymous said... [Reply to comment]

This RISA.
You with RIZAFF?
You the PRESSE.
REMY?
I got the " PIZZA".
But it got " CRUSHED".
Wtf?
Like I care?
It's fucking YAN.
He's not my FPALL.
And he's all over me.

 
On March 18, 2012 at 12:11 PM , Azmar Rahim said... [Reply to comment]

Happy Birthday dear walaupun dah lambat...hahaha. Memang birthday anak mama yg pening kepala. but its will be a very memorable moment.

 
On March 19, 2012 at 9:17 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

tq kak chik..betul tu, yg penting ada kenangan kan...:)