Tuesday, October 11, 2011

Berliburan di Aquaria

Ni kali ke-2 kami ke aquaria..1st time ialah masa fahmi umur 2 tahun. Tapi bagi adik arissa ni 1st time la..memang tunggu dia dah faham sikit baru nak datang sini supaya dia enjoy sama.

Dalam aquaria ni nak ambil gambar tak boleh pasang flash..so ada beberapa gambar yang ala-ala gelap sikit..kisahnya ikan-ikan ni tak boleh kena flash..flash boleh menyebabkan mata ikan jadi buta dan mengancam nyawanya...


Awal-awal dipintu masuk ada kolam yang kita boleh pegang ikan/hidupan dalam tu. Papa, fahmi dan adik pegang anak ikan jaws...



Selain dari ikan jaws, ada starfish, ikan nemo dan belangkas yang kita boleh pegang..


Selain dari ikan ada juga haiwan dan serangga yang di pamer di aquaria tu..antaranya macam ular, spider, katak, kumbang, scorpion dan macam-macam lagi..adik cukup geli tengok tarantula yang besar tu..


Yang best bila masuk kat dalam terowong tu la..ada macam-macam jenis ikan dalam tu..semuanya hidup bersatu padu hormat menghormati ecehh..



Kitaorang stay lama sikit dalam terowong tu sebab dah tau bila keluar terowong tu dah takde ape dah...so lama kami perhatikan ikan-ikan dalam terowong especially ikan yang besar-besar macam ikan pari..


Selain ikan besar, ikan kecik pun ada jugak, tapi takde pulak ikan besar makan ikan kecik tu ek..geng kot..



Lepas dah keluar dari terowong tu, jalan-jalan sikit sebelum keluar, ada sotong adik beradik sotong paul, ada belut kecik, obor-obor dll...


Lepas tu kami ke kedai souvenir aquaria..beli souvenir untuk diri sendiri sebagai tanda kenang-kenangan..

Rasa macam sekejap je dalam tu..itupun kami dah stay lama sikit dalam thunnel tu..kalau dak lagi la sekejap je rasa. So dengan bayaran yang mahal rasanya tak begitu berbaloi..tambah lagi kalau pergi untuk kali ke-2 atau seterusnya sebab tak ada perubahan pun sekarang dengan dulu tahun 2008.. anyway enjoy tetap enjoy especially bila tengok anak-anak happy..