Friday, October 7, 2011

Jalan-jalan naik kenderaan awam

Dah lama rasanya tak naik public transport especially bas...kalau bujang dulu semua jenis & nombor bas dihafal..naik tren pun dah expert..setakat kl tu kacang je nak pergi hehe..tapi semenjak kahwin boleh kira berapa kali je naik bas ataupun tren.

Weekend aritu saja ajak papa jalan-jalan bawak anak-anak..so kami decide ke aquaria tapi papa kata nak naik tren. Dah dapat agak mesti penat sebab kena berjalan sikit kan kaedahnya kalau naik tren. Tapi takpelah, anak-anak pun sure suka..

Pagi-pagi kami dah keluar..tapi pergi breakfast dulu di McDonalds Taman Equine..pergi ke sini naik kereta. Saja ke McD sebab teringin sangat nak makan pan cake McD tu.


Lepas tu terus ke stesen LRT Sungai Besi..parking kereta kat situ & ambil tren ke Hang tuah. Masa dalam LRT tu adik tidur pulak..dia dah ngantuk sangat sebab bangun awal. Padahal masa tu baru kul 10 lebih.


Sampai di Hang Tuah, naik monorail pula ke Jalan Raja Chulan. Masa ni adik dah bangun & teruja tengok tren.


Tapi susah hati kitaorang bila tengok monorail padat-sepadatnya dengan orang tapi kitaorang berasak jugak masuk. Sekali kat dalam kosong je..memang pesen orang2 malaysia ni suka duk depan pintu dah macam tak boleh nak ke dalam lagi padahal kat dalam lapang je. Kitaorang siap leh dapat tempat duduk lagi kt dalam.


Fahmi memang seronok sangat dapat naik tren especially monorail so dia memang nak tengok je ke bawah..tapi adik takut..gayat gamaknya.


Dah sampai ke Stesen Raja Chulan, seterusnya berjalan kaki ke Aquaria. Papa kata dekat je tapi adoi letih gak kaedahnya. Tapi best sebab lalu dekat kawasan yang cantik. Siap kena lalu short cut masuk dalam Crowne Plaza Hotel lagi..papa kata buat2 macam pelanggan hotel je padahal nak tumpang lalu je..haha. Papa expert bab short cut ni sebab dah biasa buat..ni kan area ofis papa.


Kat depan Crowne Plaza Hotel..cantik view so singgah ambil gambar


Aquaria memang dah tak jauh dari hotel tu..cross jalan sikit...jalan sikit...cross jalan sikit lagi..jalan lagi...singgah ambil gambar...



Budak dedua orang ni laju je jalan tak sabar nak sampai aquaria...


Tup tup dah sampai Aquaria....at last..hehe..berpeluh gak la ketiak kan..tapi seronok la sebab kami semua enjoy walaupun penat..memasing kena touchup dulu sbb dah berpeluh muka bagai..



Next entry cerita pasal dalam aquaria pulak...sebelah balik kitaorang dah tak naik monorail. straight away naik putra lrt ke Masjid Jamek & star lrt ke Sungai besi semula..siap singgah pasar malam sungai besi beli laksa sedap kat pakcik pasar malam tu...

Comments (3)

On October 7, 2011 at 11:55 AM , Nurul said... [Reply to comment]

oh, bebudak memang suka naik train. Kalo zakwan ngan zahirah, melompat2 bila nampak train...lama dah tak gi aquaria

 
On October 8, 2011 at 1:03 AM , Unknown said... [Reply to comment]

seronok tu jalan2...

 
On October 11, 2011 at 12:35 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

nurul- memang kan..seronok benor deme..kita kecik2 camtu gak kot..

helda- sekali sekala seronok..tapi kalau selalu jalan gini leih woo hehe