Thursday, April 12, 2012

Met my idol ~ Dato' Siti Nurhaliza :)

Kejadian adalah pada 24 Mac 2012 (Sabtu), di Alamanda. Peminat tegar Dato' Siti macam aku ni memang tak lepas peluang bila dapat tau ada event yang macam ni demi nak berjumpa idola hati.. Sempena promosi produk baru simplysiti iaitu dermagic, Dato' Siti datang ke Alamanda pada hari tu. Untuk pembeli produk simplysiti berharga RM100 ke atas, berpeluang untuk berjumpa dengan Dato' Siti. Kebetulan memang aku ni pemakai produk simplysiti dan stok dah habis. Pergi ke Alamanda pada hari Selasa (4 hari sebelum hari kejadian) lagi untuk beli stok produk yang dah abis tu, sekali dapat tau dari promoter tu boleh jumpa Dato' Siti hari Sabtu...so lepas tu duk menghitung hari je tak sabar nak tunggu hari sabtu.

Dah siap2 tanya kat promoter tu Dato' Siti datang kul bape, katanya kul 1. So kul 12.30 kitaorang dh sampai alamanda. All is well planned, awal-awal dah lantik papa sebagai jurugambar sebab aku akan sibuk nak beratur untuk sesi bersama Dato' Siti. Tempat pun dah cop betul2 depan stage supaya papa dapat shot yang clear..hehe.

Tapi lama gak la menunggu, ada la dalam sejam kot..tapi takpe, Dato' Siti punya pasal segala rintangan ku tempuh jua..makin lama makin ramai orang, yang mana x pernah pakai simplysiti pun tetibe leh pi beli produk beratus-ratus demi nak jumpa Dato' Siti.


Mula-mula sampai, Dato' Siti promote pruduk dulu & main games. Masa games tu, kitaorang yg beratur ni dah berasak-asak dah..sib baik aku cepat so dapat barisan depan. Tapi agak kecewa dengan guard yang jaga tu, kitaorang penat beratur diaorang boleh pi bagi org yang tak beratur pegi dulu..and disebabkan itu, orang-orang yang beratur pakat-pakat marah dan terus serbu. Masa tu memang rasa cam nak terjatuh. Demi menyelamatkan diri, aku cari ruang-ruang kosong yang walaupun kecil ku selit jua hingga akhirnya aku tiba di tempat paling depan dan...terus dapat jumpa Dato' Siti.

Siyes cantik sangat Dato' Siti ni, masa kat depan dia, aku speechless..dah la lembut je orangnye..Yang ambilkan gambar ialah krew simplysiti, itu sebab tak banyak gamba aku ngan dia. Gambar salam peluk takde pun diaorang snap. Kalau papa yang ambik mesti berpuloh gambar. Tapi takpelah, janji ade..



Sempat lagi suh Dato' Siti sign autograph kat iphone, terkial-kial dia nak sign sebab kekok weh sign guna jari.


Memang lari sikit sign tu, tapi takpe, janji ade udoh...

Monday, March 26, 2012

Trip to Sarawak - Day 1

Alhamdulillah, akhirnya percutian yang dirancang dari tahun lepas berjalan dengan lancar. Tiket ke Sarawak ni memang dibeli bulan 5 tahun lepas masa air asia buat promosi tiket sploh sen. Memang berbaloi, untuk 4 orang tak sampai RM200 pun pergi dan balik. Itupun dah siap tambah seat, luggage & meals. Yang paling best, trip ni kira macam trip untuk release tension sebab kebetulan 2 ari sebelum tu (17 hb) ari last kursus QA kat Intan Bukit Kiara.

Kitaorang bertolak 19 February 2012, hari Ahad. So, seperti biasa, mari bercerita berdasarkan gambar ok. Macam buku cerita kanak-kanak tu, ada gambar baru menarik..budak-budak suka..hehe.


Dari rumah kitaorang naik ERL sampai ke KLIA. Sepatutnya kena beli package tren + shuttle bus ke LCCT tapi aku dah tersalah beli. Terpaksa ambik teksi lak ke LCCT dari KLIA...huhuhu.


Flight kami pukul 9.45 pagi dan tiba di Kuching pukul 11.30 pagi. Sampai je kat Kuching Airport, terus sewa kereta, RM 130 sehari, Proton Wira. GPS pun kami sewa jugak tapi hampes GPS kong pada hari ketiga kami di sana.



Ini adalah pasar satok, first destination kami. Tapi malangnya sebaik sampai pasar ni dah nak tutup sebab masa tu dah nak dekat pukul 1. Yang ada cuma buah-buah, sayur dan barang basah.


Kecewa dengan pasar satok yang dah nak tutup, kami pun terus ke kedai SCR (Sarawak Chicken Rice kot gamaknya translationnya) untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong riang. Oh ya, katak yang fahmi pegang tu dibeli di salah satu kedai di pasar satok dengan harga RM1.80. Dibeli juga sebiji bola dengan harga RM0.80. Murah kan? Katak & bola tu adalah sebagai persediaan untuk mandi di pool hotel.



Dah kenyang, kitaorang terus ke Hotel Merdeka Palace berdekatan Waterfront untuk check in. Bilik boleh tahan besar dan selesa. Cuma view je tak best, dapat bilik facing parking.



Petang tu kitaorang plan nak ke waterfront, untuk ushar dulu ape yang patut sambil kira bajet tapi malangnya hujan lebat pulak waktu tu. So punah segala perancangan, pusing-pusing je naik kereta pastu balik semula ke hotel.


So, aktiviti petang tu cuma ambil-ambil gambar di hotel. Malam pulak keluar lagi untuk cari kedai makan. Tapi susah jugak rupanya kalau tak survey kedai makan dari awal, sebab kebanyakan kedai yang kami jumpa adalah non-muslim punya. So, hari pertama di Sarawak agak hambar sikit, pasar satok tak sempat pergi, petang pulak hujan & cari kedai makan pun berjam. Mujur la hari-hari seterusnya semua program berjalan lancar & seronok..
Next entry kita cerita pasal aktiviti day-2 pulak iaitu Sarawak Cultural Village & Sarawak River Cruise...

Ini cerita yang dah basi..tapi nak masukkan gak sebab nanti di masa depan boleh baca pastu senyum-senyum teringat kenangan hehe..

8 Januari 2012, masa birthday adik kebetulan jatuh hari cuti iaitu hari ahad. So, memang sesuai lah nak celebrate. Pening punya pening pikir nak wat kat mana, tetiba rasa macam nak buat kat kampung..tema ala desa la kann..eheh. Sebenarnya dah rindu kat opah, nak celebrate ngan opah dan orang kampung (ayat cam bagus)..
Walaupun kecil-kecilan, kemeriahan tetap dirasai..kecuali birthday girl yang agak malu-malu, asyik berkepit je ngan papa..takmo senyum lak tu.

So apakata kita layan gambar sambil bercerita:

                
Ini adalah birthday girl yang genap berumur 2 tahun waktu ni. Mama rasa baby mama ni macam comel..apa kata korang pulak? eheh..most of her pics memang masam je muka..takde yang cenyum.




Tema yang diberi adalah angry bird..nasib baik anak sedara semua ada baju angry bird, takdelah mak pantin kena sponsor baju angry bird untuk semua hehe..


Pada yang belum kenal, ini adalah mak dan pak kepada birthday girl..sib baik pak birthday girl agak sporting untuk pakai mengikut tema

Yang ini pula adalah abang kepada birthday girl yang sangat seronok di hari kejadian mengalahkan birthday girl

Opah kepada birthday girl yang sedang menungggu ketibaan rakan-rakannya yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis

Tok kepada birthday girl yang sporting berkain batik sedang berjalan menuju ke lokasi majlis..takdan nak letak red carpet..


Yang ini pula ialah kek birthday yang takde choice, terpaksa pilih choclate indulgence je sebab sehari sebelum tu baru dapat tempah..terpaksa tambah kartun princess, dinosaur dan pokemon sebagai penyeri


Jurugambar gantian tak dapat balik kampung, jadi amatur yang ambil gambar maka gambar tengah potong kek tidak ada yang menjadi...dan yang ini adalah selepas potong kek, harap maklum.

Dan ini adalah menu di hari kejadian. Menu utama adalah di dalam bekas yang tertutup tu, mee kari resepi turun temurun anak pak ji lah. Kalau dah rasa, mesti mintak resepi kaedahnya sebab sedap sampai menjilat sudu. Blueberry cheese tart, karipap, bahulu, agar-agar, jajan dan lain-lain dibuat oleh kakak dan ada yang ditempah dan dibeli.


Ini pula adalah gambar menunjukkan mee kari yang sangat lazat yang telah menjadi hot menu pada hari tersebut (macam banyak sangat je menu)

Birthday girl ni memang faveretnye adalah mi..jadi beliau tidak kisah walaupun baju birthday yang bertemakan angry bird tu comot akibat kuah mee kari yang terpercik ketika makan..dan maknya terpaksa redha

Begitu juga dengan abang birthday girl yang berkongsi kesukaan dengan adiknya, tidak kisah walau baju terpaksa comot dek kuah mi kari

 Giliran mak birthday girl yang sebelumnya agak terliur melihat orang lain menjamah makanan yang sedap belaka kerana terpaksa bertindak sebagai jurugambar..aii, penuh pinggan nampak..


Ini adalah bespren kepada mak birthday girl yang dijemput khas..datang jauh-jauh dari sitiawan..thanks a lot kerana sudi datang dan bergosip bersama..juga thanks sebab bagi hadiah kepada birthday girl..



Antara tetamu yang terdiri dari jiran dan anak jiran terdekat yang turut memeriahkan majlis..terima kasih kerana sudi datang...


                     

Ini adalah wajah-wajah kesayangan yang nampak sangat masing-masing sorang sepinggan penuh tak campur dengan yang ditambah lagi tu..patut la pipi kembang-kembang belake...heheh


Last sekali, adalah upacara membuka hadiah..yang ditepi-tepi birthday girl tu yang terlebih excited membuka hadiah berbanding dengan birthday girl itu sendiri..kekeke..siann


Dan ini adalah gambar selepas majlis.. belon-belon masih comel tergantung, terima kasih kepada penaja lokasi iaitu kakak dan abang iparku yang sudi taja lokasi. Lokasi adalah di belakang rumah mak kami

Sebagai tanda terima kasih, disematkan juga gambar tuan rumah sebagai menghargai jasa mereka yang sudi menaja lokasi yang sangat sesuai dengan tema ala kedesaan, open air gitu..hehe..presenting kak mbang & abang mie...

 

Sunday, January 8, 2012

Selamat Hari Jadi Arissa Yasmeen



Berabuk blog kannn...dah berbulan gambo tikus duk atas kepale je..hehe sibuk la kaedahnya tu..

8 Januari 2012 - adik dah genap 2 tahun.
SELAMAT HARI JADI sayang mama ARISSA YASMEEN..
Mama doakan semoga adik dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, berjaya dunia akhirat, bijak dan pandai, comel dan cantik, baik dan rajin dan segala-gala yang terbaik untuk adik..
Mama, papa dan abang sayang adik sangat..

Kalau adik nak tau, dalam usia adik 2 tahun ni adik dah pandai cakap macam-macam, cakap macam orang tua tapi cuma dengan mama, papa, abang & bibik je. Kalau ada orang lain, terus adik taknak cakap..

Adik suka mekap, adik suka pegi jalan, adik suka pukul abang, adik suka main kucing, adik suka makan mi, adik manja papa...eh macam-macam lah adik ni..

Walau apa pun, we love u very much....mmmuuaahh...

Friday, November 11, 2011

Bye bye...



Mama akan outstation ke Penang jap lagi..budak dua orang kat atas kena tinggal..take care ok, abang jaga adik lelok, jangan wat adik. Adik pun sama, jangan buli abang k. Papa pun jangan lambat sangat balik keje, sian budak 2 orang tu...

Jumpa hari ahad nanti k...bye.