Thursday, April 12, 2012
Met my idol ~ Dato' Siti Nurhaliza :)
Kejadian adalah pada 24 Mac 2012 (Sabtu), di Alamanda. Peminat tegar Dato' Siti macam aku ni memang tak lepas peluang bila dapat tau ada event yang macam ni demi nak berjumpa idola hati.. Sempena promosi produk baru simplysiti iaitu dermagic, Dato' Siti datang ke Alamanda pada hari tu. Untuk pembeli produk simplysiti berharga RM100 ke atas, berpeluang untuk berjumpa dengan Dato' Siti. Kebetulan memang aku ni pemakai produk simplysiti dan stok dah habis. Pergi ke Alamanda pada hari Selasa (4 hari sebelum hari kejadian) lagi untuk beli stok produk yang dah abis tu, sekali dapat tau dari promoter tu boleh jumpa Dato' Siti hari Sabtu...so lepas tu duk menghitung hari je tak sabar nak tunggu hari sabtu.
Memang lari sikit sign tu, tapi takpe, janji ade udoh...
Dah siap2 tanya kat promoter tu Dato' Siti datang kul bape, katanya kul 1. So kul 12.30 kitaorang dh sampai alamanda. All is well planned, awal-awal dah lantik papa sebagai jurugambar sebab aku akan sibuk nak beratur untuk sesi bersama Dato' Siti. Tempat pun dah cop betul2 depan stage supaya papa dapat shot yang clear..hehe.
Tapi lama gak la menunggu, ada la dalam sejam kot..tapi takpe, Dato' Siti punya pasal segala rintangan ku tempuh jua..makin lama makin ramai orang, yang mana x pernah pakai simplysiti pun tetibe leh pi beli produk beratus-ratus demi nak jumpa Dato' Siti.
Mula-mula sampai, Dato' Siti promote pruduk dulu & main games. Masa games tu, kitaorang yg beratur ni dah berasak-asak dah..sib baik aku cepat so dapat barisan depan. Tapi agak kecewa dengan guard yang jaga tu, kitaorang penat beratur diaorang boleh pi bagi org yang tak beratur pegi dulu..and disebabkan itu, orang-orang yang beratur pakat-pakat marah dan terus serbu. Masa tu memang rasa cam nak terjatuh. Demi menyelamatkan diri, aku cari ruang-ruang kosong yang walaupun kecil ku selit jua hingga akhirnya aku tiba di tempat paling depan dan...terus dapat jumpa Dato' Siti.
Siyes cantik sangat Dato' Siti ni, masa kat depan dia, aku speechless..dah la lembut je orangnye..Yang ambilkan gambar ialah krew simplysiti, itu sebab tak banyak gamba aku ngan dia. Gambar salam peluk takde pun diaorang snap. Kalau papa yang ambik mesti berpuloh gambar. Tapi takpelah, janji ade..
Sempat lagi suh Dato' Siti sign autograph kat iphone, terkial-kial dia nak sign sebab kekok weh sign guna jari.
Memang lari sikit sign tu, tapi takpe, janji ade udoh...
Comments (3)
fuiyooooo.. cayalah ;)
bestnyer....
La dulu kat ABPBH last year tak dpt jumpa sbb Dato Siti datang lambar. Majlis dah berjalan...
Tapi dapat jumpa Lisa dgn Irma....memang cantik diaorang...
Seronok baca walaupun blog lama..lawanya ct masa ni comel sgt kan dgn benny cap dia...untung awak