Monday, March 26, 2012

Trip to Sarawak - Day 1

Alhamdulillah, akhirnya percutian yang dirancang dari tahun lepas berjalan dengan lancar. Tiket ke Sarawak ni memang dibeli bulan 5 tahun lepas masa air asia buat promosi tiket sploh sen. Memang berbaloi, untuk 4 orang tak sampai RM200 pun pergi dan balik. Itupun dah siap tambah seat, luggage & meals. Yang paling best, trip ni kira macam trip untuk release tension sebab kebetulan 2 ari sebelum tu (17 hb) ari last kursus QA kat Intan Bukit Kiara.

Kitaorang bertolak 19 February 2012, hari Ahad. So, seperti biasa, mari bercerita berdasarkan gambar ok. Macam buku cerita kanak-kanak tu, ada gambar baru menarik..budak-budak suka..hehe.


Dari rumah kitaorang naik ERL sampai ke KLIA. Sepatutnya kena beli package tren + shuttle bus ke LCCT tapi aku dah tersalah beli. Terpaksa ambik teksi lak ke LCCT dari KLIA...huhuhu.


Flight kami pukul 9.45 pagi dan tiba di Kuching pukul 11.30 pagi. Sampai je kat Kuching Airport, terus sewa kereta, RM 130 sehari, Proton Wira. GPS pun kami sewa jugak tapi hampes GPS kong pada hari ketiga kami di sana.



Ini adalah pasar satok, first destination kami. Tapi malangnya sebaik sampai pasar ni dah nak tutup sebab masa tu dah nak dekat pukul 1. Yang ada cuma buah-buah, sayur dan barang basah.


Kecewa dengan pasar satok yang dah nak tutup, kami pun terus ke kedai SCR (Sarawak Chicken Rice kot gamaknya translationnya) untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong riang. Oh ya, katak yang fahmi pegang tu dibeli di salah satu kedai di pasar satok dengan harga RM1.80. Dibeli juga sebiji bola dengan harga RM0.80. Murah kan? Katak & bola tu adalah sebagai persediaan untuk mandi di pool hotel.



Dah kenyang, kitaorang terus ke Hotel Merdeka Palace berdekatan Waterfront untuk check in. Bilik boleh tahan besar dan selesa. Cuma view je tak best, dapat bilik facing parking.



Petang tu kitaorang plan nak ke waterfront, untuk ushar dulu ape yang patut sambil kira bajet tapi malangnya hujan lebat pulak waktu tu. So punah segala perancangan, pusing-pusing je naik kereta pastu balik semula ke hotel.


So, aktiviti petang tu cuma ambil-ambil gambar di hotel. Malam pulak keluar lagi untuk cari kedai makan. Tapi susah jugak rupanya kalau tak survey kedai makan dari awal, sebab kebanyakan kedai yang kami jumpa adalah non-muslim punya. So, hari pertama di Sarawak agak hambar sikit, pasar satok tak sempat pergi, petang pulak hujan & cari kedai makan pun berjam. Mujur la hari-hari seterusnya semua program berjalan lancar & seronok..
Next entry kita cerita pasal aktiviti day-2 pulak iaitu Sarawak Cultural Village & Sarawak River Cruise...

Comments (8)

On March 26, 2012 at 12:00 PM , idura said... [Reply to comment]

~Bestnya gi jenjalan...

 
On March 27, 2012 at 10:25 AM , Nurul said... [Reply to comment]

salah tuh ct..SRC tuh singapore chicken rice..

 
On March 29, 2012 at 11:45 PM , Unknown said... [Reply to comment]

hehe masih teringat masa memula pegi Kuching dulu...thn nie nak ulang lagi...bulan June.. :)

 
On March 30, 2012 at 3:11 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

dora- best walau dekat sekali pun tp rasa seronok & release

nurul -oh ye ke, pandai-pandai je ct nih hehe

helda- wah helda asyik pergi holiday je...bestnya.

 
On April 1, 2012 at 10:39 AM , Unknown said... [Reply to comment]

best...best...best. as long as dpt bersama family kan

 
On December 20, 2012 at 11:35 AM , Anonymous said... [Reply to comment]

Kak Siti. Yang Kak Siti pergi tu cuma luaran Kuching jer. Belum lagi pergi ke kawasan yang dikira sebagai paling menarik.

Lain kali pastikan Kak Siti singgah kawasan seperti Bako National Park, Lundu Beach Resort, dan Semenggoh WIld Life center.

Tempat tuu kan, berbaloi kak. Kak Siti pernah cuba menu makanan Melayu tak kat Kuching?

Ianya pun sangat sedap tau?

Tiga hari je tak cukup la kak...^^

http://www.facebook.com/pages/Pakej-Percutian-Sabah-Sarawak-Travel/147676668611398

 
On January 17, 2013 at 10:12 AM , Seth said... [Reply to comment]

SCR Xpres = Singapore Chicken Rice

 
On February 19, 2013 at 2:39 PM , Hamizah Sahabudin said... [Reply to comment]

ok tak merdeka palace hotel tu? dkt tak dgn waterfront?