AMARAN: Entry ni panjang berjela. Sila jangan baca kalau malas haha.

Rasanya nak ngabihkan entry sarawak ni mau sempat pergi bercuti sekali lagi kot, malas betul, paling malas bab nak pilih and upload gambo.

Tapi mengenangkan suatu hari nanti aku pun akan baca balik entry-entry ni, so ku gagahkan jua diri ini untuk meneruskan perjuangan keh keh keh.

Ok, ni cerita di hari ke-2. Ditakdirkan masa 1st day tu papa telah berjumpa dengan seorang uncle tourist guide di Hotel yang kami inap tu iaitu Uncle Chua.  Uncle Chua telah recommend agar kami pergi ke Sarawak Cultural Village (SCV) sebab tempat tu very interesting. Tapi katanya kalau nak pergi better ambil tourist guide sebab jauh dan mereka lebih tahu selok belok dari segi masa yang sesuai, mana nak pergi dulu dan lain2.

Fikir punya fikir, kitaorang ambil je pakej dia tu, hanya ke SCV je sebab tempat lain kami decide untuk pergi sendiri. Bayarannya RM200++ untuk kami berempat termasuk tiket masuk (sori tak ingat exact amount, kata dah lama gila pergi baru ni je nak update kan hehe). Tak tau la mahal ke murah ke harga tu janji pergi ke sana tak sesat and tak rugi masa.

So, seperti yang dijanjikan dengan uncle chua, jam 8.30 pagi kami dah terpacak depan lobi hotel. Uncle chua pun dah tunggu kat situ dengan kereta dia. SCV ni terletak di Santubong, kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar kuching. Sepanjang perjalanan, macam-macam uncle tu bercerita sambil bagitau tempat-tempat yang menarik yang kami lalu.

Sebaik je sampai, uncle chua suh kami bersiar-siar ambil gambar di pantai depan SCV tu dulu sementara dia uruskan bayaran tiket masuk dan passport kami. Masuk sini ada passport tau, setiap rumah yang kita lawat perlu dicop pada passport tu. Just nak bagi kita kenangan gitew yang kita ni dah melawat semua rumah budaya di sarawak.

Sepanjang perjalanan masa dalam kereta, uncle chua asyik bercerita pasal asal-usul gunung santubong. Dan sepanjang perjalanan tu memang nampak gunung yang dikatakan merupakan Puteri Santubong yang bunting sedang berbaring. Bila dah sampai SCV lagi la clear bentuk gunung tu.
Yang di belakang tu lah gunung santubong tapi yang tu hanya muka puteri santubong sahaja.

Ok, ni depan pintu masuk SCV. Cer tengok gunung santubong belakang tu, kan macam muka, leher dan perut orang yang sedang baring tu kan..itu lah dia puteri santubong yang bunting. Uncle chua ada cerita kisah puteri santubong tapi kalau korang nak tau, sila google sendiri ok. :)

Suasana kat dalam SCV ni memang best je, aman damai sementara masih pagi. Bila dah masuk tengahari, panasnya toksah kata la kan hehe.

Uncle chua telah membawa kami ke satu persatu rumah budaya yang ada di SCV, bermula dengan Rumah Bidayuh. So jom kita tengok satu persatu juga ikut turutan ok.

RUMAH BIDAYUH / BIDAYUH LONGHOUSE


Rumah Bidayuh ni di hadapannya berbentuk bulat dan disambung dengan longhouse. Memang sangat unik.

Ini adalah antara kraftangan yang dihasilkan oleh kaum bidayuh. Sangat kreatif. Nampak tabung kat tiang tu? Kami borong 3 biji tapi bila pergi waterfront harga tabung ni lagi murah sebenarnya..kueng kueng.

Muzik tradisional masyarakat bidayuh adalah gong. Akak yang cantik manis dan cik abang ni tengah menyambut kami dengan alunan gong.
Ini adalah tengkorak betul, tengkorak ni melambangkan mereka adalah warrior.

Alat ni adalah untuk memproses beras. Lupa dah namanya.

Lantai diperbuat dari buluh semata tapi cukup kuat..

Pakaian tradisional masyarakat bidayuh. Kombinasi warna merah, hitam dan kuning ibarat warna rasmi pakaian tradisional mereka.

Bergambar di bahagian luar bidayuh longhouse, kalau tak silap ruang ni dipanggil "Tanju".


RUMAH IBAN / IBAN LONGHOUSE

Seterusnya kami ke Rumah Iban.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau, diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihormati.

Hanging skull juga ada di rumah iban. Digantung di atas api kecil di kawasan verandah longhouse.


Di kawasan verandah. Gong dan tempayan tetap ada.

Ni pula kawasan dapur agaknya.

Brother ni adalah main performer untuk cultural show. Masa ambil gambar ni, tak sangka dia ni artis kt situ hehe..
Ahkak ni juga adalah dancer. Patut la lawa giless..bila dah tengok show tu baru tau diaorang ni performer :)


RUMAH PENAN / PENAN HUT

Seterusnya kami ke Rumah Penan.


Rumah Penan ni kecil je tak macam Rumah Iban dan Rumah Bidayuh tadi. Sebab tu lah dipanggil Penan Hut.


Walaupun rumahnya kecil, ada brother handsome tau kat sini hehe. Selain handsome seksi juga hihihi..Ini pun one of the performer untuk cultural show.

Suku Penan mahir membuat blowpipe atau sumpit.Tapi 3 orang kat atas ni bukan dari suku penan ye, mereka hanya mencuba sahaja kekeke..

Nak cuba sumpit pun boleh...RM1 untuk 3 kali sumpit

Kaum Penan kebiasaannya tinggal di dalam hutan. So kat sini pun ada ala-ala hutan dan air terjun. Cantik tempat ni.

RUMAH ORANG ULU / ORANG ULU LONGHOUSE
Seterusnya kami ke rumah Orang Ulu.

Masuk-masuk je terus jumpa akak comel ni. Jual kuih apa ye, lupa pulak namanya. Sebelum keluar dari rumah ni kitaorang beli la nak rasa. Serious sedap sangat. Nyesal beli sikit huhuhu..

Macam biasa, setiap suku kaum ada alat tradisi tersendiri.

Verandah area. Bila tengok view kat luar dari sini memang cantik sebab rumah ni sangat tinggi.

Ahkak comel ni sedang persembahkan tarian tradisi mereka. Sangat comel.

This is the most sexiest man in Sarawak kata uncle chua. Fuhh memang betul pun.

Topeng (tak tau nama sebenar) ni memang banyak digantung di dinding rumah ni.

RUMAH MELANAU / MELANAU TALL HOUSE

Seterusnya kami ke Rumah Melanau. Walaupun masa ni hari dah mula panas, tapi kami tetap happy.

Mana dancer nye nih?

Kaum Melanau ni agak unik, lain dari yang lain sebab mereka tak makan nasi. Mereka makan sago sebagai sajian utama. Dan di sini juga ada tempat pemprosesan sago. Sago yang dah siap proses pun boleh dibeli di sini.

Tengah tengok orang proses sago.

Antara produk sago yang dijual.


RUMAH MELAYU / MALAY HOUSE

Destinasi seterusnya Rumah Melayu. Waktu ni dah macam rushing, kena cepat-cepat sebab nak kejar cultural show pukul 11.30 pagi.

Rumah tradisi melayu, memang kebanyakannya macam ni la. Kalau kat kampung masih kekal macam ni lagi kan.

Makcik comel dua orang ni tengah main muzik tradisional.

Congkak adalah permainan tradisi orang melayu

Ini rasanya pelamin untuk perkahwinan, tak ingat pulak dah.

Ahkak cantik dua orang ni tengah buat kuih tradisional melayu iaitu bahulu dan kuih sepit. Kami beli bahulu tu memang sedap makan panas-panas...lembut je.

Kat sini memang tak lama, sebab dah biasa tengok rumah melayu kan..

RUMAH CINA / CHINESE FARMHOUSE

Seterusnya kami ke Rumah Cina, iaitu destinasi yang terakhir sebelum kami ke cultural show.

Radio lama ni memang aku tak pernah tengok sebelum ni.

Ini kawasan dapur. Memang cantik je tersusun segala periuk, cerek dan kuali.


Salah satu peralatan yang digunakan oleh kaum cina.

Selesai melawat rumah cina, kami di bawa ke large air-conditioned theatre untuk cultural show.
Lega seketika dapat air-cond setelah berpanas di luar.

CULTURAL SHOW

Yang ditepekkan di blog ni adalah sebahagian sahaja, sebenarnya banyak lagi gambar sebab semua tarian kebudayaan Sarawak di persembahkan masa show ni.

Show ni memang takkan menghampakan pengunjung, memang rasa terhibur. Disamping dapat ilmu pasal kebudayaan sarawak, dapat juga saksikan kehebatan kaum-kaum di sarawak contohnya kehebatan menyumpit.

Hebat betul, berpusing atas buluh tu...that's why saya kata diaorang hebat.

Sebaik sahaja tamat show ni, kami rasa berbaloi dengan apa yang dibayar. Dalam separuh hari, kami dah jelajah satu sarawak la kiranya...wahhh gitu kann..
Kalau pergi ke Sarawak tak datang ke SCV memang tak lengkaplah kiranya...pi lagi sekali la weii kaedahnya haha.

Ok, ni sedikit info untuk sesiapa yang nak datang ke SCV:

Entrance Fee:

RM 60.00 / USD 20.00 (Adult)
RM 30.00 / USD 10.00 (Child : 6-12 years old)
Free for Children aged under 6.


Cultural Show:
11.30 pagi & 4.00 petang.

Highly recommended
Sila lawat portal SCV untuk keterangan lanjut ok : http://www.scv.com.my.

Disebabkan entry ni dah panjang berjela, so cerita seterusnya untuk Day 2 akan disambung ke next entry, iaitu mengenai Sarwak River Cruise..

Thursday, April 12, 2012

Met my idol ~ Dato' Siti Nurhaliza :)

Kejadian adalah pada 24 Mac 2012 (Sabtu), di Alamanda. Peminat tegar Dato' Siti macam aku ni memang tak lepas peluang bila dapat tau ada event yang macam ni demi nak berjumpa idola hati.. Sempena promosi produk baru simplysiti iaitu dermagic, Dato' Siti datang ke Alamanda pada hari tu. Untuk pembeli produk simplysiti berharga RM100 ke atas, berpeluang untuk berjumpa dengan Dato' Siti. Kebetulan memang aku ni pemakai produk simplysiti dan stok dah habis. Pergi ke Alamanda pada hari Selasa (4 hari sebelum hari kejadian) lagi untuk beli stok produk yang dah abis tu, sekali dapat tau dari promoter tu boleh jumpa Dato' Siti hari Sabtu...so lepas tu duk menghitung hari je tak sabar nak tunggu hari sabtu.

Dah siap2 tanya kat promoter tu Dato' Siti datang kul bape, katanya kul 1. So kul 12.30 kitaorang dh sampai alamanda. All is well planned, awal-awal dah lantik papa sebagai jurugambar sebab aku akan sibuk nak beratur untuk sesi bersama Dato' Siti. Tempat pun dah cop betul2 depan stage supaya papa dapat shot yang clear..hehe.

Tapi lama gak la menunggu, ada la dalam sejam kot..tapi takpe, Dato' Siti punya pasal segala rintangan ku tempuh jua..makin lama makin ramai orang, yang mana x pernah pakai simplysiti pun tetibe leh pi beli produk beratus-ratus demi nak jumpa Dato' Siti.


Mula-mula sampai, Dato' Siti promote pruduk dulu & main games. Masa games tu, kitaorang yg beratur ni dah berasak-asak dah..sib baik aku cepat so dapat barisan depan. Tapi agak kecewa dengan guard yang jaga tu, kitaorang penat beratur diaorang boleh pi bagi org yang tak beratur pegi dulu..and disebabkan itu, orang-orang yang beratur pakat-pakat marah dan terus serbu. Masa tu memang rasa cam nak terjatuh. Demi menyelamatkan diri, aku cari ruang-ruang kosong yang walaupun kecil ku selit jua hingga akhirnya aku tiba di tempat paling depan dan...terus dapat jumpa Dato' Siti.

Siyes cantik sangat Dato' Siti ni, masa kat depan dia, aku speechless..dah la lembut je orangnye..Yang ambilkan gambar ialah krew simplysiti, itu sebab tak banyak gamba aku ngan dia. Gambar salam peluk takde pun diaorang snap. Kalau papa yang ambik mesti berpuloh gambar. Tapi takpelah, janji ade..



Sempat lagi suh Dato' Siti sign autograph kat iphone, terkial-kial dia nak sign sebab kekok weh sign guna jari.


Memang lari sikit sign tu, tapi takpe, janji ade udoh...

Monday, March 26, 2012

Trip to Sarawak - Day 1

Alhamdulillah, akhirnya percutian yang dirancang dari tahun lepas berjalan dengan lancar. Tiket ke Sarawak ni memang dibeli bulan 5 tahun lepas masa air asia buat promosi tiket sploh sen. Memang berbaloi, untuk 4 orang tak sampai RM200 pun pergi dan balik. Itupun dah siap tambah seat, luggage & meals. Yang paling best, trip ni kira macam trip untuk release tension sebab kebetulan 2 ari sebelum tu (17 hb) ari last kursus QA kat Intan Bukit Kiara.

Kitaorang bertolak 19 February 2012, hari Ahad. So, seperti biasa, mari bercerita berdasarkan gambar ok. Macam buku cerita kanak-kanak tu, ada gambar baru menarik..budak-budak suka..hehe.


Dari rumah kitaorang naik ERL sampai ke KLIA. Sepatutnya kena beli package tren + shuttle bus ke LCCT tapi aku dah tersalah beli. Terpaksa ambik teksi lak ke LCCT dari KLIA...huhuhu.


Flight kami pukul 9.45 pagi dan tiba di Kuching pukul 11.30 pagi. Sampai je kat Kuching Airport, terus sewa kereta, RM 130 sehari, Proton Wira. GPS pun kami sewa jugak tapi hampes GPS kong pada hari ketiga kami di sana.



Ini adalah pasar satok, first destination kami. Tapi malangnya sebaik sampai pasar ni dah nak tutup sebab masa tu dah nak dekat pukul 1. Yang ada cuma buah-buah, sayur dan barang basah.


Kecewa dengan pasar satok yang dah nak tutup, kami pun terus ke kedai SCR (Sarawak Chicken Rice kot gamaknya translationnya) untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong riang. Oh ya, katak yang fahmi pegang tu dibeli di salah satu kedai di pasar satok dengan harga RM1.80. Dibeli juga sebiji bola dengan harga RM0.80. Murah kan? Katak & bola tu adalah sebagai persediaan untuk mandi di pool hotel.



Dah kenyang, kitaorang terus ke Hotel Merdeka Palace berdekatan Waterfront untuk check in. Bilik boleh tahan besar dan selesa. Cuma view je tak best, dapat bilik facing parking.



Petang tu kitaorang plan nak ke waterfront, untuk ushar dulu ape yang patut sambil kira bajet tapi malangnya hujan lebat pulak waktu tu. So punah segala perancangan, pusing-pusing je naik kereta pastu balik semula ke hotel.


So, aktiviti petang tu cuma ambil-ambil gambar di hotel. Malam pulak keluar lagi untuk cari kedai makan. Tapi susah jugak rupanya kalau tak survey kedai makan dari awal, sebab kebanyakan kedai yang kami jumpa adalah non-muslim punya. So, hari pertama di Sarawak agak hambar sikit, pasar satok tak sempat pergi, petang pulak hujan & cari kedai makan pun berjam. Mujur la hari-hari seterusnya semua program berjalan lancar & seronok..
Next entry kita cerita pasal aktiviti day-2 pulak iaitu Sarawak Cultural Village & Sarawak River Cruise...

Ini cerita yang dah basi..tapi nak masukkan gak sebab nanti di masa depan boleh baca pastu senyum-senyum teringat kenangan hehe..

8 Januari 2012, masa birthday adik kebetulan jatuh hari cuti iaitu hari ahad. So, memang sesuai lah nak celebrate. Pening punya pening pikir nak wat kat mana, tetiba rasa macam nak buat kat kampung..tema ala desa la kann..eheh. Sebenarnya dah rindu kat opah, nak celebrate ngan opah dan orang kampung (ayat cam bagus)..
Walaupun kecil-kecilan, kemeriahan tetap dirasai..kecuali birthday girl yang agak malu-malu, asyik berkepit je ngan papa..takmo senyum lak tu.

So apakata kita layan gambar sambil bercerita:

                
Ini adalah birthday girl yang genap berumur 2 tahun waktu ni. Mama rasa baby mama ni macam comel..apa kata korang pulak? eheh..most of her pics memang masam je muka..takde yang cenyum.




Tema yang diberi adalah angry bird..nasib baik anak sedara semua ada baju angry bird, takdelah mak pantin kena sponsor baju angry bird untuk semua hehe..


Pada yang belum kenal, ini adalah mak dan pak kepada birthday girl..sib baik pak birthday girl agak sporting untuk pakai mengikut tema

Yang ini pula adalah abang kepada birthday girl yang sangat seronok di hari kejadian mengalahkan birthday girl

Opah kepada birthday girl yang sedang menungggu ketibaan rakan-rakannya yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis

Tok kepada birthday girl yang sporting berkain batik sedang berjalan menuju ke lokasi majlis..takdan nak letak red carpet..


Yang ini pula ialah kek birthday yang takde choice, terpaksa pilih choclate indulgence je sebab sehari sebelum tu baru dapat tempah..terpaksa tambah kartun princess, dinosaur dan pokemon sebagai penyeri


Jurugambar gantian tak dapat balik kampung, jadi amatur yang ambil gambar maka gambar tengah potong kek tidak ada yang menjadi...dan yang ini adalah selepas potong kek, harap maklum.

Dan ini adalah menu di hari kejadian. Menu utama adalah di dalam bekas yang tertutup tu, mee kari resepi turun temurun anak pak ji lah. Kalau dah rasa, mesti mintak resepi kaedahnya sebab sedap sampai menjilat sudu. Blueberry cheese tart, karipap, bahulu, agar-agar, jajan dan lain-lain dibuat oleh kakak dan ada yang ditempah dan dibeli.


Ini pula adalah gambar menunjukkan mee kari yang sangat lazat yang telah menjadi hot menu pada hari tersebut (macam banyak sangat je menu)

Birthday girl ni memang faveretnye adalah mi..jadi beliau tidak kisah walaupun baju birthday yang bertemakan angry bird tu comot akibat kuah mee kari yang terpercik ketika makan..dan maknya terpaksa redha

Begitu juga dengan abang birthday girl yang berkongsi kesukaan dengan adiknya, tidak kisah walau baju terpaksa comot dek kuah mi kari

 Giliran mak birthday girl yang sebelumnya agak terliur melihat orang lain menjamah makanan yang sedap belaka kerana terpaksa bertindak sebagai jurugambar..aii, penuh pinggan nampak..


Ini adalah bespren kepada mak birthday girl yang dijemput khas..datang jauh-jauh dari sitiawan..thanks a lot kerana sudi datang dan bergosip bersama..juga thanks sebab bagi hadiah kepada birthday girl..



Antara tetamu yang terdiri dari jiran dan anak jiran terdekat yang turut memeriahkan majlis..terima kasih kerana sudi datang...


                     

Ini adalah wajah-wajah kesayangan yang nampak sangat masing-masing sorang sepinggan penuh tak campur dengan yang ditambah lagi tu..patut la pipi kembang-kembang belake...heheh


Last sekali, adalah upacara membuka hadiah..yang ditepi-tepi birthday girl tu yang terlebih excited membuka hadiah berbanding dengan birthday girl itu sendiri..kekeke..siann


Dan ini adalah gambar selepas majlis.. belon-belon masih comel tergantung, terima kasih kepada penaja lokasi iaitu kakak dan abang iparku yang sudi taja lokasi. Lokasi adalah di belakang rumah mak kami

Sebagai tanda terima kasih, disematkan juga gambar tuan rumah sebagai menghargai jasa mereka yang sudi menaja lokasi yang sangat sesuai dengan tema ala kedesaan, open air gitu..hehe..presenting kak mbang & abang mie...