Wednesday, August 24, 2011

6th Anniversary..

20 Ogos 2011 adalah anniversary kami yang ke-6.

Hari tu family kak chil datang berbuka puasa di rumah so takde celebrate apa-apa pun. The next day tu baru celebrate. Asalnya nak berbuka di PICC tapi pagi tu call dah fully booked. At last, dapat booking kat Bayou Alamanda.


Mula-mula sampai tu terus layan tengok pakcik ghazal kat pentas tu..


Di Bayou ni RM43 bagi adult & separuh harga bagi kanak-kanak. Tapi biasa-biasa sahaja pilihan makanan di sini. Kalau nak puas hati pergilah ke Bangi Golf Resort dewasa cuma RM48, kanak-kanak RM23. Tapi makanan mak oiii...puas hati..pukul keliling station makanan, ko nak ape semua ada ok. Kalau aku tau, ku ke Bangi Golf Resort je masa anniversary tu. Tapi aku pergi gak keesokannya pulak dengan fahmi berdua je, kitaorang makan for free.. :)


Kuih muih di Bayou


Gigih nak testing lens baru..tapi segan2 nak snap gambar, kang org cakap ape lak kan..beria je minah ni, orang lain sibuk ambik makanan ko sibuk ambik gambo hehe. Gambar-gambar ni diambil guna lens Canon f/1.8 II yang dibeli sebaik sahaja dapat bonus hehehe. Ok la tu kan, at least bonus tu nampak gak benda yang dibeli. Sekarang tengah belajar cemana nak setkan aperture, shutter speed & ISO yang bagus bila nak ambil sesuatu gambar. Chaiyok chaiyok..oi, lari tajuk la pulak.


Asalnya adik nak ditinggalkan aje ngan bibik sebab nak selesa sikit buka puasa. Tapi papa kata kesian adik, nak gak bawak. Sekali masa berbuka adui pening ngan kerenah dia..nak makan suap sendiri la, nak main air lah, itu ini fenin fenin. Last-last biorkan aje dia main air..sampai basah-basah bajunya..anak sapolahh tuu..



Bukan takat mulut je comot, baju semua punnn..


Aku suka bokeh yang terhasil dari lens ni * tak sesia beli :)




Mujur abang behave


Once again, suke dengan bokeh nya...dah jadi cam tanduk lak kt kepala hehe..

Itu la dia sambutan anniversary tahun ni..so far dah 3 kali sambut anniversary bulan puasa.


Sebelum balik sempat lagi buat operasi mencari kasut raya adik..mujur dapat gak..senang sikit hati semua persiapan raya dah setel :)

Wednesday, August 17, 2011

#3 Wordless Wednesday


:)



**Pic from http://ciccic.fotopages.com - Fahmi's school

Tuesday, August 16, 2011

Di hari jadi kami..

Birthday haritu papa belanja makan di Penang Village Alamanda..

Bawak sekali anak-anak untuk sama-sama celebrate birthday mama..tapi kepohnya diaorang..adik sampai pecah gelas orang dibuatnya...macam-macam hal..

Tapi tetap best...



Penang fried kuey teow

Meehoon soup

French fries

Ice cream with corn

Mama wif anak teruna

Papa wif anak dara,,lepas snap gambar ni adik jatuhkan gelas tu & pecah..huhu

Hadiah papa postpone ke weekend tu..kebetulan weekend pergi sogo nak shopping baju raya anak-anak so papa belikan perfume as birthday gift..tq papa


8.8.2011 pulak birthday papa..dah masuk bulan posa kan..sehari sebelum dah celebrate di D'Kayangan Shah Alam..berbuka beramai-ramai dengan family kak chil..sekali celebrate birthday amirul 4.8.2011..


Masa hari birthday papa tu pulak, balik keje je terus ke Alamanda beli kek Baskin Robins..balik pulak terus masak nasi ayam untuk berbuka. Papa balik awal sempena birthday dia..yang lucunya fahmi la punya tak sabar tunggu org azan sebab nak kuarkan kek tu utk papa..orang azan je, tak dan mama ni nk makan kurma dulu..dia dah "cepat la ma.. cepat la ma.." papa pun cam dah syak2 jek..x surprise langsung fahmi ni hehe..


Tapi hadiah papa still mama tak beli lagi...tak tau nak beli ape..abih tu bila tanya nak hadia apa, "Samsung Galaxy Tab" katanya...adoii..mana la mama mampu..hihihi..



Friday, August 12, 2011

Menu berbuka puasa cik ct

Assalamualaikum............

Lamanya tak berhapdet yek...wordless wednesday punya entry pun dah ketinggalan...

Sibuk sangat ke cik ct oii?? Iye, memang sibuk ler..balik keje je singgah param beli kuih, pastu bersilat pulak kat dapur masak lauk pauk..lepas berbuka pergi terawikh pulak, balik terawikh ngantuk komfem tertido...ada juga niat nak update blog tapi asal bukak je terlelap depan laptop..hahaha..

Alhamdulillah puasa ni mood memasak sangat bagus..cuma ada juga sehari dua setakat ni rasa malas sangat nak masak so beli jugalah di param. Perasaan malas tu sebenarnya datang bila tak tau nak masak ape. Kepala sampai pening fikir menu yang boleh membangkitkan selera..kalau sampai petang still tak dapat menu yang sesuai, maka menu param je lah kan..sebenarnya malas nak membeli sangat kat param tu...sekali beli mesti tak kurang RM20. Masak sendiri kan lebih jimat + puas hati. Selalunya pergi param beli kuih je dan air..balik mesti masak jugak.

Mari kite tengok menu-menu yang aku masak sepanjang ramadhan kali ni...tapi hari pertama dan kedua takde ambil gambar la pulak...


Hari ke-1 : Daging masak kicap, tauhu goreng ikan bilis....dll (tak ingat sebenarnya haha)

Hari ke-2 : Pajeri terung, cencaru sumbat sambal, ayam goreng, sambal kicap, cucur jagung.

Hari ke-3 : Udang masak lemak tempoyak, ayam goreng, ulam, sambal belacan.

Hari ke-4 : Daging goreng, sambal sotong, sayur campur, telur dadar.

Hari ke-5 : Menu PARAM hehe.

Hari ke-6 : Nasi tomato, daging masak merah bersantan, ayam goreng serai, acar mentah, agar-agar pandan.

Hari ke-7 : Berbuka di luar (D'Kayangan steamboat Shah Alam) with family kakak. Ni sempena befday papa dan amirul. RM28.90/seorang(adult), RM15.00(kids). Tapi gambar takde sebab kamera tak bawak, iphone habis batt..


Hari ke-8 : Nasi Ayam + Kek Baskin Robins...sempena hari jadi papa (8.8.2011)

Hari ke-9 : Tomyam udang, cencaru bakar sumbat cili, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Hari ke-10 : Ayam masak kicap, kailan goreng, telur masin. Hasrat nak buat sambal bilis cili api terkubur sebab lalat bertelur kat ikan bilis...kurang asammm

Hari ke-11 : Menu PARAM. Tak tahu nak masak apa..bila tak tau nak masak apa so malas pergi pasar beli ikan...bila malas pergi pasar maka aku pergi Jualan Raya Putrajaya..hahaha

Hari ke-12: Rasa macam PARAM gak arini sebab esok balik kampung jadi malas nak beli stok bahan mentah.

Mood memasak memang ke laut bila nak balik kampung hehehe...harap-harap minggu depan mood kembali datang...nak try menu lain lak..

Fahmi puasa tau tahun ni...kadang-kadang puasa yang yok..tapi kadang-kadang puasa penuh gak..nanti mama update diari berpuasa fahmi lak yek...

Wednesday, August 3, 2011

#2 WORDLESS WEDNESDAY


:)