Wednesday, August 24, 2011
6th Anniversary..
20 Ogos 2011 adalah anniversary kami yang ke-6.
Hari tu family kak chil datang berbuka puasa di rumah so takde celebrate apa-apa pun. The next day tu baru celebrate. Asalnya nak berbuka di PICC tapi pagi tu call dah fully booked. At last, dapat booking kat Bayou Alamanda.
Mula-mula sampai tu terus layan tengok pakcik ghazal kat pentas tu..
Di Bayou ni RM43 bagi adult & separuh harga bagi kanak-kanak. Tapi biasa-biasa sahaja pilihan makanan di sini. Kalau nak puas hati pergilah ke Bangi Golf Resort dewasa cuma RM48, kanak-kanak RM23. Tapi makanan mak oiii...puas hati..pukul keliling station makanan, ko nak ape semua ada ok. Kalau aku tau, ku ke Bangi Golf Resort je masa anniversary tu. Tapi aku pergi gak keesokannya pulak dengan fahmi berdua je, kitaorang makan for free.. :)
Gigih nak testing lens baru..tapi segan2 nak snap gambar, kang org cakap ape lak kan..beria je minah ni, orang lain sibuk ambik makanan ko sibuk ambik gambo hehe. Gambar-gambar ni diambil guna lens Canon f/1.8 II yang dibeli sebaik sahaja dapat bonus hehehe. Ok la tu kan, at least bonus tu nampak gak benda yang dibeli. Sekarang tengah belajar cemana nak setkan aperture, shutter speed & ISO yang bagus bila nak ambil sesuatu gambar. Chaiyok chaiyok..oi, lari tajuk la pulak.
Asalnya adik nak ditinggalkan aje ngan bibik sebab nak selesa sikit buka puasa. Tapi papa kata kesian adik, nak gak bawak. Sekali masa berbuka adui pening ngan kerenah dia..nak makan suap sendiri la, nak main air lah, itu ini fenin fenin. Last-last biorkan aje dia main air..sampai basah-basah bajunya..anak sapolahh tuu..
Aku suka bokeh yang terhasil dari lens ni * tak sesia beli :)
Itu la dia sambutan anniversary tahun ni..so far dah 3 kali sambut anniversary bulan puasa.
Sebelum balik sempat lagi buat operasi mencari kasut raya adik..mujur dapat gak..senang sikit hati semua persiapan raya dah setel :)
8:19 AM |
Category: |
1 comments
Comments (1)
Tahniah atas sambutan ulangtahun tempoh hari...dah 6 tahun dah kan....anak-anak pun dah besar. Moga kehidupan Acu sekeluarga lebih diberkati Allah, insyaallah....
xde hadiah ke? hehehe