Friday, August 12, 2011
Menu berbuka puasa cik ct
Assalamualaikum............
Lamanya tak berhapdet yek...wordless wednesday punya entry pun dah ketinggalan...
Sibuk sangat ke cik ct oii?? Iye, memang sibuk ler..balik keje je singgah param beli kuih, pastu bersilat pulak kat dapur masak lauk pauk..lepas berbuka pergi terawikh pulak, balik terawikh ngantuk komfem tertido...ada juga niat nak update blog tapi asal bukak je terlelap depan laptop..hahaha..
Alhamdulillah puasa ni mood memasak sangat bagus..cuma ada juga sehari dua setakat ni rasa malas sangat nak masak so beli jugalah di param. Perasaan malas tu sebenarnya datang bila tak tau nak masak ape. Kepala sampai pening fikir menu yang boleh membangkitkan selera..kalau sampai petang still tak dapat menu yang sesuai, maka menu param je lah kan..sebenarnya malas nak membeli sangat kat param tu...sekali beli mesti tak kurang RM20. Masak sendiri kan lebih jimat + puas hati. Selalunya pergi param beli kuih je dan air..balik mesti masak jugak.
Mari kite tengok menu-menu yang aku masak sepanjang ramadhan kali ni...tapi hari pertama dan kedua takde ambil gambar la pulak...
Hari ke-1 : Daging masak kicap, tauhu goreng ikan bilis....dll (tak ingat sebenarnya haha)
Hari ke-2 : Pajeri terung, cencaru sumbat sambal, ayam goreng, sambal kicap, cucur jagung.
Hari ke-3 : Udang masak lemak tempoyak, ayam goreng, ulam, sambal belacan.
Hari ke-4 : Daging goreng, sambal sotong, sayur campur, telur dadar.
Hari ke-5 : Menu PARAM hehe.
Hari ke-6 : Nasi tomato, daging masak merah bersantan, ayam goreng serai, acar mentah, agar-agar pandan.
Hari ke-7 : Berbuka di luar (D'Kayangan steamboat Shah Alam) with family kakak. Ni sempena befday papa dan amirul. RM28.90/seorang(adult), RM15.00(kids). Tapi gambar takde sebab kamera tak bawak, iphone habis batt..
Hari ke-8 : Nasi Ayam + Kek Baskin Robins...sempena hari jadi papa (8.8.2011)
Hari ke-9 : Tomyam udang, cencaru bakar sumbat cili, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Hari ke-10 : Ayam masak kicap, kailan goreng, telur masin. Hasrat nak buat sambal bilis cili api terkubur sebab lalat bertelur kat ikan bilis...kurang asammm
Hari ke-11 : Menu PARAM. Tak tahu nak masak apa..bila tak tau nak masak apa so malas pergi pasar beli ikan...bila malas pergi pasar maka aku pergi Jualan Raya Putrajaya..hahaha
Hari ke-12: Rasa macam PARAM gak arini sebab esok balik kampung jadi malas nak beli stok bahan mentah.
Mood memasak memang ke laut bila nak balik kampung hehehe...harap-harap minggu depan mood kembali datang...nak try menu lain lak..
Fahmi puasa tau tahun ni...kadang-kadang puasa yang yok..tapi kadang-kadang puasa penuh gak..nanti mama update diari berpuasa fahmi lak yek...
Comments (2)
mangaiiii.. meriahnya lauk hehe..
zur..takde la meriah mana pun..bese jek ni.. :)