Wednesday, July 6, 2011

Cameron Highland Again - Cactus Point

Asyik entry birthday Fahmi je, sampai tertangguh entry Cameron, seolah-olah pergi Big Red Strawberry Farm pastu terus balik umah yek.

Sebenarnya destinasi seterusnya selepas Big Red Strawberry Farm tu ialah Cactus Point. Ini juga adalah tempat wajib pergi jika ke Cameron. Banyaknya cactus kat sini cute giler..so jom tengok gambar...



Eh korang mesti tak pernah tengok cactus besor gini kan?? besor tau, besor lagi dari kepale aku nih..





Dah le besor, macam-macam rupe pulak tu..yang kurus, yang tajam, yang gemuk eh macam-macam lah...



Yang ada tanduk cenggini pun ade taww..comei kan?



Selain dari yang besor-besor, yang kecit-kecik ghope ini pun ade..



Bukan saja yang hijau-hijau, yang merah-merah ghope ini pun ade...



Malah yang disusun comel sebegini pun ado...nasib baik ko mahal..


Kalau tak percaye yang cactus tu memang besor, tengok gambo kat bawah ni ha

.

.

.

.

.


Kan besor lagi dari kepale aku tu kann..


Eh tapi jangan muntah eh tengok aksi posing ala perasan Nora Elena aku tu haa...sib baik cactus tu comel :)




Di sini cactus-cactus kecil dijual dengan harga RM10 untuk 5 pokok, dapat 1 free jadi 6 pokok la. Sama je dengan farm lain harganya..


So pilih jangan tak pilih...



Selain tu, souvenir pun ada dijual..tapi lagi best kalau shopping mende gini di Pasar Malam Brinchang..



Kalau pergi, jangan asyik ambik gambar pokok je taw, gambar diri sendiri bersama orang tersayang juga haruslah diabadikan.. :P



Eh, patutlah hilang rupanya merempit bawak awek...*minta dijauhkan sikap begini apabila dewasa kelak*


Dan opah-opah, atuk-atuk yang tak larat berjalan tak yah riso..kat depan pintu masuk tu leh duduk..order je kalau nak makan ape-ape suh anak-anak atau cucu-cucu yang belikan..opah dan atuk duk relax je sambil makan sebegini...


Dan akhir sekali gambar bonus...gambar ni cantiklah aku sedekahkan kat korang kot kot la nak jadikan wallpaper ke kan..bunga ni pun ada kat cactus point, bukan semata-mata cactus saja...


Okey, sambung lagi di entry Cameron seterusnya dengan destinasi lain yang lebih menarik.....

2hb Julai 2011, celebrate birthday Fahmi di Famous Thai bersama dengan family kak chil.

Malam 2hb tu tepat kul 12.00 mlm kebetulan Fahmi tak tidur lagi, mama pun kebetulan tengah bukak laptop, terus pasang lagu birthday kat laptop guna speaker..hehehe..suke dah dia.

Sebelum ke Famous Thai ni kitaorang ke Bukit Raja dulu tengok Transformers 3..terpaksa angkut adik sekali, kalau tinggal nanti dia tak dapat celebrate birthday abang lak. So far dah 2 kali adik tengok wayang, 1st haritu masa tengok KL Gangster.

Food di Famous Thai memang giler marvellous..padanlah dengan harga..paling sedap ikan dengan sotong tu...


Dah siap makan, waiter clearkan meja & keluarkan kek yang kami bawak. Masa waiter bawak kek tu ada Birthday Song...Masa ni Fahmi sengih je, dia terkejut..bila dah habis lagu semua tepuk tangan sampai orang lain kat restoran tu pun tepuk jugak...wahhh happening sungguh..






Hadiah dari njang dia dah bukak awal2 tak sempat potong kek lagi..yang ni tengah bukak hadiah dari mama..


Dia nak board ni dah lama dah masa kat ikea, tapi yang tu guna kapur tak elok so mama belikan ni.


Pistol nerf tu pulak hadiah dari njang..memang dia suke sangat tambah lagi boboi bawak dia punya nerf..menembak lah korang lam restoran tu macam restoran tu bapak korang yang punye...hehehe...adik cuma tumpang gembira :)


And sebelum balik seperti biasa wajib bergambar beramai-ramai terlebih dulu...

Saturday, July 2, 2011

Birthday Celebration @ skool

1hb Julai 2011, celebrate birthday Fahmi di skool. Buat awal sehari sebab birthday dia hari sabtu, so jumaat tu buat la..

Mama bawak kek yang ditempah di Giat Mara Presint 15, goodies & air kotak. Adik pn mama bawak nak kasik dia tengok abang tiup lilin kat skool. Adik memang happy sangat bila pergi skool abang sebab ramai budak-budak kat situ..


Kat depan skool teacher tampal ni kat info board



Kek Ben10..



Ramai betul kawan Fahmi...



Adik buat macam sekolah dia plak..



Befday boy yang happy



Dah ready untuk blow the candle..



Sampai kembung pipinya..



Masa ni dia malu sebab kawan2 wish..



Potong kek dgn teacher, adik tukang tgk je...



Adik happy sangat, macam la birthday dia..



Comotnya adik makan kek..



Baca doa dulu sebelum makan kek..



Yang dua orang kat depan ni dah ngap dulu..



Comot tapi comel...



Suap mama sikit..



Seterusnya ialah aksi kawan-kawan makan kek..comot2 bagai..





Yang ini aksi budak yang over excited..



Bergambar dengan teacher sebelum balik..


Walaupun sambutannya sempoi tapi Fahmi, adik, mama dan budak2 CIC tu gembira...tambah lagi bila diaorang dapat goodies yang ada souvenir dari cameron highlands..tapi goodies teacher bagi bila parents dah jemput diaorang balik sebab kalau bagi awal-awal kompom ada yang ambik kawan punya la, hilang la, tukar la, nangis la kan...



Ini goodiesnya...



Dan ini isi dalam goodie bag tu..



2 Julai 2011- Genap 5 tahun umur anak teruna kami, Ariff Fahmi Asmayuzi.



Syukur kepada Allah kerana dipanjangkan usianya serta diberikan kesihatan yang baik. Mama sentiasa doakan agar Fahmi menjadi seorang muslim yang baik, yang tidak meninggalkan solat, yang beriman, yang taat kepada orang tua, berjaya di dalam akademik, berjaya di dalam kerjaya dan berjaya di akhirat kelak. Dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, selamat dunia & akhirat..

Alhamdulillah, pada umur 5 tahun ni Fahmi dah pandai membaca walaupun ada jugak kesilapan masa membaca tu, kadang-kadang dia lupa, kadang-kadang dia confuse..walaupun sebiji-sebiji perkataan tapi bagi mama itu adalah satu pencapaian yang baik. Semoga pencapaiannya akan terus meningkat dan mama akan selalu hantar Fahmi pergi tuisyen kat skool hari Sabtu sebab kalau mama yang ajar Fahmi tak suka coz mama garang hehehe..selain tu, Alhamdulillah Fahmi pandai sembahyang dan hafal semua bacaan dalam sembahyang, pandai baca doa, pandai berzikir..syukur, semoga semua ilmu ini akan Fahmi manfaatkan sehingga dewasa kelak.

Sempena hari jadi Fahmi hari ni mama nak tributekan sambutan hari jadi Fahmi yang sebelum-sebelum ni...let's check it out...

4th birthday


i) 2 Julai 2010 buat di skool


ii) 3 Julai 2010 buat di rumah sekali dengan Majlis Akikah adik Arissa..





3rd birthday
2 Julai 2009 buat di skool




2nd birthday

19 Julai 2008 buat di rumah lama, apartment pensil





1st Birthday

28 Julai 2007 buat di rumah lama, apartment pensil






So di hari jadi Fahmi ni, mama nak ucapkan SELAMAT HARI JADI SAYANG....

Mama, papa & adik loves u so muchh..mmmuaahhh!!