Monday, May 16, 2011
Resipi Apam Polkadot with Blueberry Filling
Ini memang first time buat Apam Polkadot. Alhamdulillah, berjaya nampaknya dengan rupa paras yang comel dan rasa yang sedap. Resepi dicedok dari internet aje. Tak tau nak terima kasih kat sapa sebab banyak sumber yang direfer dan resipinya semua sama. Cuma dapat satu resipi yang guna sukatan cawan. Pada yang ingin mencuba, ini resipinya..
Bahan-bahan:
3 biji telur - diambil dari peti sejuk
1 cawan gula halus
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil ovalette
3 sudu kecil baking powder
150 gm susu segar
Jem blueberry atau lain-lain (ikut suka)
Pewarna
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan maksima selama 6 hingga 8 minit (aku takde mixer, so anggap la tanganku ini adalah sebuah mixer...letih wehh).
2. Bahagi kepada beberapa warna pilihan mengikut kreativiti masing-masing.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan.
5. Picitkan filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh.
7. Dot-dotkan dengan warna yang berlainan.
8. Kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan dengan api sederhana selama 10-15 mint. Pastikan penutup pengukus tu dibalut dengan kain untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas apam dan mencacatkan rupa paras apam.
Apam polkadot ni dibuat sempena Sambutan Teacher's Day di skool Fahmi hari ni. Nampaknya Fahmi sangat suka & dia panggil kuih ni, "kuih ball" sebab rupa parasnya ada ala-ala ball gakkan..biasanya resipi ni orang buat guna cup saiz M tapi sebab buat pun untuk bebudak so aku buat guna cup saiz S..
Ok, kekawan, selamat mencuba resipi yang sangat senang ni....
Comments (24)
menarilk ni..
macam mana polkadot tu leh keluar?
zety- kita dot dot kan kat atas sekali, bila masak dia still sama rupa dot dot tu cuma dh kembang sikit la kan sebab sama naik ngan apam tu.
pulamak...
akak, buat la lagi..bg kt ktorg mkn
ktorg takde klengkapan la nk buat cenggini..
alahai, cian lak kat cik cantekk ni...bujang le katakan ye dok..insyaAllah raya nanti akak buat ye dek non...hihihi
oo.. dia tak tenggelam la kan.. kena try ni..
haah, tak tenggelam..try jgn tak try..senang je ni
Acu cantik apam tu.. Warna warni sedapkan :)
ita, haah sedap...ita lagi sifu..dah lama dah buat apam ni kan..acu baru nk try hihi..ita nnti buh gambar masak2 byk2 lagi eh best tgk sampai meleleh air liur :)
huhu.. comeynya.. nk wat gak huhu..
zur, buat la...adam mesti suka..ct pun rase nak wat lagik.. :))
woaaa,,, nmpak sedap!! :DD
best..best..lama dah nak buat tapi tak berkesempatan..err..bahan tak cukup akceli :p
sri, sedap..hehe puji diri sendiri
nurul, hihi..ct pun kalo x sbb fahmi nak bwk pi skul mesti x buat lg sampai sekarang..:)
akak..kalau pakai aluminium foil untuk tutup apam boleh x?? selain drpd guna tuala..
tutup guna tuala untuk elakkan wap air daripada jatuh ke atas apam..so aluminium foil rasanya takleh..
Salam...nak tanya...kat mana nak beli filing blueberry tu
saya pakai jem blueberry beli kat kedai runcit je..:)
sy da try resepi ni..Alhamdulillah..menjadi....thanks for sharing...:)
kalau gula halus ganti dgn gula biasa kita buat air tu boleh ker n susu segar ganti dgn susu cair pe jd eh? tQ
akak..nk buat dot tuh mcm mne?sy da try tp tk jadi..dye tk kembang cntek
Sara- akak buat dot tu guna plastik yg ditebuk sikit kat hujung. Titik kan setitik je untuk buat satu dot. Nanti dia akan kembang sama dengan apam tu :)
tumpang tanya..lepas masak kan then boleh tahan berapa lama ye? Saya nak cuba buat ni sebagai door gift, jadi tak sure kena masuk peti ais ke or tak payah pun tak pe?
Salam nk tnye susu segar tu timbang 150 gm ke bukn sukatan liter