Yang ini memang last entry of Langkawi Trip 2011..hehehe...(macam nk pi lagi je taun depan kan?)

Ok, kan dah cakap aritu yang hikmah di sebalik kejadian tak jadi balik tu kitaorang dapat happiest moment kat langkawi kan..memang betoi pon...dapat pi ISLAND HOPPING memang kenangan yang sangat manis buat kami.

Mulanya takde plan pun nak pergi...pagi hari extra tu kami dok lepak je kat umah poksu jak. Tapi tetiba aku terpikir yang rugi kalau dah dok satu hari lagi tapi tak kemana-mana...bukannya selalu datang pun kan. Aku cakap camtu la kat papa and diaorang..so aku ajak diaorang pi island hopping sebab kakak aku ada bagitau best pi island hopping, dia dah pernah pergi..then terus papa call number yang dia dapat masa kat Pantai Chenang dan terus ON...bedesup kami ke tempat tu (dekat ngan Awana).

Papa sewa satu bot khas untuk kami, RM280...


Seronok tengok mereka gembira, aku pun gembira gakk..

Island hopping ni ambil masa 3 jam dan dia akan bawa ke 3 destinasi iaitu 1) Tasik Dayang Bunting 2) Pulau Singa Besar dan 3) Pulau Beras Basah. Sepanjang perjalanan tu view memang cantik sangat, air laut pun hijau dan bersih.

Ini Bukit Dayang Bunting..perhatikan bentuk bukit yg belakang tu dari kanan ke kiri...bentuk orang bunting tengah berbaring..*indah sungguh ciptaan tuhan kan?*



Tasik Dayang bunting



Kami diturunkan di Tasik Dayang Bunting selama 1 jam. Kat sini banyak betul kera. Nakal lak tu kera ni. Kera-kera kat sini memang pantang nampak orang bawak makanan ataupun bunyi plastik..for sure mereka akan rembat. Sangat menakutkan, kera-kera ni sangat agresif.




Nak sampai ke Tasik Dayang Bunting mengambil masa 10 minit dari tempat kami diturunkan. Yang tak tahan kena panjat bukit beb. Sian kat mak & pak mertua aku..kami yang muda ni pun nak pengsan apatah lagi diaorang. Sepanjang 10 minit jalan tu kami ditemani kera-kera yang nak merembat makanan.


Sampai kat tasik, kami rest sekejap sambil makan, sambil halau kera...sambil jamu mata jugak tengok mat saleh mandi tasik..uppsss..hihihi..


Bila dah cukup satu jam, kami pun bergerak semula ke jeti untuk naik bot ke destinasi seterusnya..




Pulau Singa Besar


Kat Pulau Singa Besar ni, tak turun pun cuma tengok demonstrasi abang bot kasik helang makan. Kat sini memang tempat helang berkumpul. Nak tau helang makan apa? Makan kulit ayam..abang bot dah sesiap bawak bekal kulit ayam. So dibalingnya kulit hayam tu ke tengah laut, maka berderulah datang si helang mengutip si kulit ayam..best woo dapat tengok..


Setelah habis kulit ayam dimakan helang, maka pulanglah semua helang-helang yang kekenyangan dan kami pun meneruskan perjalanan ke Pulau Beras Basah pula..


Pulau Beras Basah


Pulau ni memang cantik yang amat sangat. Pulau yang bersih, air yang hijau, udara yang nyaman walaupun cuaca panas terik tapi keindahan tetap dihayati. Masa ni terasa rugi sangat sebab tak pakai baju mandi..jeles betul tengok fahmi mandi tau..mula-mula sampai, papa layan fahmi mandi, mama layan tangkap gambar adik..


Sedap benor gayenye makan biskut tapi bila orang leka, di bantainya celup biskut lam pasir pastu jilat..takpun dia buat pasir tu macam bedak...sapu kat muka..huhu

Abg rest sekejap sambil kaco adik

Memang saja abang ni kasik mama jeles tak dpt mandi kan..

See? Memang jernih, bersih dan cantik pantai ni...best sangat..hati rasa dah terpahat dek keindahannya..

Abang siap kutip coral untuk bawa balik buh lam akuarium

Dah cukup 1 jam di Pulau Singa Besar, kami pun ke jeti semula untuk balik...sekali rupanya masa tunggu kami tu abang bot dok memancing..sekali dapat ikan besar gila...

Sibuk-sibuk la kan nak posing ngan ikan yang abang bot dapat...ikan apa ntah le ni.

Cakap je 3 jam, padahal lebih sebab kami kan over hehe. Bot lain yang datang sesama semua dah balik. Sib baik abang bot tak kisah. Lagipun kami kan sewa 1 bot. Waktu balik, di jeti rupanya dah siap gambar kami memasing lam piring sorang satu lagi. Satu RM10..patut la masa kami jalan nak naik bot memula tu sibuk brother tu amik gambar. Pandai diaorang bisnes kan. Sebagai kenangan kami beli semua, cuma gambar aku dia bagi free sebab adik tido..

Memang puas hati sangat dapat Island Hopping. Kalau korang pergi Langkawi, make sure jangan lepaskan peluang ni.

Balik dari Island Hopping sempat lagi ke Kuah sebab ada lagi urusan shopping. Sempat pulak sambil tu aku rembat baju 2-3 helai lagi..hehe.

Lepas dah masak, makan, siap-siap semua, kami pun gerak ke airport untuk balik. Kali ni tak silap tarikh dah hehe..Tapi berdebar takut kena excess baggage charge sebab barang kami memang banyak tapi Alhamdulillah..sebab orangnya ramai, so kuota pun banyak..maka tak kena charge..fuhh lega.

Time to say "Goodbye langkawi" sob sob..:((

In a flight...muka puas dapat melancong hehe..

Tiga troli kauu...memang shopping tak hengat. Sampai kena ambik 2 biji airport taxi untuk balik ke rumah, itupun papa kena bawak 1 beg balik naik ERL..haha

Pengalaman bercuti ke Langkawi ni memang pengalaman yang sangat sweeetttttt....rasa macam nak pergi tetiap tahun. Syukur pada Allah kerana murahkan rezeki kami dan berikan peluang untuk kami menikmati keindahan alam ciptaan tuhan...dan jutaan terima kasih buat papa yang jadi penaja utama Cuti-Cuti Langkawi ni...love u papa.. nanti kita pi lagi ekk..

Tamat episod Percutian Ke Langkawi... :))

Comments (2)

On February 21, 2012 at 6:21 PM , Anonymous said... [Reply to comment]

salam dina nk tanya bukit dayang bunting tu sebenarnya mama dina kate cite dia y kat papan tanda tu salah sbb tok wan dina dlu dia tu ketua muzium dongeng mc2 dia tau..and then mama dina ckp dayang bunting tu dia mati sbb dia nk mengandung klu cite kt papan tanda tu cite kata dia buang bayi lps tu camne la plak bukit tu leh jdi bentuk org mengandung pelik kan mama dina ckp dia nak beranak lepas tu \suami dia nk p umah bidan dia nk p umah bidan tu kena naik bot kat tasik tu so msa dia naik bot tu dia meninggal kt tasik tu tu la sbbnya bukit tu bentuk org mengandung..

 
On March 14, 2012 at 10:11 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

Oooo..ye ke..mcm tu citer sebenarnya ye..Untung dina, mesti banyak tau citer dongeng dulu2 kan...