Wednesday, July 28, 2010

1 year older lagi arini...

Epi beseday to me..

Kalau entry tahun lepas i'm 29, jadi tahun ni ialah......uhuhuk....dah masuk 3 series dah..
Dah tua rupanya, knape rasa cam muda je lagi ni..ehehe..
*tak ngaku tak tahan*

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan selama 30 tahun di dunia, bersama-sama orang yang sangat dikasihi..

Semoga tuhan panjangkan umurku, murahkan rezekiku dan semoga rahmatnya sentiasa bersama ku..

Aminn..

Monday, July 26, 2010

SMDARY dalam kenangan..


Wahhh...nostalgianya...
Kalau nak tau, ni la sekolah saya masa form 1- form 3..
Pegi sekolah naik bas pak mid :)
Itu ialah 15 tahun dulu..


Sabtu lepas pegi pekan sabtu tetiba terparking kat pan sekolah..terus ternostalgia.
Maka kamera pun dikeluarkan untuk snap ape patut..
tak banyak pun yang berubah..cuma namanya je yang berubah.
Dulu SMDARY, sekarang SMKDARY.


Walaupun cuma 3 tahun di sekolah ni, tapi kenangan cukup banyak.
Especially dengan geng-geng saya la..
Berangan jadi rappers la, study kat Pusat Pembiakan Tuntung la, macam-macam lagi.
Tu belum lagi kenangan kena ketuk pale lam kelas ngan cikgu..hehe.
Kenangan manis pun banyak especially masa ambik result PMR..sweet...
Kenangan kena ngorat pun banyak gak..wakakak..


Kawan-kawan masa ni kebanyakannya dah lost contact termasuk la geng-geng saya yang rapat.
Tapi baru-baru ni FB telah menemukan kami semula.
Masing-masing dah jadi mak-mak, pak-pak orang rupanya.
Terima kasih FB dan;
Semoga SMDARY terus maju..............

Friday, July 23, 2010

Arissa 6 months old

Adik dah 6 bulan sekarang. Dah nak pandai merangkak tapi belum berjaya lagi. Mama rasa tak lama lagi pandai la tu dik.

Walaupun adik baru 6 bulan mama rasa adik macam dah bijak sangat dah. Kalau tak, takde la setiap pagi time mama nak pegi keje adik mesti gedik-gedik nak ikut. Dah jadi satu kemestian, sblm kete jalan, mesti letak adik atas riba, main steering kete sambil buat bunyi "ngeong....ngeong.....pin pin pin pin........."

*suka sangat dia kalau dapat camtu..sekejap pun jadi la.*

Adik suka sangat tengok meow..kalau dapat tengok meow tu macam nak makan meow je rupanya tapi bila meow datang dekat adik pulak yang takut...angkat kaki nak lari...hehehe..

Mama suka sebab sekarang adik manja ngan mama..kalau balik keje tak ambik adik, adik mesti nangis takpun masam mencuka mukanya. Macam tu la anak mama, mesti la manja ngan mama kan..Tak sabar nak tunggu adik besar rasanya.

Mama baru ajar adik duk lam walker..

Apa hal la buat mata bulat tu dikk..

LOVE U SO MUCH ADIK...
-Mama-

Saturday, July 17, 2010

Kunang-kunang di Floria..

Saje je buat tajuk camtu sebab nak sedondon ngan Datin Seri Mona...tajuk dia "kupu-kupu malam"..heheh..

Ceritanya macam ni, tengah kusyuk dok kursus, tetiba aku teringat nak ajak geng rayap berjemaah ke Floria 2010..*nampak sangat tak kusyuk pun kursus kan..leh tepikir mende lain plak..:)*

So aku assign Datin Seri dan Datin Zura untuk arrangekan dengan geng lain iaitu Puan Seri Tini dan Puan Seri Ieta * korang la ni start buat gelaran datin bagai ni..aku pollow je*

At last, kami bertiga sahaja yang available untuk projek malam tu iaitu Dato' Siti (aku le konon tu), Datin Seri Mona dan Datin Zura..

Diaorang datang solo jek bawak adams memasing iaitu adam senior dan adam junior...aku saja yang bawak laki dan opkos fahmi..adik tinggal sama bibik..projek malam tu tak sesuai untuk adik ye...

Sebenarnya pegi malam memang rasa relax sikit sebab tak panas, lagipun sinaran lampu-lampu neon memang cantik sangat bersama dengan bunga-bunga yang bermacam jenis tu...cuma gambar tak berapa cantik sebab masing-masing kamera dah nak abih battery + setting kamera canggih mona tu tak betoi kot...haha. Len kali baca manual dulu ye mon..
Lamalah juga kitaorang kat situ..agendanya ambil2 gambar (laki aku jadi mangsa jd photog), cuci mata tengok jualan dan makan char kuey teow..lebih kurang kul 11 gak la baru balik..

Seronok sebenarnya bila berjimba-jimba ngan geng rayap ni...hopefully kita akan selalu kekal berjimbaan bila-bila ada event takpun create event sendirik je...sonot kan..sorang lagi geng, iaitu Lala tengah cuti bersalin..so dah 2 event dia terlepas iaitu masa mommies day out aritu dan floria ni...takpe lala, nanti ang balik, kita arrange agenda lain lak ye..

Ok, dah panjang cerita so biar piccass pula yang menjadi saksi....


bergambar kat luar dulu sementara menunggu mona dan adam senior..


practise untuk malam raya..


memang meriah dengan neon-neon yang indah..


ini pulak bila mona dah sampai...dengan anak memasing..


ini pulak dalam pavillion..


main pondok-pondok..


konon2 photog nak bagi nampak suasana..:)


wif zura & adam junior..


last snap b4 battery camera out...


gamba bonus: 2 orang budak yang memula malu pastu terus bespren..

Monday, July 12, 2010

Fahmi di hari jadinya..

Sempena birthday fahmi yang jatuh pada hari jumaat, 2 julai 2010, mama dan papa belikan kek dan goodies untuk celebrate birthday fahmi di school..

Kebetulan mama dan papa cuti, so kami pegi time minum pagi, pukul 10. Seronoknya si fahmi dan budak-budak tu bila tengok kami datang bawak kek and goodies tu..semua dah melompat , menjerit..hehe..seronok tengok diaorang..

Tema kek nya adalah The Cars...kecik tapi cute je..jadi la, kebetulan ada sorang lagi kawan dia yang sambut birthday aritu..mak dia pun bawak kek jugak..jenuh makan kek la bebudak CIC Presint 11 hari tu..


beza sungguh dengan muka dia
setahun yang lalu masa celebrate kt skool gak..masa tu br masuk skool ni..masam mencuka mukanya..


tgk le tu, ngada..


teacher tgh susun budak2..


potong kek ngan teacher..teacher plak yg over..hehe


Friday, July 9, 2010

Alhamdulillah, selesai sudah..

Selesai sudah majlis yang dirancang berbulan lamanya..yang buatkan saya tak lena tidur, tak senang nak buat kerja selagi tak settle majlis ni. Macam nak buat kenduri kahwin je gayanya.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, cuaca pun elok je, lauk-pauk memuaskan hati, tetamu pun ramai dan majlis pun happening bangat rasanya..seronok dapat berkumpul adik beradik, saudara mara, ahli keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran dan ahli-ahli surau.

Terima kasih pada yang sudi datang terutamanya pada mak, kakak-kakak dan abang saya yang datang dari jauh..kecuali kak yong yang tak dapat datang. Kesian kak yong sebab tak dapat merasa kemeriahan yang kami rasai..terima kasih juga pada family papa yang datang dari kelantan, johor dan kuantan..jauh-jauh belaka..terima kasih pada kawan-kawan dan semua yang sudi datang.

Maaf juga kiranya ada kekurangan dari segi layanan dan sebagainya..

Gambar-gambar majlis akan tiba nanti...buat masa sekarang cuma boleh upload sedikit sebanyak gambar dari kamera amatur sahaja..
Tema biru pink..merangkap tema raya sekaligus..:)
Cake cutting..
Happy family.. :)


Abe, saya dan zura mengendong anak memasing...pic ni curik dr blog zura..tu yg siap ada watermark dia lg tu..ohoo..jgn marah ye zur..

Friday, July 2, 2010

Happy 4th Birthday Ariff Fahmi

Ariff Fahmi,


2 Julai 2010,
Genap umur Fahmi 4 tahun.


Mama dan papa sentiasa mendoakan fahmi menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia dan akhirat serta dipanjangkan umur.

Semoga tuhan panjangkan jua umur mama dan papa untuk kami melihat fahmi menjadi dewasa, untuk melihat fahmi berjaya.

Semoga tuhan panjangkan umur mama dan papa supaya dapat kami memberikan yang terbaik buat fahmi, buat anak-anak mama.

Tiada yang istimewa untuk kami hadiahkan, cuma kasih sayang yang tiada bertepi dan tak berpenghujung untukmu, sayang. We lov u so much.

SELAMAT HARI JADI..


Senyuman yang membahagiakan hati mama...lov u

Thursday, July 1, 2010

Besar hajat kami menjemput


Majlis akikah dan sambutan hari jadi anakanda tersayang, Arissa Yasmeen dan Ariff Fahmi.
Dengan berbesar hati kami menjemput semua untuk hadir ke majlis ini..
Jangan pening dengan template yang asyik berubah ye. Dengan senget benget nya lah. Sebenarnya blog ni sedang dalam construction..hehe. Niat di hati nak tukar template baru yang simple but nice. Tapi masa adalah terhad buat masa sekarang. So jadi la kerja sekerat jalan, senget sana, senget sini. Ntah ape-ape je. Sila abaikan saje.