Friday, July 9, 2010
Alhamdulillah, selesai sudah..
Selesai sudah majlis yang dirancang berbulan lamanya..yang buatkan saya tak lena tidur, tak senang nak buat kerja selagi tak settle majlis ni. Macam nak buat kenduri kahwin je gayanya.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, cuaca pun elok je, lauk-pauk memuaskan hati, tetamu pun ramai dan majlis pun happening bangat rasanya..seronok dapat berkumpul adik beradik, saudara mara, ahli keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran dan ahli-ahli surau.
Terima kasih pada yang sudi datang terutamanya pada mak, kakak-kakak dan abang saya yang datang dari jauh..kecuali kak yong yang tak dapat datang. Kesian kak yong sebab tak dapat merasa kemeriahan yang kami rasai..terima kasih juga pada family papa yang datang dari kelantan, johor dan kuantan..jauh-jauh belaka..terima kasih pada kawan-kawan dan semua yang sudi datang.
Maaf juga kiranya ada kekurangan dari segi layanan dan sebagainya..
Gambar-gambar majlis akan tiba nanti...buat masa sekarang cuma boleh upload sedikit sebanyak gambar dari kamera amatur sahaja..
Tema biru pink..merangkap tema raya sekaligus..:)
Cake cutting..
Happy family.. :)
Abe, saya dan zura mengendong anak memasing...pic ni curik dr blog zura..tu yg siap ada watermark dia lg tu..ohoo..jgn marah ye zur..
10:01 AM |
Category: |
2
comments
Comments (2)
bestnya acu mesti meriah giler kan???tahun depan wat camnie lagi yea..insyaallah gerenti dtg..
no problem..
xsabar nak tunggu picca ct ..