Monday, March 26, 2012

Trip to Sarawak - Day 1

Alhamdulillah, akhirnya percutian yang dirancang dari tahun lepas berjalan dengan lancar. Tiket ke Sarawak ni memang dibeli bulan 5 tahun lepas masa air asia buat promosi tiket sploh sen. Memang berbaloi, untuk 4 orang tak sampai RM200 pun pergi dan balik. Itupun dah siap tambah seat, luggage & meals. Yang paling best, trip ni kira macam trip untuk release tension sebab kebetulan 2 ari sebelum tu (17 hb) ari last kursus QA kat Intan Bukit Kiara.

Kitaorang bertolak 19 February 2012, hari Ahad. So, seperti biasa, mari bercerita berdasarkan gambar ok. Macam buku cerita kanak-kanak tu, ada gambar baru menarik..budak-budak suka..hehe.


Dari rumah kitaorang naik ERL sampai ke KLIA. Sepatutnya kena beli package tren + shuttle bus ke LCCT tapi aku dah tersalah beli. Terpaksa ambik teksi lak ke LCCT dari KLIA...huhuhu.


Flight kami pukul 9.45 pagi dan tiba di Kuching pukul 11.30 pagi. Sampai je kat Kuching Airport, terus sewa kereta, RM 130 sehari, Proton Wira. GPS pun kami sewa jugak tapi hampes GPS kong pada hari ketiga kami di sana.



Ini adalah pasar satok, first destination kami. Tapi malangnya sebaik sampai pasar ni dah nak tutup sebab masa tu dah nak dekat pukul 1. Yang ada cuma buah-buah, sayur dan barang basah.


Kecewa dengan pasar satok yang dah nak tutup, kami pun terus ke kedai SCR (Sarawak Chicken Rice kot gamaknya translationnya) untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong riang. Oh ya, katak yang fahmi pegang tu dibeli di salah satu kedai di pasar satok dengan harga RM1.80. Dibeli juga sebiji bola dengan harga RM0.80. Murah kan? Katak & bola tu adalah sebagai persediaan untuk mandi di pool hotel.



Dah kenyang, kitaorang terus ke Hotel Merdeka Palace berdekatan Waterfront untuk check in. Bilik boleh tahan besar dan selesa. Cuma view je tak best, dapat bilik facing parking.



Petang tu kitaorang plan nak ke waterfront, untuk ushar dulu ape yang patut sambil kira bajet tapi malangnya hujan lebat pulak waktu tu. So punah segala perancangan, pusing-pusing je naik kereta pastu balik semula ke hotel.


So, aktiviti petang tu cuma ambil-ambil gambar di hotel. Malam pulak keluar lagi untuk cari kedai makan. Tapi susah jugak rupanya kalau tak survey kedai makan dari awal, sebab kebanyakan kedai yang kami jumpa adalah non-muslim punya. So, hari pertama di Sarawak agak hambar sikit, pasar satok tak sempat pergi, petang pulak hujan & cari kedai makan pun berjam. Mujur la hari-hari seterusnya semua program berjalan lancar & seronok..
Next entry kita cerita pasal aktiviti day-2 pulak iaitu Sarawak Cultural Village & Sarawak River Cruise...

Ini cerita yang dah basi..tapi nak masukkan gak sebab nanti di masa depan boleh baca pastu senyum-senyum teringat kenangan hehe..

8 Januari 2012, masa birthday adik kebetulan jatuh hari cuti iaitu hari ahad. So, memang sesuai lah nak celebrate. Pening punya pening pikir nak wat kat mana, tetiba rasa macam nak buat kat kampung..tema ala desa la kann..eheh. Sebenarnya dah rindu kat opah, nak celebrate ngan opah dan orang kampung (ayat cam bagus)..
Walaupun kecil-kecilan, kemeriahan tetap dirasai..kecuali birthday girl yang agak malu-malu, asyik berkepit je ngan papa..takmo senyum lak tu.

So apakata kita layan gambar sambil bercerita:

                
Ini adalah birthday girl yang genap berumur 2 tahun waktu ni. Mama rasa baby mama ni macam comel..apa kata korang pulak? eheh..most of her pics memang masam je muka..takde yang cenyum.




Tema yang diberi adalah angry bird..nasib baik anak sedara semua ada baju angry bird, takdelah mak pantin kena sponsor baju angry bird untuk semua hehe..


Pada yang belum kenal, ini adalah mak dan pak kepada birthday girl..sib baik pak birthday girl agak sporting untuk pakai mengikut tema

Yang ini pula adalah abang kepada birthday girl yang sangat seronok di hari kejadian mengalahkan birthday girl

Opah kepada birthday girl yang sedang menungggu ketibaan rakan-rakannya yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis

Tok kepada birthday girl yang sporting berkain batik sedang berjalan menuju ke lokasi majlis..takdan nak letak red carpet..


Yang ini pula ialah kek birthday yang takde choice, terpaksa pilih choclate indulgence je sebab sehari sebelum tu baru dapat tempah..terpaksa tambah kartun princess, dinosaur dan pokemon sebagai penyeri


Jurugambar gantian tak dapat balik kampung, jadi amatur yang ambil gambar maka gambar tengah potong kek tidak ada yang menjadi...dan yang ini adalah selepas potong kek, harap maklum.

Dan ini adalah menu di hari kejadian. Menu utama adalah di dalam bekas yang tertutup tu, mee kari resepi turun temurun anak pak ji lah. Kalau dah rasa, mesti mintak resepi kaedahnya sebab sedap sampai menjilat sudu. Blueberry cheese tart, karipap, bahulu, agar-agar, jajan dan lain-lain dibuat oleh kakak dan ada yang ditempah dan dibeli.


Ini pula adalah gambar menunjukkan mee kari yang sangat lazat yang telah menjadi hot menu pada hari tersebut (macam banyak sangat je menu)

Birthday girl ni memang faveretnye adalah mi..jadi beliau tidak kisah walaupun baju birthday yang bertemakan angry bird tu comot akibat kuah mee kari yang terpercik ketika makan..dan maknya terpaksa redha

Begitu juga dengan abang birthday girl yang berkongsi kesukaan dengan adiknya, tidak kisah walau baju terpaksa comot dek kuah mi kari

 Giliran mak birthday girl yang sebelumnya agak terliur melihat orang lain menjamah makanan yang sedap belaka kerana terpaksa bertindak sebagai jurugambar..aii, penuh pinggan nampak..


Ini adalah bespren kepada mak birthday girl yang dijemput khas..datang jauh-jauh dari sitiawan..thanks a lot kerana sudi datang dan bergosip bersama..juga thanks sebab bagi hadiah kepada birthday girl..



Antara tetamu yang terdiri dari jiran dan anak jiran terdekat yang turut memeriahkan majlis..terima kasih kerana sudi datang...


                     

Ini adalah wajah-wajah kesayangan yang nampak sangat masing-masing sorang sepinggan penuh tak campur dengan yang ditambah lagi tu..patut la pipi kembang-kembang belake...heheh


Last sekali, adalah upacara membuka hadiah..yang ditepi-tepi birthday girl tu yang terlebih excited membuka hadiah berbanding dengan birthday girl itu sendiri..kekeke..siann


Dan ini adalah gambar selepas majlis.. belon-belon masih comel tergantung, terima kasih kepada penaja lokasi iaitu kakak dan abang iparku yang sudi taja lokasi. Lokasi adalah di belakang rumah mak kami

Sebagai tanda terima kasih, disematkan juga gambar tuan rumah sebagai menghargai jasa mereka yang sudi menaja lokasi yang sangat sesuai dengan tema ala kedesaan, open air gitu..hehe..presenting kak mbang & abang mie...

 

Sunday, January 8, 2012

Selamat Hari Jadi Arissa Yasmeen



Berabuk blog kannn...dah berbulan gambo tikus duk atas kepale je..hehe sibuk la kaedahnya tu..

8 Januari 2012 - adik dah genap 2 tahun.
SELAMAT HARI JADI sayang mama ARISSA YASMEEN..
Mama doakan semoga adik dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, berjaya dunia akhirat, bijak dan pandai, comel dan cantik, baik dan rajin dan segala-gala yang terbaik untuk adik..
Mama, papa dan abang sayang adik sangat..

Kalau adik nak tau, dalam usia adik 2 tahun ni adik dah pandai cakap macam-macam, cakap macam orang tua tapi cuma dengan mama, papa, abang & bibik je. Kalau ada orang lain, terus adik taknak cakap..

Adik suka mekap, adik suka pegi jalan, adik suka pukul abang, adik suka main kucing, adik suka makan mi, adik manja papa...eh macam-macam lah adik ni..

Walau apa pun, we love u very much....mmmuuaahh...

Friday, November 11, 2011

Bye bye...



Mama akan outstation ke Penang jap lagi..budak dua orang kat atas kena tinggal..take care ok, abang jaga adik lelok, jangan wat adik. Adik pun sama, jangan buli abang k. Papa pun jangan lambat sangat balik keje, sian budak 2 orang tu...

Jumpa hari ahad nanti k...bye.

Wednesday, November 9, 2011

Aidiladha 2011

Aidiladha kali ni sepatutnya turn kampung papa tapi sebab cuti papa kena freeze..cuti 3 hari je memang tak berbaloi nak balik jauh nun ke kelantan, so kami balik ke kampung mama di perak je. Kebetulan adik beradik semua balik. Kami balik lepas kerja hari Jumaat, jalan memang jammed tapi diredah jua demi nak cepat sampai kampung hehe..

Pagi-pagi lagi adik dah salam opah...dapat duit raye punya pasal..kalo tak, jangan harap dapat peluk dia camni..
Dari kiri atas: Adik syok dapat duit raye; Adik sibuk main iphone time org tgk lembu kene sembelih
Dari kiri bawah: Sebelum pegi tegok lembu. sempat posing dulu; abang buat aksi melompat keseronokan nak tengok lembu
3 beranak dipagi aidiladha
Inilah lembu yang ke-3 bakal dikorbankan
Terpelanting brother tu kena libas dek lembu..hihihi

Cuti 3 hari memang tak puas rasa duk di kampung...berat sungguh hati nak balik ke Putrajaya..dah malam baru gerak..mujur jammed pun sikit je hihi..masih belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua umat islam yang menyambutnya...