Friday, August 26, 2011

Diari berpuasa Fahmi












Kali ni nak citer diari berpuasa Fahmi. Tahun ni 1st time Fahmi berpuasa. Beberapa hari sebelum masuk bulan puasa dah bagitau dia pasal puasa. Kat skool pun teacher dah siap ajar niat berpuasa.
1/8 - Separuh hari..balik skool mintak susu
2/8 - Sampai kul 3..mintak susu gak
3/8 - Sampai kul 6..mengamuk nak minum air dlm peti ais
4/8 - Puasa penuh
5/8 - Balik skool makan coklat, kena marah terus puasa semula haha
6/8 - Puasa Penuh
7/8 - Separuh hari, mama kasik bukak puasa sebab pegi jalan kat ikea..penat
8/8 - Separuh hari sebab taknak makan sahur..mama kesian so kasik bukak posa
9/8 - Puasa penuh
10/8 - Puasa penuh
11/8 - Puasa penuh
12/8 - Puasa penuh
13/8 - Puasa penuh
14/8 - Tak puasa langsung sebab taknak bangun sahur



















15/8 - Puasa penuh
16/8 - Puasa Penuh
17/8 - Puasa penuh
18/8 - Puasa penuh
19/8 - Puasa penuh
20/8 - Puasa penuh
21/8 - Separuh hari sebab pegi shopping kat Shah Alam..penat
22/8 - Tak puasa sbb demam selesema
23/8 - Separuh hari, teacher kasik ubat demam di skool
24/8 - Tak puasa..still tak sihat
25/8 - Separuh hari sebab pegi shopping ke Bangi..penatt
26/8 - Puasa penuh
27/8 - Puasa penuh
28/8 - Puasa penuh
29/8 - Puasa penuh


















Alhamdulillah, banyak hari jugak dia berpuasa..tapi mama kesian sangat tengok fahmi dah kurus ya amat..sampai nampak tulang rangka. Sahur dah la makan sikit, berbuka pun sikit jugak makannya..tapi seronok ada jugak la teman mama berbuka puasa..kalo dak memang sesorang la jawabnya sebab papa almost every day balik lambat.

Lepas raya fahmi dah janji nak makan bebanyak nak kasik tenggelam semula tulang rangka yang timbul tu hahaha..

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 1432 Hijrah..



Salam lebaran untuk semua..

Maaf dipinta andai salah tutur bicara, coretan kata..

Berhati-hati ye korang semasa memandu..ingatlah orang yang tersayang..

Tahun ni kami beraya di kampungku indah permai, Bota Perak..hati ni sangat teruja nak balik beraya & sebab tu lah mulai hari ni aku dah bercuti..insyaAllah kami akan balik ke kampung hari sabtu, semuanya dah di plan dengan family kak chil..nak berkonvoi sesama & bersahur di McD tepi highway..hihi..semoga perjalanan kami lancar dan dilindungiNya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua...semoga syawal ini memberi seribu keberkatan buat kita semua..

Sudi-sudi lah terima kad raya ku ini..seperti biasa ditempah dari http://www.mykhalish.com/.

Wednesday, August 24, 2011

Iftar Geng Merayap 2011


Setelah berhari-hari duk kecoh lam email, akhirnya berjaya juga majlis tahunan Geng Merayap iaitu Majlis Berbuka Puasa Geng Merayap..kali ni aku pulak yang jadi hos..

Menu hari tu ialah:

Mee goreng- zura
Bihun goreng singapore- tini
Nasi ayam madu- tuan umah
Air tembikai & teh tarik power-ieta
Roti john & murtabak-mona
Kurma-Lala

Sempoi jek menu tahun ni, ambil pengajaran dari tahun lepas yang banyak tak habis..

Kali ni semua licin, tiada pembaziran..gud job hehe..


Ini saja kaum lelaki yang ada, papa, ajip (hubby zura) & zek (hubby lala) ,masing2 x dpt join..frust tau orang mai umah tapi papa takde..



Haha kelakor, sampai besen pun ko bawak kuor ta hihi



Ini antara kaum wanita yang hadir, ayu uols..berjubah gitu..



Ini wajib sblm balik



Ramainya anak korang kann



Last sekali, budak comot yang asyik ngadap baby leeya jek..ada gaya kakak tul la..


Semoga tradisi ni akan berterusan ke tahun-tahun akan datang dan semoga ikatan persahabatan antara kita Geng Merayap akan terus berkekalan..


Sila rancang banyak lagi program ye..karok bila karok??? :P


:)
20 Ogos 2011 adalah anniversary kami yang ke-6.

Hari tu family kak chil datang berbuka puasa di rumah so takde celebrate apa-apa pun. The next day tu baru celebrate. Asalnya nak berbuka di PICC tapi pagi tu call dah fully booked. At last, dapat booking kat Bayou Alamanda.


Mula-mula sampai tu terus layan tengok pakcik ghazal kat pentas tu..


Di Bayou ni RM43 bagi adult & separuh harga bagi kanak-kanak. Tapi biasa-biasa sahaja pilihan makanan di sini. Kalau nak puas hati pergilah ke Bangi Golf Resort dewasa cuma RM48, kanak-kanak RM23. Tapi makanan mak oiii...puas hati..pukul keliling station makanan, ko nak ape semua ada ok. Kalau aku tau, ku ke Bangi Golf Resort je masa anniversary tu. Tapi aku pergi gak keesokannya pulak dengan fahmi berdua je, kitaorang makan for free.. :)


Kuih muih di Bayou


Gigih nak testing lens baru..tapi segan2 nak snap gambar, kang org cakap ape lak kan..beria je minah ni, orang lain sibuk ambik makanan ko sibuk ambik gambo hehe. Gambar-gambar ni diambil guna lens Canon f/1.8 II yang dibeli sebaik sahaja dapat bonus hehehe. Ok la tu kan, at least bonus tu nampak gak benda yang dibeli. Sekarang tengah belajar cemana nak setkan aperture, shutter speed & ISO yang bagus bila nak ambil sesuatu gambar. Chaiyok chaiyok..oi, lari tajuk la pulak.


Asalnya adik nak ditinggalkan aje ngan bibik sebab nak selesa sikit buka puasa. Tapi papa kata kesian adik, nak gak bawak. Sekali masa berbuka adui pening ngan kerenah dia..nak makan suap sendiri la, nak main air lah, itu ini fenin fenin. Last-last biorkan aje dia main air..sampai basah-basah bajunya..anak sapolahh tuu..



Bukan takat mulut je comot, baju semua punnn..


Aku suka bokeh yang terhasil dari lens ni * tak sesia beli :)




Mujur abang behave


Once again, suke dengan bokeh nya...dah jadi cam tanduk lak kt kepala hehe..

Itu la dia sambutan anniversary tahun ni..so far dah 3 kali sambut anniversary bulan puasa.


Sebelum balik sempat lagi buat operasi mencari kasut raya adik..mujur dapat gak..senang sikit hati semua persiapan raya dah setel :)