2hb Julai 2011, celebrate birthday Fahmi di Famous Thai bersama dengan family kak chil.

Malam 2hb tu tepat kul 12.00 mlm kebetulan Fahmi tak tidur lagi, mama pun kebetulan tengah bukak laptop, terus pasang lagu birthday kat laptop guna speaker..hehehe..suke dah dia.

Sebelum ke Famous Thai ni kitaorang ke Bukit Raja dulu tengok Transformers 3..terpaksa angkut adik sekali, kalau tinggal nanti dia tak dapat celebrate birthday abang lak. So far dah 2 kali adik tengok wayang, 1st haritu masa tengok KL Gangster.

Food di Famous Thai memang giler marvellous..padanlah dengan harga..paling sedap ikan dengan sotong tu...


Dah siap makan, waiter clearkan meja & keluarkan kek yang kami bawak. Masa waiter bawak kek tu ada Birthday Song...Masa ni Fahmi sengih je, dia terkejut..bila dah habis lagu semua tepuk tangan sampai orang lain kat restoran tu pun tepuk jugak...wahhh happening sungguh..






Hadiah dari njang dia dah bukak awal2 tak sempat potong kek lagi..yang ni tengah bukak hadiah dari mama..


Dia nak board ni dah lama dah masa kat ikea, tapi yang tu guna kapur tak elok so mama belikan ni.


Pistol nerf tu pulak hadiah dari njang..memang dia suke sangat tambah lagi boboi bawak dia punya nerf..menembak lah korang lam restoran tu macam restoran tu bapak korang yang punye...hehehe...adik cuma tumpang gembira :)


And sebelum balik seperti biasa wajib bergambar beramai-ramai terlebih dulu...

Saturday, July 2, 2011

Birthday Celebration @ skool

1hb Julai 2011, celebrate birthday Fahmi di skool. Buat awal sehari sebab birthday dia hari sabtu, so jumaat tu buat la..

Mama bawak kek yang ditempah di Giat Mara Presint 15, goodies & air kotak. Adik pn mama bawak nak kasik dia tengok abang tiup lilin kat skool. Adik memang happy sangat bila pergi skool abang sebab ramai budak-budak kat situ..


Kat depan skool teacher tampal ni kat info board



Kek Ben10..



Ramai betul kawan Fahmi...



Adik buat macam sekolah dia plak..



Befday boy yang happy



Dah ready untuk blow the candle..



Sampai kembung pipinya..



Masa ni dia malu sebab kawan2 wish..



Potong kek dgn teacher, adik tukang tgk je...



Adik happy sangat, macam la birthday dia..



Comotnya adik makan kek..



Baca doa dulu sebelum makan kek..



Yang dua orang kat depan ni dah ngap dulu..



Comot tapi comel...



Suap mama sikit..



Seterusnya ialah aksi kawan-kawan makan kek..comot2 bagai..





Yang ini aksi budak yang over excited..



Bergambar dengan teacher sebelum balik..


Walaupun sambutannya sempoi tapi Fahmi, adik, mama dan budak2 CIC tu gembira...tambah lagi bila diaorang dapat goodies yang ada souvenir dari cameron highlands..tapi goodies teacher bagi bila parents dah jemput diaorang balik sebab kalau bagi awal-awal kompom ada yang ambik kawan punya la, hilang la, tukar la, nangis la kan...



Ini goodiesnya...



Dan ini isi dalam goodie bag tu..



2 Julai 2011- Genap 5 tahun umur anak teruna kami, Ariff Fahmi Asmayuzi.



Syukur kepada Allah kerana dipanjangkan usianya serta diberikan kesihatan yang baik. Mama sentiasa doakan agar Fahmi menjadi seorang muslim yang baik, yang tidak meninggalkan solat, yang beriman, yang taat kepada orang tua, berjaya di dalam akademik, berjaya di dalam kerjaya dan berjaya di akhirat kelak. Dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, selamat dunia & akhirat..

Alhamdulillah, pada umur 5 tahun ni Fahmi dah pandai membaca walaupun ada jugak kesilapan masa membaca tu, kadang-kadang dia lupa, kadang-kadang dia confuse..walaupun sebiji-sebiji perkataan tapi bagi mama itu adalah satu pencapaian yang baik. Semoga pencapaiannya akan terus meningkat dan mama akan selalu hantar Fahmi pergi tuisyen kat skool hari Sabtu sebab kalau mama yang ajar Fahmi tak suka coz mama garang hehehe..selain tu, Alhamdulillah Fahmi pandai sembahyang dan hafal semua bacaan dalam sembahyang, pandai baca doa, pandai berzikir..syukur, semoga semua ilmu ini akan Fahmi manfaatkan sehingga dewasa kelak.

Sempena hari jadi Fahmi hari ni mama nak tributekan sambutan hari jadi Fahmi yang sebelum-sebelum ni...let's check it out...

4th birthday


i) 2 Julai 2010 buat di skool


ii) 3 Julai 2010 buat di rumah sekali dengan Majlis Akikah adik Arissa..





3rd birthday
2 Julai 2009 buat di skool




2nd birthday

19 Julai 2008 buat di rumah lama, apartment pensil





1st Birthday

28 Julai 2007 buat di rumah lama, apartment pensil






So di hari jadi Fahmi ni, mama nak ucapkan SELAMAT HARI JADI SAYANG....

Mama, papa & adik loves u so muchh..mmmuaahhh!!

Thursday, June 30, 2011

Sagu Gula Melaka


Rabu minggu lepas ada officemate belanja satu seksyen makan tengahari. Dessertnya adalah Sagu Gula Melaka. Sekali makan sedap la pulakkkk...tak cukup satu, nak ambik lebih takleh..ingat2 ler kat org belakang kan..so apa lagi terus beli bahan nak wat sendiri. Tapi weekdays memang tak sempat la buat, terpaksa tunggu weekend baru boleh buat. Itupun hari ahad baru berkesempatan sebab sabtu sibuk ke sana sini..macam-macam program macam selebriti pulak rasanya diri ni..ehehe..resepi diambil dari MyResipi yang mana penyumbang resepi adalah Puan Rossitamz..let's check it out...

Bahan-bahan ( 6 orang )

Bahan A :
2 cawan sagu
5 cawan air

Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara

1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.

2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.

3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.

4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.

5. Buang daun pandan dan sejukkan.

6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.

7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.

9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C

10. Sedia untuk dimakan

Yang dalam gambar ni guna susu sejat bagi menggantikan santan (adunan b) tapi bila makan kali kedua makan ngan santan lak, rasanya lebih sedap sebab ada rasa masin-masin santan sikit..sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing..

Tetiap bulan pergi Cameron Highlands rasa cam kampung aku pulak.. :P

Kali ni bawak mak yang dah lama sangat teringin nak pergi sana. Pergi tiga family, memang meriah rombongan kami.

Kali ke-2 aku ke Big Red Strawberry Farm, strawberry celup coklat yang sangat best tu sebab bawak diaorang dtg sini. Recommended jika ke Cameron..

Trip ke Cameron Highlands sebelum ni dah citer panjang kan..so kali ni layan gambar je la..


Sila lihat poster di belakang. Taman Agro Tourism- Big Red Strawberry Farm, di sinilah tempat kejadian.



Fresh, Big, Red, Sweet..



S'berry Fondue, s'berry float, s'berry wth whipping cream



1st time mak & awa datang..
Mak cuma mkn sebiji, awa langsung x makan...x kena dgn tekak..



Syukur...tertunai hasrat nak mai Cameron..



Bersungguh-sungguh kami adik beradik ipar duai menikmati kelazatannya..



Anak terunaku yang sorang tu bila jumpa geng memang lupa la kat mama & papa..



Adik tengah buat cubaan apa ni yek?



Dan ini harga bagi semua yang kami nikmati di dalam gambar di atas..not bad :)



Sebelum balik jalan-jalan tegok ladang..di sini memang terkenal dengan lettuce..



Ini strawberry yang dijual di sini..sepeket RM5..aku memang beli strawberry di sini sbb buahnya yang manis, besar dan merah..



Sebelum balik wajib posing maut dulu....hihihi....